Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

Selamat Pengantin Baru... ♪

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

1. Selamat pengantin baru kepada Ustaz Muhammad Saifullah Hussin dengan pasangannya Hafiza. Orang Terengganu bertemu orang Padang Sanai wo... Mereka (akan) diijabkabulkan pada 30 April 2011. Akhirnya penantian Saifullah berakhir. :D

2. Cuti sekolah akan tiba tidak lama lagi. Seluruh Malaysia akan berkenduri kahwin... Rasanya kawan-kawan saya yang sudah berkahwin mesti sedang menantikan kehadiran ahli keluarga baru (mungkin yang kedua atau ketiga...) :P

3. Lagu kahwin... Zaman saya sekolah rendah dulu (1991-1996), lagu kahwin yang "wajib" dimainkan sewaktu kenduri mesti lagu nyanyian Wan dan lain-lain dengan genre Pop Yeh Yeh. Lagu-lagu mereka akan diputarkan atau dinyanyikan semula oleh "penyanyi jemputan" (sumbang atau tidak, nasiblah...). Senario ini terus berlaku hingga lewat 90-an. Namun, apabila genre nasyid berjaya "menyerang" pasaran musik komersial, trend lagu kahwin Pop Yeh Yeh tiba-tiba lenyap. (Fenomena baru d…

Moral - Sekolah vs. Media

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Hari ini, saya ingin menaip ringkas.

Di sekolah, cikgu-cikgu mengajar pendidikan moral. Mereka kata menonton video lucah adalah salah kerana ia membawa kepada kerosakan moral.

Di media (hari ini), wartawan-wartawan melaporkan perkembangan isu video lucah yang katanya ahli politik. Mereka menyiarkan klip-klip video tersebut melalui semua media penyiaran (cetak, elektronik dan digital).

Kanak-kanak mesti keliru, siapa yang betul: cikgu sekolah atau wartawan media? Kalau cikgu sekolah betul, kenapa media siarkan klip video lucah. Kalau wartawan media betul, kenapa cikgu kata menonton video lucah salah.

Dunia tanpa sempadan sudah mengarut. Rakyat Malaysia menjadi semakin miang. Soalan kanak-kanak/remaja seperti "pernah tengok video pornografi tak?" rasanya tidak ditanya oleh golongan ini kerana media tayangkan melalui laporan berita...

Nota:
Akan datang, Kementerian Penerangan mesti membuat kategori baru untuk semua rancangan di televisyen. Saya ca…