Khamis, Mei 26, 2011

Selamat Hari Cikgu ♪ (Nyanyi ikut rentak Ketua Kelas dalam Cerita Upin, Ipin & Kawan-kawan)

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

16/5. Hari Guru seluruh Malaysia. Jazakumullah Khauran Kathiran guru-guru sekalian, kerana mendidik masyarakat tanpa jemu. Teruskanlah usaha memupuk anak-anak muda dengan cinta, takwa, sabar, ikhlas, syukur, tawakal dan kembali berserah kepada Allah S.W.T.

Usah risau dengan apa kerjaya anak-anak muda itu akan datang, tapi risaulah dengan Adab dan Akhlak apakah anak muda itu akan datang?

Usah risau jika anak-anak muda itu ke menara gading, taman ilmu atau tembok besi, tapi risaulah dengan ilmu, adab, kemahiran, dan akhlak yang dipupuk sejak umur anak-anak muda ini 6 tahun - adakah mereka terus amalkan atau mereka terus abaikan?

Jangan katakan pada anak-anak muda ini, "wap air di bumi tersejat ke awan lalu turun sebagai hujan". Tapi katakanlah pada mereka, "Allah S.W.T. telah menciptakan hujan dengan menurunkannya ke bumi melalui awan dan hujan ini akan kembali ke langit sepertimana Allah ciptakan roh untuk pergi kepada jasad dan kemudian roh itu akan pulang kembali kepada-Nya"...

--------------------------

Em... Kanak-kanak zaman sekarang diwajibkan untuk mengikuti pendidikan pra-sekolah. Saya tidak pernah mendapat pendidikan pra-sekolah secara formal. Teringat sekejap bila salah seorang guru tanya di mana sekolah tadika saya? Saya jawab dengan segan-segan, "Kat rumah, Cikgu". :D

Saya yakin, walaupun cikgu-cikgu saya sejak zaman sekolah rendah lagi memupuk akhlak dan adab dalam diri anak-anak muridnya walaupun mata pelajarannya Matematik, Bahasa Melayu, Kemahiran Manipulatif (dulu nama glamor mata pelajaran ini: "Kemahiran Menipu En. Latif". He 3x.), dan sebagainya.

Tapi sayangnya, saya tidak mengingati wajah-wajah mereka lagi. Hanya ingat panggilan sahaja, bukan nama penuh mereka... T_T

--------------------------

Bulan ini (mungkin) bulan terakhir saya menjadi Pembantu Penyelidik Siswazah untuk Pusat Aktiviti Ko-kurikular. Sebabnya? Em... Timbalan Pengarah ingin membantu "mereka yang memerlukan duit". Maka saya diberhentikan untuk menyokong "mereka yang memerlukan duit". T_T

Rezeki di tangan Allah. Kalau ada pepatah Melayu, "Patah tumbuh, hilang berganti", Insya-Allah, ada hikmahnya.

--------------------------

Saya dihubungi oleh Y. "Ah Peng. Maaf mengganggu. Engkau free tak? Macam ni. Aku nak minta engkau temankan aku ke <censored> PJ. Ada masalah sikit. Nanti aku cerita"...

Macam mana nak bunyikan "censored" ya? Mungkin sebut "Tuuuut" saja ok? He 3x. Kalaulah blog ini boleh letak "special effects"... Ada musibah berlaku kepada kawan saya dan Y. Kami sudah berjanji untuk simpan dahulu apa yang berlaku. Jadi, saya senyap.

Tapi, bila saya bayangkan kalaulah ia terjadi kepada saya? Aduh... Sedih. Kecewa. Tertekan. Saya bersyukur kepada Allah kerana tidak mentakdirkan saya dengan ujian sebegitu terhadap saya. Harapnya dia bersabar...

Pendek kata, tak perlu sangka hanya kita sahaja yang ditimpa musibah kerana ada lagi orang lain yang terkena musibah yang lebih dahsyat...

Sabtu, Mei 14, 2011

Google Translator... Nice!

