Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

理論

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Saya mengambil peluang untuk kemas kini blog sebelum berakhirnya tahun 2011. :D
Baru-baru ini saya terbaca perbincangan internet tentang perkataan "ayam pegar" yang ditaip dalam ejaan Jawi lama. Pepatah "harapkan pagar, pagar makan padi" rupa-rupanya contoh kesilapan terjemahan tulisan Jawi ke Rumi. Blog "Kisah Seorang Budak U" ada juga menceritakan tentang isu ini secara ringkas. Saya pula tertarik dengan komen seorang pembacanya yang tertulis begini: 
"harapkan orang, orang makan padi... Maka terhasillah istilah orang-orang (straw man)". ^.^
 Tiba-tiba saya terlihat entri popular yang berbincang tentang teori evolusi. 
Em... Saya memang tidak faham apa itu teori evolusi yang dicadangkan oleh Darwin. Kalau saya, apa yang terlintas di fikiran saya apabila terjumpa dengan perkataan "EVOLUTION" adalah... Digimon & Pokemon. :P
(Konsep "Evolution" dalam siri permainan Digimon secara umum…

生徒代表者協議会

Assalamu'alaikum Warahmatullah... 
(Hari ni tak ada kisah dongeng). :P
Bulan lepas ada demonstrasi "klon demonstrasi luar" yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan yang mengaku sebagai "pelajar-pelajar UIAM". Ada dua demonstrasi, pertamanya selepas solat Jumaat. Keduanya sekitar jam 8 malam hari Selasa. Demonstrasi hari Jumaat bertujuan untuk membantah pemecatan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dari perkhidmatan. Manakala demonstrasi hari Selasa bertujuan untuk meminta "kebebasan ahli akademik bersuara".
(Tak baik tipu. Kalaulah Pak Guard kerjasama dgn polis yang ada waktu itu kepung semua penunjuk perasaan & minta bukti pelajar UIAM, nak buat mcm mana?)
Saya hairan kepada kumpulan pelajar ini kerana, berita demonstrasi merujuk kepada pemecatan, bukan penggantungan. Tidaklah saya pasti adakah saya yang salah berita ataupun kumpulan ini. Setelah membaca blog SRC IIUM, saya dapat rumuskan bahawa mereka tahu isu sebenarnya berbanding dengan kumpulan pelajar …

支持

"Ustaz~..."

"Ha.. Kenapa?"

"Tengok ini, saya dapat hadiah..."

"Oh~ Sempena hari jadi ke?"

"Taklah. Adalah..."


"Ye la tu?"

"Ustaz jealous ye? Jangan macam tu. Ini rezeki saya. Ustaz, kenalah support sikit..."

"Support? Support Pillow? Aik, orang pula yang engkau kata jealous? Aduhai..." T_T
---------- Assalamu'alaikum Warahmatullah...  (Cerita di atas telah diubah daripada dialog sebenar).  Teringat satu ketika dahulu, antara tabiat saya adalah suka tengok orang gembira. Ada seorang kawan yang saya kenal sejak sekolah rendah. Dipendekkan cerita, saya berpindah dari Sek. Keb. Sunggai Manggis ke Sek. Keb. Sri Langat yang berdekatan dengan pekan Banting. Jadi kami terpisah. Kemudian, kami berjumpa semula di sekolah menengah (Sek. Agama Men. Unwanus Sa'adah, Kanchong Darat). Semestinya dia berubah. Dia mula meminjam wang. Mula-mulanya ia bukan masalah kepada saya. "Setakat RM10 saja, boleh kot" …

ラーヤー快乐!

