ラーヤー快乐!

"Dami seorang "pemburu" harta karun. Dia sudah bosan dengan kehidupannya. Maka dia teringin mencuba sesuatu yang terlarang. 

Apakah yang terlarang itu?

Berbekalkan arahan satu persatu dari Pak Hitam yang baru seminggu dikenalinya, Dami mendapat khabar, ada ibu keguguran kandungan tiga bulan. Dicarinya kandungan itu untuk dia lakukan "latihan amali". Kandungan itu dikeringkan sehingga betul-betul kering.

Pak Hitam menyuruh Dami sediakan balang berisi cuka. Kandungan itu diletakkan di dalam balang itu. Kemudian, Dami diajar bacaan mantera tertentu. Pak Hitam mengarahkan Dami membaca mantera itu. 

Disebabkan bosan kerana membaca bacaan yang sama setiap malam lebih sebulan, maka Dami bersuara. 

"Pak Hitam, sudah lebih sebulan. Bosanlah saya. Asyik baca yang sama saja..."

"Sabar Dami, tidak lama lagi engkau akan melihat hasilnya. Dengan izin syaitan..."

"Dengan izin syaitan? Eh, Pak Hitam, apa yang Pak Hitam cakapkan ini?"

"Engkau masih tidak sedar yang engkau telah syirik kepada Tuhan engkau selama lebih sebulan? Apakah jenis manusia engkau ini. Lembab!" 

"Pak Hitam! Selama ini Pak Hitam mengajak saya syirik kepada Allah? Tergamak Pak Hitam buat saya begini!" 

"Padan muka engkau!" 

Sedang mereka bergaduh, balang yang berisi kandungan tiba-tiba pecah merekah. Terkejut Dami kerana dihadapannya ada..." 

----------

Assalamu'alaikum Warahmatullah... 

Seram? Kalau seram maknanya anda telah terpengaruh dengan cerita-cerita hantu di televisyen rumah anda. 

Siapa "confused"? Angkat tangan!

Saya sendiri "confused" dengan cerita yang saya taipkan di atas. :P

Moral cerita itu: Beramal mesti dengan ilmu. 

Sekadar pengetahuan, cerita di atas adalah rekaan semata-mata. Tapi prosedur gali kandungan, jemur sampai kering, celup dalam balang bercuka dan jampi mantera adalah antara perbuatan syirik yang pernah dilakukan oleh ahli masyarakat kita. Sedih tak?

OK. Kita tutup dulu cerita di atas... :D

Saya ingin mengucapkan: 

بَارَكَ اللهُ لَكُمْ وَعَلَيْكُمْ. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ. مِن الْعَائِدِينَ وَالفَائِزِينَ. مُعَافَة ظَاهِرًا وَبَاطِنًا

Selamat hari raya. Maaf zahir batin. (OK. Sambung menaip kerja sebenar sekarang) ^.^

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

私わ星野源のウィキペディアにグーグルで[逃げるは恥だが役に立つ]か見てしまう

理論

لطف سڠ ڤڠمبارا ميمڤي #5