Selamat Pengantin Baru... ♪

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

1. Selamat pengantin baru kepada Ustaz Muhammad Saifullah Hussin dengan pasangannya Hafiza. Orang Terengganu bertemu orang Padang Sanai wo... Mereka (akan) diijabkabulkan pada 30 April 2011. Akhirnya penantian Saifullah berakhir. :D

2. Cuti sekolah akan tiba tidak lama lagi. Seluruh Malaysia akan berkenduri kahwin... Rasanya kawan-kawan saya yang sudah berkahwin mesti sedang menantikan kehadiran ahli keluarga baru (mungkin yang kedua atau ketiga...) :P

3. Lagu kahwin... Zaman saya sekolah rendah dulu (1991-1996), lagu kahwin yang "wajib" dimainkan sewaktu kenduri mesti lagu nyanyian Wan dan lain-lain dengan genre Pop Yeh Yeh. Lagu-lagu mereka akan diputarkan atau dinyanyikan semula oleh "penyanyi jemputan" (sumbang atau tidak, nasiblah...). Senario ini terus berlaku hingga lewat 90-an. Namun, apabila genre nasyid berjaya "menyerang" pasaran musik komersial, trend lagu kahwin Pop Yeh Yeh tiba-tiba lenyap. (Fenomena baru dari nasyid "boy-band" In-Team kah?). Lantas, peminat genre Pop Yeh Yeh tak mahu mengalah lalu mengatur strategi baru dengan "tagline" "memberi nafas baru". Hasilnya, tiba-tiba saja lagu "Gadis Melayu" dinyanyikan dengan mood lebih bingit...

4. Saya pernah berjiran dengan bekas "orang kuat Kuala Nerang". Pendek cerita, keluarganya melangsungkan kenduri kahwin anak lelaki - kalau tak silap saya - dan menjemput ramai VIP termasuk Sultan Kedah (katanyalah). Namun malangnya, keluarga saya tidak dijemput hadir kerana "ingatkan takdak orang yg dok tang nuh". Saya bersangka baik saja dengan mereka - agaknya waktu mereka mahu menghantar jemputan atau memanggil tiada seorang ahli keluarga saya di rumah. Maklumlah, orang buat kenduri mesti banyak kerja yang mesti diselesaikan. Betul tak? ^.^ Saya pun duduk di rumah sambil mendengar lagu-lagu kenduri. Berikut adalah kronologi "radio" yang saya dengar.
  • Bacaan ayat al-Qur'an (ayat al-Qur'an bukan lagu ya)
  • Nasyid "idol-band" al-Jawaher kot. "Al-Qur'an...♪" (Lagu yang selalu menjadi lagu tema Majlis Tilawah al-Qur'an peringkat kebangsaan).
  • Lagu dari kumpulan-kumpulan nasyid "boy-band" dan "gentleman-band" seperti Nur Kasih, Kasih Kekasih (In-Team), Demi Cinta Suci (UNIC), Nurul Iman (AMAR), "Kita meraikan dua pengantin baru... ♪" (tak ingat tajuk lagunya tapi dari Rabbani, ada pada liriknya "Dapat zuriat yang Soleh Solehah...♪".
  • Mood BERTUKAR (saya kategorikan sebagai "Level 2") apabila lagu "Pergi Tak Kembali" (Rabbani) dimainkan. Lagu-lagu "kemanusiaan" mula mencelah. Jadi saya mendengar suara dari En. Ramli Sarip, Dato' Ahmad Jais, Pn. Aisyah, dan lain-lainnya.
  • Kemuncak majlis apabila tengah hari (dah lah azan berkumandang, lagu pun ikut berkumandang. Masjid Kariah Pulau Kijang di hadapan rumah kenduri saja. T_T). Mood Pop Yeh Yeh kembali. "Selamat Pengantin Baru" (Wan) dan "Gadis Melayu" (Jamal Abdillah) juga pilihan mereka...
  • Sesi karaoke dimulakan.Kali ini ada "juri" di rumah yang menilai suara mereka (bukan saya jurinya). Kalaulah budak-budak tu tahu macam mana suara mereka dinilai, mesti minta pihak sekolah buat kelab vokal. Nak belajar vokal waktu ko-kurikulum sekolah. :D
  • Barangkali insaf, majlis ditamatkan. "Idol-band" al-Jawaher mendendangkan semula lagu tema Majlis Tilawah al-Qur'an. Kemudian, bacaan ayat al-Qur'an yang sama diperdengarkan...
4. Hilang idea menaip.... (He 3x). Em... Penganjur kenduri kahwin kena ambil kira tentang sekuat mana "volume speaker" dikuatkan. Memang ada Hadith yang menganjurkan sedikit hiburan yang tidak melalaikan ketika berlangsungnya kenduri kahwin (paling kurang tak lah orang kata "ni kenduri walimah ke kenduri arwah?"). Mahu berkompangkah, bergendangkah? Asalkan jangan sampai buat kenduri meriah sekampung tapi satu kampung lupa nak berjemaah di masjid sebab "tak dengar azan pun" dan lain-lain.