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Today/tonight, I'm writing my blog in English! :D

My reason is only to thank those who are non-speaker of Bahasa Melayu, who are intentionally or accidentally found and read my blog. :)

I love my Bahasa Melayu as it is my language. But, I like to learn other languages. So far, I knows Bahasa Melayu, English and Arabic (with some little Mandarin and Nihon-go/Japanese - I love Chinese characters and love to know how a single character shared by different people - Chinese, Japanese, Korean, Taiwanese (maybe) and Vietnamese). :D

So, thank YOU very much. It is MY PLEASURE that you all spend some of your times to read this blog. Please drop by and give comments. Don't worry. I'm will approve all comments as long as it is appeared with polite words. :)

By the way, if you scroll down through this blog, you will find "Blog Translator". It is a cool gadget that offered by Google to translate whole website (or in my case, blog-site) from Bahasa Melayu to other languages. Try it. You will need it some times if I write in Bahasa Melayu. (I also plan to write in Arabic, but there will be some "teachers" that will condemn my Nahw and Sorf - it is kind of Arabic "grammar", ah... I forgot the suitable words to translate it. Sorry). T_T

That's all. Jazakumullah khayran kathiran...

Sabtu, Mei 07, 2011

Ibu... Ibu... Engkaulah Ratu Hatiku... ♪

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Menurut kalendar Masihi, Hari Ibu jatuh pada setiap Ahad minggu ke-2 dari bulan Mei. Tahun ini, Hari Ibu jatuh pada 8/5. (Aik, Penyimpan Mohor Besar pun tak bercakap seperti ini ^.^). Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu, termasuk ibu-ibu saya dan rakan-rakan yang akan dan telah menjadi ibu.

Jom kita kongsikan Hadith berikut:

عن أبي هريرة - رضي الله عنه - قال: "جاء رجل إلى رسول الله - صلى الله عليه وسلم - فقال: "يَا رَسُولَ اللهِ، مَنْ أَحَقُّ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟" قَالَ: «أُمُّكَ». قَالَ: "ثُمَّ مَنْ؟" قَالَ: «أُمُّكَ». قَالَ: "ثُمَّ مَنْ؟". قَالَ: «أُمُّكَ». قَالَ: "ثُمَّ مَنْ؟" قَالَ: «ثُمَّ أَبُوكَ»... (رواه البخاري

Maksudnya: "... Dari Abu Hurairah - Radhiallah 'Anhu - katanya: "Ada seorang lelaki telah berjumpa Rasulullah Sallallah 'Alaihi Wasallam, lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah yang lebih berhak untuk saya berbakti kepadanya?" Baginda menjawab: "Ibu kamu", Dia bertanya lagi: "Siapakah lagi?". Baginda menjawab: "Ibu kamu". Dia bertanya lagi: "Siapakah lagi?". Baginda menjawab: "Ibu kamu". Dia bertanya lagi: "Siapakah lagi?". Baginda menjawab: "Bapa kamu".

Hadith yang glamor ini sering dihuraikan oleh mana-mana Muslim dalam ceramah mahupun tazkirah masing-masing. Saya berpendapat, Hadith ini tidak menceritakan kepentingan ibu berbanding bapa. Namun ia hanya penghormatan kepada para ibu atas pengorbanan mereka.

Em... Apa kata saya kongsikan satu cerita. Kisah benar yang telah saya ubah. :P

Abang A (bukan nama sebenar) dalam kekeliruan. Ibu bapanya sudah bercerai. Dia mempunyai 6 adik beradik. Dia memilih untuk tinggal bersama bapanya untuk kurangkan beban ibunya. Katanya kerana semua orang memilih untuk tinggal dengan ibu. Suatu hari, apabila dia ziarah ibunya, ibu saudaranya memanggil dia. "Engkau tahu tak, hari tu, emak engkau mengadu, kata lebih baik cakap dengan dinding berbanding dengan anak yang ramai ni"...

Moral ceritanya macam ini: kalau anda sangka anda telah berbakti habis kepada ibu bapa anda, fikirkan semula. Bakti yang anda berikan kepada mereka belum tentu cukup untuk membalas budi mereka sepanjang hidup anda... Apa yang penting, jom kita sama-sama doakan ibu bapa kita supaya diampunkan dosa-dosa mereka. Doa anak (terutamanya anak soleh) termasuk dalam tiga perkara yang tidak akan terputus pahala kebajikannya walaupun sudah mati...

- Ilmu yang bermanfaat - Sedekah jariah - Doa anak untuk ibubapanya -

Khamis, Mei 05, 2011

Yasir, Chatbox, al-Amin!

