Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

In respond to Azwan Ismail

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Dalam minggu ini, Along (anak Pn. Rohana Saad yang berkhidmat di CCAC, UIAM Gombak) ada menunjukkan video pengakuan seorang lelaki bernama Azwan Ismail tentang "pendiriannya".

Entah apa motif sebenar pengakuan sebegitu. Ramai saja yang memberi komen dan ulasan berkenaan video itu di laman Youtube atau blog masing-masing.

Bila saya menonton video itu, saya dapati mesej video itu lebih kepada semangat untuk mereka-mereka yang sekepala dengan Azwan Ismail. Em... Tak tau pula yang kita MESTI ikut standard budaya orang Barat.

Sakit hati juga bila dia kata apa yang diajar oleh cikgu-cikgu, ustaz-ustaz, dan lain-lain adalah pandangan dari orang heteroseksual. Kalau kata pandangan peribadi ke, acuan masyarakat ke, menurut pandangan agama ke, bolehlah diterima. Kita pula disuruhnya ikut budaya orang Barat.

Kalau saya boleh memberi komen kepada Azwan Ismail, ini komen saya: "Kalau awak nak kata yang awak tak bernafsu, tak mahu kahwin dengan peremp…

Sijil vs. Ilmu

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

"Kebuntuan satu penyeksaan. Mengapa terjadi kebuntuan ini? Sebab hati menjadi gelap. Mengapa hati menjadi gelap? Sebab banyak melakukan dosa/maksiat...". Lebih kurang itulah apa yang saya dengar dari Ustaz Ismail Chong sebelum dia menunaikan haji...

Rupa-rupanya sudah sebulan lebih saya tidak menambah sebarang isi di sini. T_T

Kebelakangan ini, saya berhadapan dengan kebuntuan. Terbaru, saya mendapat panggilan telefon dari Ketua Jabatan. Beliau mencadangkan kepada saya untuk menukar "mode of study" dari "Research" ke "Examination".

Asal tujuan saya mendaftar sebagai pelajar Master hanya untuk mendapat pengalaman menulis penulisan akademik di UIAM, kerana saya rasa tidak selesa apabila graduan sama dengan saya di universiti lain mempunyai pengalaman penulisan akademik dan praktikum sebelum graduasi mereka. Untung pelajar-pelajar baru (selepas "batch" sayalah) di UIAM sebab ada peluang - walaupun kena me…

Musim Haji vs. Musim Nikah... Lain~ ^.^

Assalamua'aikum Warahmatullah...

Pertama, syabas kepada para jemaah haji musim 1431/2010 kali ini. Jom kita doakan mereka agar dapat beribadat dengan tenang sepanjang musim haji. Maklumlah, terpilih jadi tetamu Allah. Ada yang "1st time", ada yang "banyak-kali-dah". Apa-apa pun, saya doakan kepada semua jemaah supaya mendapat haji yang mabrur. Insha-Allah, kita pula akan ke sana lain kali. :D Antara staf UIA yang menunaikan haji tahun ini termasuk Ustaz Ismail Chong dengan isterinya. Katanya, dia sudah enam kali menunaikan haji. Bezanya, tahun ini (atau kali ini), dia menemani isterinya ke sana. Bayangkan menjadi tetamu Allah tujuh kali... :)


Kedua, syabas kepada kawan-kawan yang bakal menjadi suami-isteri pada hujung tahun ini. Dari bulan Oktober sampai Disember, ada tiga walimah/berita: Ridzwan Jaidon, Tamrin Nuge, dan Anhar Hafiz. "Abang Peng, a.k.a Apeng @ En. Kunang, bila lagi?". Itu soalan yang sering ditujukan kepada saya. Baik pensyarah sampai …

"Ubuntu? Ya, saya memang dalam buntu fikiran"

Assalamualaikum...

Fikiran saya seperti tajuk entri ini. Tidak tahu apa yang mahu ditaipkan disini.

Namun, saya tertarik dengan pernyataan kawan-kawan saya:

"Suami isteri itu saling melengkapi". Yasir.

"Bersediakah engkau untuk berkahwin?". Wan Sallam.

Baiklah. Saya ingin sambung kembali acara memerah otak. Penceramah bebas, Ustaz Ahmad Shamil sudahpun menyiapkan dua bab dalam thesisnya. Saya kena sediakan semua bahan untuk halaqah sebab kawan-kawan ini akan menjawab soalan peperiksaan pada 23 Oktober 2010 nanti. Bahan-bahan bacaan ini sebahagiannya telah saya kongsikan di laman sosial terkenal, Facebook. Mahu tahu? Sila cari pada kekotak carian "Circle of Kunang". :D

Kemas

Assalamu'alaikum...

