Khamis, Mac 24, 2011

Bencana Alam - Ujian, Amaran, Fenomena Semula Jadi

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Hampir dua minggu lepas, Jepun dilanda siri gempa bumi dan tsunami berterusan. Pelbagai pihak menzahirkan simpati masing-masing dengan menghulurkan bantuan kewangan, khidmat masyarakat dan sokongan moral melalui pelbagai media dan saluran. Ada yang melancarkan kutipan derma, ada yang menzahirkan sokongan moral melalui laman-laman sosial dan "video log", dan sebagainya.

Sebagai contoh, pengendali permainan dalam talian (online games), Zynga.org telah melancarkan pelbagai kempen mengutip derma melalui permainan online mereka seperti Farmville, Cityville, Treasure Isle dan sebagainya. Dengan menggunakan konsep "win-win situation", pelbagai item hebat ditawarkan melalui pembelian dalam talian (dengan ayat lain, pemain mengeluarkan sejumlah wang sendiri untuk membeli item tersebut). Seterusnya, hasil jualan tersebut dimasukkan terus tabung derma Zynga.org 100% tanpa mengambil sebarang untung.

Terdapat juga sekumpulan peminat genre siri aksi hero Jepun (genre yang disebut sebagai "Tokusatsu") melancarkan kutipan derma. Kumpulan yang digelar sebagai "Super Hero Time" ini bergerak aktif melalui blog dan forum sambil melancarkan kempen menderma wang dengan menekan "widget" yang disediakan. Para blogger dan ahli admin forum juga dijemput menyertai kempen mereka dengan menggalakkan pembaca blog dan forum yang lain menderma kepada kumpulan ini. Anda boleh melawat lawan sesawang mereka pada pautan ini.

Sebagai seorang Muslim, kita mestilah memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. atas segala nikmat dan rahmat kurniaan-Nya yang tidak putus-putus. Jika dalam solat, kita baca surah al-Fatihah - "Segala pujian hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam, yang maha Pemurah lagi maha Pengasihan" (QS, Surah al-Fatihah: 2-3). Maka luar solat, kita mesti zahirkan bacaan solat itu melalui pelbagai perbuatan/pekerjaan baik dan amal ibadat yang lain. Pelbagai cara boleh dizahirkan, termasuk bersedekah dan mengajar anak-anak/rakan-rakan untuk sama-sama faham dan amal maksud tersurat dan tersirat dalam bacaan solat.

Kita juga seharusnya melihat apa yang berlaku dari sudut positif. Kalau pepatah Melayu berbunyi "Kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakarnya" dan "sudah terhantuk baru mendongak". Jadi janganlah disalahkan gempa bumi atau tsunami jika ada sesiapa yang mati. Anggaplah bencana alam ini sebagai ujian atau amaran supaya kita sentiasa mengingati Allah S.W.T. dan bertakwa kepada-Nya.

Em... Alang-alang menulis tentang bencana alam sebegini, kita kadang-kadang (mungkin) mendapat emel dari rakan tentang bencana alam, yang kemudiaan meyelitkan sepotong dua ayat al-Quran yang dikaitkannya dengan nombor, tarikh, jam, latitud, longitud, dan sebagainya. Seingat saya, sejak peristiwa 11 September hingga ke siri gempa dan tsunami Jepun ada sahaja nombor yang mereka keluarkan. Ingat juga saya tahu siapakah penulis asal nombor-nombor ini...

Nah, ini pautan yang saya jumpa tentang gempa di Jepun. Sila tekan di sini.

Perlu diingatkan disini, sebarang percubaan mentafsir al-Qur'an berdasarkan nombor-nombor sebegini dan sebagainya adalah SALAH.

Saya ulangi...

SALAH

Sebab apa?
  1. Rasulullah Sallallah 'Alayhi Wasallam tak pernah mengaitkan mana-mana nombor dengan mana-mana ayat al-Qur'an.
  2. Usaha padankan ayat al-Qur'an dengan nombor yang sebegini menyerupai usaha menghina al-Qur'an. Bayangkan, jika World Trade Centre dipadankan dengan Surah at-Tawbah: Ayat 11, maka kita boleh ketahui peristiwa yang berlaku akan datang melalui al-Qur'an. Tidakkah ia serupa dengan meminta ahli tilik untuk menilik nombor ekor?
Secara peribadi, saya melihat tindakan mempercayai tafsiran padanan nombor dengan ayat al-Qur'an serupa dengan mempercayai perkara tahyul dan khurafat.

Marilah kita sama-sama memohon kepada Allah S.W.T. supaya menyelamatkan diri kita daripada dibelenggu dengan perkara-perkara yang boleh mendatangkan mudarat dan musibah sebegini. Jadi, saya menyeru kepada pembaca sekelian untuk menolak sebarang usaha mentafsir al-Qur'an dengan padanan nombor, untuk mengelak aktiviti ini berterusan atau menjadi tradisi pada masa akan datang...

Jumaat, Mac 18, 2011

Padatkah?

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

18/3
-----
0630 - 0900: Siaran Langsung MHI dari Masjid UIAM Gombak
1130 - 1200: Discussion - Research Proposal (Kulliyyah's Post Graduate Committees)
1400 - 2330: Management and Leadership Skills Workshop (Muntada)

19/3
-----
0400 - 2230: Management and Leadership Skills Workshop (Muntada)

Aduh... Demam baru saja sudah pulih. Saya mahu mengelak dari menghadiri program Muntada... T_T

Harap-harapnya perbincangan dengan prof-prof tentang proposal kali ini berjalan lancar (setelah ditangguhkan tanpa notis 25/2 yang lalu). Moga-moga hasil perbincangan ini menambah semangat saya untuk menyiapkan thesis saya. Amin!

MHI? Em... Info awal yang saya peroleh adalah krew MHI membuat liputan berkenaan aktiviti (ko-kurikulum) di institut pengajian tinggi di Malaysia. Kali ini, UIAM terpilih. Saya (asalnya bukan jurulatih "Leadership & Management") perlu menjayakan aktiviti permainan untuk skill kepimpinan...

Rasa segan...

EDIT:
------
Sebab kena "cover" staf yang bercuti, jadi saya tak hadir program Muntada (Alright!) Y_Y

Alhamdulillah, boleh start pulun siapkan thesis. :D