5. Macam-macam yang berlaku sejak 2 minggu lepas. Em... tak sempat menaip blog untuk ceritakan apa yang berlaku. Pergi Slim River, makan durian 2 biji. Minggu depannya pergi Tanjung Malim, berkursus di Teratak Riverview. Mujur hari pulangnya, dapat dengar tazkirah dari Sheikh as-Sudais. Malam tu, masjid UIAM penuh seperti hari Jumaat. Semua warga UIAM dan orang ramai sejauh Bandar Tun Razak ke UIAM Gombak hanya mahu melihat Sheikh as-Sudais secara "live". Bila waktu Isyak, selesai saja azan, orang ramai memenuhi saf. Dato' Hamidon (Pengarah Masjid) meminta jemaah memberi laluan kepada Sheikh dan para tetamu kehormat yang datang bersamanya. Bila saja Sheikh as-Sudais keluar, terus dia bertanya "Kita solat sekarang?" sebab semua orang berdiri dalam saf. Orang ramai jadi salafi secara tiba-tiba sebab saf rapat sampai bahu bertemu bahu, kaki bertemu kaki, lutut bertemu lutut. He 3x. :P

Apakah motif Ustaz Z membuat kenyataan bahawa Sheikh as-Sudais membawa dakyah Wahabi ke Malaysia kemudian dia kata Sheikh as-Sudais tidak maksum dan boleh dikritik? Dia mahu 1Malaysia memboikot Sheikh as-Sudais atau sekadar berkata Sheikh as-Sudais adalah Wahabi? Sila jangan tuduh orang lain Wahabi. Ia hanya menambah kekeliruan kepada masyarakat Muslim di Malaysia yang sudah sememangnya sentiasa keliru. Tahun lepas, dia bercerita tentang gerakan pengganas hanya bersandarkan laporan Kementerian Dalam Negeri menahan beberapa orang melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan berkata "saya ada bukti lain" dikaitkannya dengan Wahabi. Kemudian ada pula menteri kena perjelaskan isu. Sejarah berulang lagi tahun ini. Ustaz Z kata pasal Sheikh as-Sudais, orang ramai kecoh-kecoh, Menteri pula kena bersusah payah membuat kenyataan "Lawatan Sheikh as-Sudais tiada kena mengena dengan gerakan mengwahabikan orang Malaysia", lebih kurang macam tu lah maksudnya cuma dia tambah "Terpulang kepada JAKIM sama ada untuk mengambil tindakan kepada beliau atau tidak kerana pandangannya itu lebih kepada pandangan peribadi". Baiknya Dato' Menteri... Kalaulah saya di tempat Dato' Menteri, memang saya paksa JAKIM keluarkan dia dari ILIM.

Ustaz Z elok sertai pasukan pendakwah untuk berdakwah kepada orang Asli di Kelantan berbanding mempromosikan ajaran Tasauf/Sufi kepada pegawal agama yang bakal diserapkan ke seluruh Malaysia. Tahun lepas masa beri ceramah di Masjid ar-Rahman kata dia anak muda tak takut ancaman...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

私わ星野源のウィキペディアにグーグルで[逃げるは恥だが役に立つ]か見てしまう

理論

لطف سڠ ڤڠمبارا ميمڤي #5