"Dami seorang "pemburu" harta karun. Dia sudah bosan dengan kehidupannya. Maka dia teringin mencuba sesuatu yang terlarang. 
Apakah yang terlarang itu?
Berbekalkan arahan satu persatu dari Pak Hitam yang baru seminggu dikenalinya, Dami mendapat khabar, ada ibu keguguran kandungan tiga bulan. Dicarinya kandungan itu untuk dia lakukan "latihan amali". Kandungan itu dikeringkan sehingga betul-betul kering.
Pak Hitam menyuruh Dami sediakan balang berisi cuka. Kandungan itu diletakkan di dalam balang itu. Kemudian, Dami diajar bacaan mantera tertentu. Pak Hitam mengarahkan Dami membaca mantera itu. 
Disebabkan bosan kerana membaca bacaan yang sama setiap malam lebih sebulan, maka Dami bersuara. 
"Pak Hitam, sudah lebih sebulan. Bosanlah saya. Asyik baca yang sama saja..."
"Sabar Dami, tidak lama lagi engkau akan melihat hasilnya. Dengan izin syaitan..."
"Dengan izin syaitan? Eh, Pak Hitam, apa yang Pak Hitam cakapkan ini?"
"Engkau…

附身

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Rizal, pada suatu malam, bertanya pendapat saya tentang hadis ini:
Terjemahannya (secara kasarnya. Saya tak pakar menterjemah sebenarnya):
Rasulullah Sallallah 'Alaihi Wasallam pernah bersabda: "Setiap pintu langit dibuka dalam bulan Ramadhan dan setiap pintu neraka ditutup padanya (bulan Ramadhan), kemudian segala syaitan yang degil dirantai padanya (bulan Ramadhan) dan ada Pemanggil menyeru "Datanglah wahai Penuntut Kebaikan, tunggu dahululah wahai Penuntut Kejahatan".

Rizal kata (dalam loghat Terengganu): "Pada pendapat anta, kenapa ada saja orang buat jahat dalam bulan Ramadhan, ada saja yang histeria dalam bulan Ramadhan. Tapi kan syaitan dah kena rantai?".

Saya ni tak pandai sangat nak berhujah. Maka saya cakap secara kawan-kawan bercakap: "Sss... Beginilah. Kita punya jawapan ni tak semestinya boleh buat semua orang puas hati. Ambe ni percaya pada ayat al-Qur'an yang kata "... syaitan dari jin dan …

熱いラマドン!

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Saya mencuri masa untuk menaip entri (lagi nampaknya)... :P

Sambil mengenangkan thesis yang belum siap lagi walaupun masa tambahan sudah habis... (Berusaha! Saya! Jangan mengalah! Saya <-- Pinjam ayat dari drama kanak-kanak "Satria Perkasa Hitam" sekejap).

Tiba-tiba teringat satu peristiwa. Saya pernah dinasihat untuk menduduki "Comprehensive Examination" selepas proposal pertama saya ditolak atas alasan "penguasaan bahasa yang lemah" dan "masih di tahun satu - ada banyak masa".

(Tajuk proposal ketika itu: "Takhrij 50 Hadith dari Tafsir Radio Tulisan (Allahyarham) Ustaz Ahmad Sonhadji". Fokus hanya pada metodologi interaksi Ustaz Ahmad Sonhadji dengan Hadith & Takhrij Hadith. Memang ada banyak kekurangan pada proposal itu. Tetapi entah mengapa saya tidak mendapat cadangan seperti proposal thesis yang sedang saya siapkan. Saya siap hubungi Majlis Ugama Islam Singapura untuk interbiu Ustaz lag…

(Saya Tiada Tajuk Sesuai Untuk Mentajukkan Entri Ini) ^.^

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi. (Yei!). Trend masyarakat Malaysia - bersiap sedia untuk menyambut puasa dan raya. Persediaan raya, em... Masyarakat Malaysia akan bersiap sedia untuk menempah pakaian raya dan mungkin juga perabot dan kuih raya. :D

Persediaan puasa? Etto... Apa ya? Latihan puasa... Kot.

Antara latihan puasa yang "biasa" dilakukan oleh masyarakat... Puasa tiga bulan berturut-turut. Itu antara latihan yang paling mantap pernah saya dengar. Saya tak pernah berpuasa tiga bulan berturut-turut. (Betul, bukan bohong). Jadi elok kita bersangka baik dahulu - mungkin untuk kafarah 2 bulan (Rejab & Sha'ban) campur 1 bulan wajib (Ramadhan). He 3x. :P

Ada satu Hadith - saya lupa matannya dan riwayatnya - yang membawa maksud bahawa Rasulullah Sallallah 'Alaihi Wasallam hanya berpuasa penuh pada bulan Ramadhan dan memperbanyakkan puasa pada bulan Sha'ban.

