Ibu... Ibu... Engkaulah Ratu Hatiku... ♪

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Menurut kalendar Masihi, Hari Ibu jatuh pada setiap Ahad minggu ke-2 dari bulan Mei. Tahun ini, Hari Ibu jatuh pada 8/5. (Aik, Penyimpan Mohor Besar pun tak bercakap seperti ini ^.^). Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu, termasuk ibu-ibu saya dan rakan-rakan yang akan dan telah menjadi ibu.

Jom kita kongsikan Hadith berikut:

عن أبي هريرة - رضي الله عنه - قال: "جاء رجل إلى رسول الله - صلى الله عليه وسلم - فقال: "يَا رَسُولَ اللهِ، مَنْ أَحَقُّ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟" قَالَ: «أُمُّكَ». قَالَ: "ثُمَّ مَنْ؟" قَالَ: «أُمُّكَ». قَالَ: "ثُمَّ مَنْ؟". قَالَ: «أُمُّكَ». قَالَ: "ثُمَّ مَنْ؟" قَالَ: «ثُمَّ أَبُوكَ»... (رواه البخاري

Maksudnya: "... Dari Abu Hurairah - Radhiallah 'Anhu - katanya: "Ada seorang lelaki telah berjumpa Rasulullah Sallallah 'Alaihi Wasallam, lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah yang lebih berhak untuk saya berbakti kepadanya?" Baginda menjawab: "Ibu kamu", Dia bertanya lagi: "Siapakah lagi?". Baginda menjawab: "Ibu kamu". Dia bertanya lagi: "Siapakah lagi?". Baginda menjawab: "Ibu kamu". Dia bertanya lagi: "Siapakah lagi?". Baginda menjawab: "Bapa kamu".

Hadith yang glamor ini sering dihuraikan oleh mana-mana Muslim dalam ceramah mahupun tazkirah masing-masing. Saya berpendapat, Hadith ini tidak menceritakan kepentingan ibu berbanding bapa. Namun ia hanya penghormatan kepada para ibu atas pengorbanan mereka.

Em... Apa kata saya kongsikan satu cerita. Kisah benar yang telah saya ubah. :P

Abang A (bukan nama sebenar) dalam kekeliruan. Ibu bapanya sudah bercerai. Dia mempunyai 6 adik beradik. Dia memilih untuk tinggal bersama bapanya untuk kurangkan beban ibunya. Katanya kerana semua orang memilih untuk tinggal dengan ibu. Suatu hari, apabila dia ziarah ibunya, ibu saudaranya memanggil dia. "Engkau tahu tak, hari tu, emak engkau mengadu, kata lebih baik cakap dengan dinding berbanding dengan anak yang ramai ni"...

Moral ceritanya macam ini: kalau anda sangka anda telah berbakti habis kepada ibu bapa anda, fikirkan semula. Bakti yang anda berikan kepada mereka belum tentu cukup untuk membalas budi mereka sepanjang hidup anda... Apa yang penting, jom kita sama-sama doakan ibu bapa kita supaya diampunkan dosa-dosa mereka. Doa anak (terutamanya anak soleh) termasuk dalam tiga perkara yang tidak akan terputus pahala kebajikannya walaupun sudah mati...

- Ilmu yang bermanfaat - Sedekah jariah - Doa anak untuk ibubapanya -

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

私わ星野源のウィキペディアにグーグルで[逃げるは恥だが役に立つ]か見てしまう

理論

لطف سڠ ڤڠمبارا ميمڤي #5