Setelah ditegur oleh Mazura, baru saya teringat yang saya belum kemas kini blog ini. (Maaf, :D)

Disebabkan saya tak merancang untuk kemas kini blog, maka saya tuliskan disini aktiviti saya sepanjang cuti raya (seingat memori saya) hingga semalam.

4/9
Pulang ke Kedah bersama Helmi dan Mak Su-nya
5/9 - 9/9
Berpuasa dan berbuka dengan Abah dan Umi "Part Time Butler" (Ha 3x. Bukanlah, sebab saya seorang saja yang pulang ke Kedah, jadi banyak kerja rumah yang saya mesti uruskan)
"Kalau kamu tiba-tiba tolak, malulah Abah. Abah sudah berjanji dengan keluarga dia orang" (selama ini, sebab dia asyik tukar-tukar calon jadi saya buat tak kisah pula. Mana pula tahu kali ini dia beria sangat. Mentah-mentah cadangan/permohonan saya dia tolak. Saya diam saja, sebab tak mahu jadi gaduh. Tak apalah, saya boleh lagi buat solat Istikharah, sekali dengan solat Hajat biar dia ubah fikiran).

10/9
Taqabbal-Allah Minna wa Minkum. Selamat hari raya. Maaf zahir batin. "…

سلامت هاري راي فطرة

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ساي إيغين مغمبيل كسمفاتن إين كران ساي هان أكن دافت دهوبوغي ملالوءئ تلفون أتاو SMS.

أين كران ساي - إن شاء الله - أكن برأدا درومه باف ساي دقدح دار الأمان.

تردافت حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم يغ مغاجر كيت ممبريكن دعا كفد فارا صحابة دان قرابة كيب. معاف، ساي ترلوفا متن حديث ترسبوت، نامون ساي يقين بهاوا حديث ترسبوت بوليه ددافاتي داري كتاب صحيح مسلم. دعا ترسبوت بربويي: "تَقَبَّلَ اللهَ مِنَّا وَمِنْكُمْ".



ساي ترإيغت كات-كات فنشارح ساي، فروفيسور مديا دقتور فتح الدين بيانوني سمفنا هاري راي: "أدا ساتو أية يغ دكوناكن أوليه أورغ ماليسيا سمفنا هاري راي - معاف ظاهير دان باطين. أية إبن ساي دغر كتبك ساي بارو تينا دماليسيا. ساي كاكوم كران إي أداله بهاس عرب - مُعَافَةٌ ظَاهِراً وَبَاطِناً إي ممبري معنى كيت مموهون أمفون سسام سودارا كيت دأتس كسالهن كيت يغ دسغاجاري أتو تيدق...".

___________________________________________________________

Mesej hari raya ditulis dalam tulisan Jawi. Tetapi sayangnya "keyboard" yang saya gunakan ini hanya menyok…

(Buat-buat) Sibuk..

Assalamualaikum...

Baru saya perasan yang saya belum kemas kinikan blog ini. (Maaf).

Apa aktiviti anda bulan Ramadhan ini? Semalam saya ditanya oleh A, rakan baru di Facebook, tentang azam saya pada bulan Ramadhan ini. Em... Semestinya mahu berterusan dalam mengamalkan ibadat2 sunat. Terfikir sekejap, mampukah?

Thesis belum siap lagi, kerja naqib makin bertambah, isu-isu berbangkit lagi, pusing-pusing, ada saja kawan yang beri satu idea bernas - kahwin.

Idea ini macam beri saya satu tugas untuk cari calon teman hidup pula...

Kenangan...

Assalamualaikum...

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلَاثَةٍ عَنْ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ وَعَنْ الصَّبِيِّ حَتَّى يَحْتَلِمَ وَعَنْ الْمَجْنُونِ حَتَّى يَعْقِلَ

Terjemahan: Pena diangkat dari tiga (sebab): dari si tidur sampai dia sedar, dari si kanak-kanak sampai dia matang/baligh, dari si gila sampai dia berakal)

Hadith ini disalin dari Sunan Abi Daud. Berdasarkan perisian carian "Maktabah Shamilah", Hadith ini boleh dijumpai pada lebih dari 10 genre pengrekodan Hadith. Antaranya: Sunan Abi Daud, Jami' at-Tirmizi, Sunan an-Nasaaie, Sunan Ibnu Majah, Musnad Ahmad, Musannaf Ibnu Abi Shaybah, dan lain-lain.

(Dalam pengajian Hadith, ulama' telah merekodkan Hadith dengan cara yang berbeza-beza. Penyelidik bidang Hadith masa kini telah membuat kesimpulan bahawa ia adalah metodologi para Muhadith (ulama' Hadith) dan harus diklasifikasikan sebagai genre yang berbeza-beza. Maksudnya, kitab Hadith, seperti Sunan, adalah salah satu genre …

Iklan

Assalamualaikum...