Maksudnya di sini, baginda (S.A.W.) memperbanyakkan puasa sunn…

Bersih vs. FRU, Round 2(.0)

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

"Perang" antara NGO Bersih dengan FRU PDRM berakhir secara "aman" sebelum jam 5 petang. Atas dasar memenuhi jemputan kenduri kahwin, saya ke Jalan Kastam, Perlabuhan Kelang.

Dalam perjalanan, ada beberapa penumpang LRT panik setelah mendengar pengumuman ini:

"Atas sebab-sebab keselamatan, tren ini tidak akan berhenti di Stesen Masjid Jamek dan Pasar Seni dan hanya akan berhenti di KL Sentral".

Kasihan yang panik. Sabarlah sikit. Kegelabahan anda tidak dapat menamatkan perhimpunan Bersih atau Patriot. :)

Pemandangan Kuala Lumpur dari Stesen Pasar Seni... Jam 12 barang kali (saya lupa), lengang seperti pemandangan sebuah pekan kecil selepas dikosongkan. Saya hanya nampak beberapa anggota polis dan orang lain, kebanyakannya wartawan... Konon mahu rakam gambar, sekali telefon Nokia 2630 Kunang saya tinggal satu bar cas baterinya. Aduhai... Tak boleh, simpan untuk kecemasan. :D

Kita kongsikan situasi yang sempat saya ingat.

Situa…

Berlagak Pandai...?

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Sekadar menulis mesej ringkas. Ada orang menggunakan "kabel" untuk mendapatkan pekerjaan yang dia mahukan. Ada juga yang menggunakan "kuasa" untuk tujuan sama. Namun, jika kita lihat dari sudut yang berbeza, katakanlah majikan, apa cara sekali pun, adakah dia mampu melaksanakan tanggungjawabnya jika diberikan AMANAH untuk tunaikan pekerjaan tersebut?

Biar saya berikan satu situasi menarik. En. H dan Pn. G telah diberikan amanah untuk selesaikan "assignment" Brother K yang entah berapa kurun tidak selesai-selesai. Politiknya, En. H dan Pn. G lebih berpengalaman dalam kerja-kerja sebegitu berbanding Brother K. Sebulan berlalu, "assignment" itu tidak siap. Malah, tidak berubah sejak Brother K tinggalkan kerjanya. Kalut punyalah kalut, Brother K dipanggil untuk "back-up" En. H dan Pn. G. dengan kadar segera... ("dateline meeting"-lah katakan...) Maka datanglah Brother K dengan muka mengantuk ke…

Jenaka Sekejap

My ex-roomate, Sou Yuen, asked about how my life goes on and to update this blog. Since English says "A picture paints thousand words", so I wonder what is he going to respond? :)

I'll post this entry on his FB's wall... :P

氷止カード、天装!

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

(Tajuk di atas tiada kaitan dengan apa yang saya akan kongsikan. Tiada idea untuk mentajukkan entri ini. Maaf. ^.^)

Saya tiada ada apa-apa untuk dikongsikan. Em... Mungkin juga sekadar ucapan. :D

بارك الله لكم وبارك عليكم وجمع بينكم في الخير

Selamat Pengantin Baru untuk sahabat berikut:
Mohd Fadzil Bin Yunus (Kondangan pada 29/5 di Banting, Selangor)
Muhamad Firdaus Bin Shapian (Kondangan pada 5/6 di Peringgit, Melaka)Hadlisham Bin Mohamad (Kondangan pada 5/6 di Kuala Krai, Kelantan)
Ismalyna Binti Iskandar (Kondangan pada 5/6 di Banting, Selangor)
Mohd Husni Bin Halid (Kondangan pada 12/6 di Selayang (kot), Selangor)
Saidan Wa Kariman Bin Baharom (Kondangan pada 19/6 di Banting, Selangor)Zaidul Amin Suffian (Kondangan pada 19/6 di USJ (kot. Lupa tempatnya)
Mohamad Syafiq Bin Abdul Latip (Kondangan pada 9/7, di Pelabuhan Kelang, Selangor)Sesiapa yang telah mengirim kondangan (a.k.a. jemputan) tetapi terlupa untuk saya taipkan di sini. Maaf ya. :P

