Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

Iklan

Assalamualaikum... Hari ini hari Ahad. :D Sedang bersembang dengan Encik S yang mahu meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggerisnya, terlintas di fikiran saya tentang satu isu yang dibangkitkan oleh pensyarah Sebaran Umum (rasanya itu perkataan bahasa Melayu untuk "Mass Communication"): "Adakah kita sedar yang sebenarnya kita membayar iklan yang ada di dalam surat khabar? Apa hukumnya jika kita membeli iklan arak?" Terus saya ceritakan kepada Encik S. Responnya: "Jangan kautanya sesuatu yang jika kautanya akan menyusahkan engkau". Lebih kurang begitulah terjemahan ayat al-Qur'an yang dibacakannya. (Encik S agak sibuk hari ini sebab telefonnya asyik berdering sahaja. Barangkali dia dalam mood malas, dia tak perasan yang tuan bilik iaitu saya, tak habis bercakap dengannya lagi. Mesti baik sangka. :) ) Ayat itu turun semasa wahyu masih turun. Kiranya masa Rasulullah SallAllah 'Alaihi wa Sallam, kalau ditanya soalan boleh jadi, terus jadi hukum Syar&

Ingat Mati...

Assalamualaikum... Sebelum saya ke makmal komputer di UIA ini, saya melewati van jenazah. Rasanya ada orang yang meninggal dunia hari ini... إن لله وإن إليه راجعون Terlintas di fikiran saya untuk menulis sedikit wasiat. Manalah tahu, tiba-tiba saja kita dipanggil. Sudah "ready" ke, belum ke, mesti pergi... 1. Hutang: Kalau saya berhutang, minta dihalalkan la ye. Saya selalu lupa tentang hutang saya. Jadi, bila saya berhutang, saya minta pemiutang ingatkan saya tentang hutang. Tapi kalau orang lain yang berhutang dengan saya, silalah bayar dulu. Tak nak bayar tak apa. Saya boleh "claim" bila tiba Hari Amalan Manusia Dihitung nanti. Ha 3x. :D 2. Panggilan: Ada sesetengah hamba Allah suka letak "title" kepada si mati. Kalau yang mati itu orang bukan Islam, katakanlah namanya G, dia panggil "Mendiang G" atau "the Late G". Kalau yang mati itu orang Islam, dia panggil "Arwah G". Bila saya mati nanti, saya tak mahu "title"

"Apen Tak Kisah..." Eh?

Assalamualaikum... Tajuk di atas tidak ada kena mengena dengan tulisan ini. Maaf ya. :D Encik K hubungi saya melalui telefon dan kami berbual hampir 30 minit. Dalam insiden yang lain, Encik S terserempak dengan saya ketika dia melawat kawan-kawannya. Dia juga berbual dengan saya hampir 30 minit. Dalam banyak-banyak isu, ada isu yang sama dari perbualan dengan Encik K dan Encik S - pembangunan kerjaya. Encik S sedang membangunkan laman sesawang yang membuat "review" drama-drama tempatan. Encik K pula mahu memulakan karier sebagai penternak moden. Menarik tak? Tak kisah? Mana boleh saya tak kisah? Mereka sudah ada perancangan untuk merealisasikan kerjaya tersebut. Jadi, saya doakan mereka berjaya. Amin! ^.^ Mereka ini lagi bagus kalau dibandingkan dengan kawan-kawan saya yang masa di universiti buat kenyataan "Kitorang ni budak jurusan <"rahsia"> kalau "posting" mengajar di negeri-negeri saja, terutamanya kat sekolah-sekolah <"rahsia"

"Update - Reboot" mungkinkah?

Assalammu'alaikum... Lama tak buka blog. Macam-macam yang sudah berlaku sepanjang kegagalan saya menaip blog. Nampaknya saya tak boleh menjadi "full-time blogger". Dua perkara yang ingin saya taipkan di sini. Rasanya tak ada pun sesiapa yang ambil tahu tentang blog ini. Maaflah jika ada yang menanti-nanti tulisan saya di sini. Tiada alasan yang boleh saya berikan, sebab saya sendiri tak suka alasan... Ada kawan saya yang minta saya menulis secara ilmiah. Susah juga nak jadikan blog bahan ilmiah. Akhirnya saya fikir, blog ini saya jadikan sebagai jurnal umum kehidupan saya saja. :) Entah, ramai yang ingin tahu tentang kerja saya sebagai pelajar - atau buat-buat ingin tahu sahaja. Ada juga yang tak berpuas hati dengan saya - kononnya mahu bersikap dingin dengan saya - tapi lupa yang saya seorang yang "tak kisah". Kalaulah rasa tak puas hati tu diterjemahkan dengan ayat dan perbincangan, bolehlah saya tahu. Ahli psikologi pun tak boleh baca fikiran orang lain, apat