Hari ini hari Ahad. :D

Sedang bersembang dengan Encik S yang mahu meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggerisnya, terlintas di fikiran saya tentang satu isu yang dibangkitkan oleh pensyarah Sebaran Umum (rasanya itu perkataan bahasa Melayu untuk "Mass Communication"): "Adakah kita sedar yang sebenarnya kita membayar iklan yang ada di dalam surat khabar? Apa hukumnya jika kita membeli iklan arak?"

Terus saya ceritakan kepada Encik S. Responnya:

"Jangan kautanya sesuatu yang jika kautanya akan menyusahkan engkau". Lebih kurang begitulah terjemahan ayat al-Qur'an yang dibacakannya.

(Encik S agak sibuk hari ini sebab telefonnya asyik berdering sahaja. Barangkali dia dalam mood malas, dia tak perasan yang tuan bilik iaitu saya, tak habis bercakap dengannya lagi. Mesti baik sangka. :) )

Ayat itu turun semasa wahyu masih turun. Kiranya masa Rasulullah SallAllah 'Alaihi wa Sallam, kalau ditanya soalan boleh jadi, terus jadi hukum Syar'i…

Ingat Mati...

Assalamualaikum...

Sebelum saya ke makmal komputer di UIA ini, saya melewati van jenazah. Rasanya ada orang yang meninggal dunia hari ini...
إن لله وإن إليه راجعون

Terlintas di fikiran saya untuk menulis sedikit wasiat. Manalah tahu, tiba-tiba saja kita dipanggil. Sudah "ready" ke, belum ke, mesti pergi...

1. Hutang: Kalau saya berhutang, minta dihalalkan la ye. Saya selalu lupa tentang hutang saya. Jadi, bila saya berhutang, saya minta pemiutang ingatkan saya tentang hutang. Tapi kalau orang lain yang berhutang dengan saya, silalah bayar dulu. Tak nak bayar tak apa. Saya boleh "claim" bila tiba Hari Amalan Manusia Dihitung nanti. Ha 3x. :D

2. Panggilan: Ada sesetengah hamba Allah suka letak "title" kepada si mati. Kalau yang mati itu orang bukan Islam, katakanlah namanya G, dia panggil "Mendiang G" atau "the Late G". Kalau yang mati itu orang Islam, dia panggil "Arwah G". Bila saya mati nanti, saya tak mahu "title" Arwa…

"Apen Tak Kisah..." Eh?

Assalamualaikum...

Tajuk di atas tidak ada kena mengena dengan tulisan ini. Maaf ya. :D

Encik K hubungi saya melalui telefon dan kami berbual hampir 30 minit. Dalam insiden yang lain, Encik S terserempak dengan saya ketika dia melawat kawan-kawannya. Dia juga berbual dengan saya hampir 30 minit.

Dalam banyak-banyak isu, ada isu yang sama dari perbualan dengan Encik K dan Encik S - pembangunan kerjaya. Encik S sedang membangunkan laman sesawang yang membuat "review" drama-drama tempatan. Encik K pula mahu memulakan karier sebagai penternak moden. Menarik tak?

Tak kisah? Mana boleh saya tak kisah? Mereka sudah ada perancangan untuk merealisasikan kerjaya tersebut. Jadi, saya doakan mereka berjaya. Amin! ^.^

Mereka ini lagi bagus kalau dibandingkan dengan kawan-kawan saya yang masa di universiti buat kenyataan "Kitorang ni budak jurusan <"rahsia"> kalau "posting" mengajar di negeri-negeri saja, terutamanya kat sekolah-sekolah <"rahsia">…

"Update - Reboot" mungkinkah?

Assalammu'alaikum...

Lama tak buka blog. Macam-macam yang sudah berlaku sepanjang kegagalan saya menaip blog. Nampaknya saya tak boleh menjadi "full-time blogger". Dua perkara yang ingin saya taipkan di sini.

Rasanya tak ada pun sesiapa yang ambil tahu tentang blog ini. Maaflah jika ada yang menanti-nanti tulisan saya di sini. Tiada alasan yang boleh saya berikan, sebab saya sendiri tak suka alasan...

Ada kawan saya yang minta saya menulis secara ilmiah. Susah juga nak jadikan blog bahan ilmiah. Akhirnya saya fikir, blog ini saya jadikan sebagai jurnal umum kehidupan saya saja. :)

Entah, ramai yang ingin tahu tentang kerja saya sebagai pelajar - atau buat-buat ingin tahu sahaja. Ada juga yang tak berpuas hati dengan saya - kononnya mahu bersikap dingin dengan saya - tapi lupa yang saya seorang yang "tak kisah". Kalaulah rasa tak puas hati tu diterjemahkan dengan ayat dan perbincangan, bolehlah saya tahu. Ahli psikologi pun tak boleh baca fikiran orang lain, apatah …