Pernahkah t…

Adab & Akhlak

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Saya cuma mahu beritahu yang saya dihadiahkan CD percuma dari Masriezan. Senior di SMKA Ma'ahad Hamidiah. CD album Varianz berjudul Dunia Baru. "Boy-band" ini membawa muzik nasyid moden. Saya akan mendengar lagu-lagu mereka nanti. :D

(Hajat di hati mahu tamatkan tulisan di sini. Tapi ini bukan "Twitter". Aduhai...)

Pernah dengar ayat bahasa Melayu sebegini?

"Harap saja bertudung labuh. Tapi mengumpat mengalahkan murai!".
"Walaupun I berpakaian seksi, tapi hati I bersih, nyah!".
"Lain kali, kalau nak ungkit pasal orang, tunggu orang tu ungkit dulu".
"Engkau tinggalkan saja baju tu kat situ. Nanti adalah kuli membasuhnya".

Mungkin biasa. Sebab masyarakat Malaysia lebih suka mengutuk berbanding menasihati. Saya kadang-kadang terfikir, siapa yang bersalah? Individu itu sendiri atau masyarakat sekelilingnya?

Ada rakan bercerita guru sekarang tak semuanya prihatin akan akhlak anak muridnya. Pelbagai…

Selamat Hari Cikgu ♪ (Nyanyi ikut rentak Ketua Kelas dalam Cerita Upin, Ipin & Kawan-kawan)

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

16/5. Hari Guru seluruh Malaysia. Jazakumullah Khauran Kathiran guru-guru sekalian, kerana mendidik masyarakat tanpa jemu. Teruskanlah usaha memupuk anak-anak muda dengan cinta, takwa, sabar, ikhlas, syukur, tawakal dan kembali berserah kepada Allah S.W.T.

Usah risau dengan apa kerjaya anak-anak muda itu akan datang, tapi risaulah dengan Adab dan Akhlak apakah anak muda itu akan datang?

Usah risau jika anak-anak muda itu ke menara gading, taman ilmu atau tembok besi, tapi risaulah dengan ilmu, adab, kemahiran, dan akhlak yang dipupuk sejak umur anak-anak muda ini 6 tahun - adakah mereka terus amalkan atau mereka terus abaikan?

Jangan katakan pada anak-anak muda ini, "wap air di bumi tersejat ke awan lalu turun sebagai hujan". Tapi katakanlah pada mereka, "Allah S.W.T. telah menciptakan hujan dengan menurunkannya ke bumi melalui awan dan hujan ini akan kembali ke langit sepertimana Allah ciptakan roh untuk pergi kepada jasad dan kemudian…

Google Translator... Nice!

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Today/tonight, I'm writing my blog in English! :D

My reason is only to thank those who are non-speaker of Bahasa Melayu, who are intentionally or accidentally found and read my blog. :)

I love my Bahasa Melayu as it is my language. But, I like to learn other languages. So far, I knows Bahasa Melayu, English and Arabic (with some little Mandarin and Nihon-go/Japanese - I love Chinese characters and love to know how a single character shared by different people - Chinese, Japanese, Korean, Taiwanese (maybe) and Vietnamese). :D

So, thank YOU very much. It is MY PLEASURE that you all spend some of your times to read this blog. Please drop by and give comments. Don't worry. I'm will approve all comments as long as it is appeared with polite words. :)

By the way, if you scroll down through this blog, you will find "Blog Translator". It is a cool gadget that offered by Google to translate whole website (or in my case, blog-site) from Bah…

Ibu... Ibu... Engkaulah Ratu Hatiku... ♪

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Menurut kalendar Masihi, Hari Ibu jatuh pada setiap Ahad minggu ke-2 dari bulan Mei. Tahun ini, Hari Ibu jatuh pada 8/5. (Aik, Penyimpan Mohor Besar pun tak bercakap seperti ini ^.^). Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu, termasuk ibu-ibu saya dan rakan-rakan yang akan dan telah menjadi ibu.

