Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2010

Kemas

Assalamu'alaikum...

Setelah ditegur oleh Mazura, baru saya teringat yang saya belum kemas kini blog ini. (Maaf, :D)

Disebabkan saya tak merancang untuk kemas kini blog, maka saya tuliskan disini aktiviti saya sepanjang cuti raya (seingat memori saya) hingga semalam.

4/9
Pulang ke Kedah bersama Helmi dan Mak Su-nya
5/9 - 9/9
Berpuasa dan berbuka dengan Abah dan Umi "Part Time Butler" (Ha 3x. Bukanlah, sebab saya seorang saja yang pulang ke Kedah, jadi banyak kerja rumah yang saya mesti uruskan)
"Kalau kamu tiba-tiba tolak, malulah Abah. Abah sudah berjanji dengan keluarga dia orang" (selama ini, sebab dia asyik tukar-tukar calon jadi saya buat tak kisah pula. Mana pula tahu kali ini dia beria sangat. Mentah-mentah cadangan/permohonan saya dia tolak. Saya diam saja, sebab tak mahu jadi gaduh. Tak apalah, saya boleh lagi buat solat Istikharah, sekali dengan solat Hajat biar dia ubah fikiran).

10/9
Taqabbal-Allah Minna wa Minkum. Selamat hari raya. Maaf zahir batin. "…

سلامت هاري راي فطرة

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ساي إيغين مغمبيل كسمفاتن إين كران ساي هان أكن دافت دهوبوغي ملالوءئ تلفون أتاو SMS.

أين كران ساي - إن شاء الله - أكن برأدا درومه باف ساي دقدح دار الأمان.

تردافت حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم يغ مغاجر كيت ممبريكن دعا كفد فارا صحابة دان قرابة كيب. معاف، ساي ترلوفا متن حديث ترسبوت، نامون ساي يقين بهاوا حديث ترسبوت بوليه ددافاتي داري كتاب صحيح مسلم. دعا ترسبوت بربويي: "تَقَبَّلَ اللهَ مِنَّا وَمِنْكُمْ".



ساي ترإيغت كات-كات فنشارح ساي، فروفيسور مديا دقتور فتح الدين بيانوني سمفنا هاري راي: "أدا ساتو أية يغ دكوناكن أوليه أورغ ماليسيا سمفنا هاري راي - معاف ظاهير دان باطين. أية إبن ساي دغر كتبك ساي بارو تينا دماليسيا. ساي كاكوم كران إي أداله بهاس عرب - مُعَافَةٌ ظَاهِراً وَبَاطِناً إي ممبري معنى كيت مموهون أمفون سسام سودارا كيت دأتس كسالهن كيت يغ دسغاجاري أتو تيدق...".

___________________________________________________________

Mesej hari raya ditulis dalam tulisan Jawi. Tetapi sayangnya "keyboard" yang saya gunakan ini hanya menyok…