Jom kita kongsikan Hadith berikut:

عن أبي هريرة - رضي الله عنه - قال: "جاء رجل إلى رسول الله - صلى الله عليه وسلم - فقال: "يَا رَسُولَ اللهِ، مَنْ أَحَقُّ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟" قَالَ: «أُمُّكَ». قَالَ: "ثُمَّ مَنْ؟" قَالَ: «أُمُّكَ». قَالَ: "ثُمَّ مَنْ؟". قَالَ: «أُمُّكَ». قَالَ: "ثُمَّ مَنْ؟" قَالَ: «ثُمَّ أَبُوكَ»... (رواه البخاري

Maksudnya: "... Dari Abu Hurairah - Radhiallah 'Anhu - katanya: "Ada seorang lelaki telah berjumpa Rasulullah Sallallah 'Alaihi Wasallam, lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah yang lebih berhak untuk saya berbakti…

Yasir, Chatbox, al-Amin!

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Yasir suruh saya sebut namanya di blog ini, 2-3 minggu dahulu. Maka saya gunakan kesempatan ini untuk taip nama dia besar-besar. Ha 3x. :D

Y-A-S-I-R

Siapakah dia? Guru PSI, PQS, dan Tilawah di Sekolah Menengah al-Amin, Gombak. :P

Dia suruh saya letak "chatbox" pada blog ini. Em... Malas sebenarnya. Saya bukan penulis blog tegar. Purata sebulan hanya dua entri yang diterbitkan. Tapi, sekadar meraikan rakan. OK juga.

Maka, kepada sesiapa yang suka bersembang di alam maya, sila gunakan "chatbox" pada "Ruang Untuk Bersembang Bohong" di sebelah. Ha 1000x. :D

Ini peta dunia. Pembaca blog saya ramai yang menggunakan domain dari Malaysia. Tetapi tidaklah ramai macam penulis blog yang lain. Hanya 160 lebih pengunjung sahaja. Tak sangka pula ada dari Taiwan, Jepun, Arab Saudi, hingga ke Amerika yang membaca blog ini. Terima kasih daun keladi. Buat susah-susah saja kalian membacanya. Perlukah saya menaip dalam bahasa selain bahasa Mel…

Kalaulah Kampus Kuantan di Tanjung Lumpur...

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Dari tajuk di atas, saya merujuk kepada UIAM Kampus Kuantan. Ini kerana gara-gara kata-kata Zahir, "Kalau mai Kuantan, tak singgah Tanjung Lumpur, tak sah percutian hang". Ha 3x. :P

Dari 4/4 yang lalu sehingga 3/5 ini, saya berjalan-jalan. :D

4/4 - Hulu Slim, Slim River, Perak

Rezeki Subuh. En. Zulkifli "Choi" dari IIUM Security mengajak saya makan durian di kampungnya, Sungai Dara dekat Hulu Slim. Kami bertolak jam 7.30 pagi. Singgah sebentar di kedai Mamak, sarapan pagi. Pendekkan cerita, kami (saya sebenarnya) makan dua biji durian, lalu membeli 3 biji durian dengan harga RM10. (Nice!). Sebiji saya berikan kepada Saifullah (yang baru bernikah 30/4 yang lalu), sebiji lagi saya berikan kepada jaguh durian dari Medan, Ikbar Pratama (saya panggil Iqbal, lebih senang untuk disebut), dan sebiji lagi kepada Kak Shaz.

Sebab duriannya sedap, ingat nak mencari lagilah. Kami pergi sekali lagi pada hari Sabtu, dia pula jual dua biji durian R…