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Yasir suruh saya sebut namanya di blog ini, 2-3 minggu dahulu. Maka saya gunakan kesempatan ini untuk taip nama dia besar-besar. Ha 3x. :D


Siapakah dia? Guru PSI, PQS, dan Tilawah di Sekolah Menengah al-Amin, Gombak. :P

Dia suruh saya letak "chatbox" pada blog ini. Em... Malas sebenarnya. Saya bukan penulis blog tegar. Purata sebulan hanya dua entri yang diterbitkan. Tapi, sekadar meraikan rakan. OK juga.

Maka, kepada sesiapa yang suka bersembang di alam maya, sila gunakan "chatbox" pada "Ruang Untuk Bersembang Bohong" di sebelah. Ha 1000x. :D

Ini peta dunia. Pembaca blog saya ramai yang menggunakan domain dari Malaysia. Tetapi tidaklah ramai macam penulis blog yang lain. Hanya 160 lebih pengunjung sahaja. Tak sangka pula ada dari Taiwan, Jepun, Arab Saudi, hingga ke Amerika yang membaca blog ini. Terima kasih daun keladi. Buat susah-susah saja kalian membacanya. Perlukah saya menaip dalam bahasa selain bahasa Melayu pada masa akan datang? Em...

Selasa, Mei 03, 2011

Kalaulah Kampus Kuantan di Tanjung Lumpur...

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Dari tajuk di atas, saya merujuk kepada UIAM Kampus Kuantan. Ini kerana gara-gara kata-kata Zahir, "Kalau mai Kuantan, tak singgah Tanjung Lumpur, tak sah percutian hang". Ha 3x. :P

Dari 4/4 yang lalu sehingga 3/5 ini, saya berjalan-jalan. :D

4/4 - Hulu Slim, Slim River, Perak

Rezeki Subuh. En. Zulkifli "Choi" dari IIUM Security mengajak saya makan durian di kampungnya, Sungai Dara dekat Hulu Slim. Kami bertolak jam 7.30 pagi. Singgah sebentar di kedai Mamak, sarapan pagi. Pendekkan cerita, kami (saya sebenarnya) makan dua biji durian, lalu membeli 3 biji durian dengan harga RM10. (Nice!). Sebiji saya berikan kepada Saifullah (yang baru bernikah 30/4 yang lalu), sebiji lagi saya berikan kepada jaguh durian dari Medan, Ikbar Pratama (saya panggil Iqbal, lebih senang untuk disebut), dan sebiji lagi kepada Kak Shaz.

Sebab duriannya sedap, ingat nak mencari lagilah. Kami pergi sekali lagi pada hari Sabtu, dia pula jual dua biji durian RM10. T_T

9/4 - Pekan Slim River, Perak

Selepas membeli durian, rombongan En. Choi ke Pekan Slim diteruskan, kali ini mencari ikan bilis. (He 3x). Kemudian, kami makan mee rebus gaya Slim River. Best. Mee kuning dicelur. Kemudian ditoskan, letak sambal, kacang tanah yang telah ditumbuk, kicap, minyak bijan, dan bijan. Selepas itu, sebelum makan, kita gaul dulu. (Dah nampak macam mee cina Chao Mian tanpa daging, cili kering, daun bawang dan bawang di Mahallah Ali pula).

En Choi membawa kami ke kampungnya. Rupa-rupanya ada kolam air panas bersuhu 107°C. Selain itu, ada juga air terjun di hujung kampung ini. Em... :)

17/4 - 19/4 - Teratak Riverview, Tanjung Malim, Perak

Rombongan naqib-naqib sempena Kem Nuqaba'. Macam-macam telah berlaku. Ada budak kena gigit pacat, geng-geng antarabangsa kata kena cucuk duri. Mantap sangatlah kena cucuk duri sampai berdarah banyak macam tu. Mujur mereka tak kata "jatuh kena tikam dek parang fasilitator". He 3x.

Orang jenis mabuk jalan macam saya memang bermasalah lalu jambatan gantung. Mujur tak panjang. ^.^

Bila mahu pulang, pandai pula geng-geng antarabangsa bercerita pasal solat jamak. Ketika kem, adalah seorang mempertikaikan tindakan menjamakkan solat Maghrib dengan Isyak. Tak mahu buat solat Jamak ketika musafir kononnya. Bila pulang, hanya sebab bas belum sampai, dia pula mahu jamak solat Zohor dengan Asar. Aduhai... Bisinglah... T_T

20/4 - 24/4 - Kuala Nerang, Kedah

Pendek kata, saya pergi ke rumah Abah di sana. Umi minta gambar pula...

Saya berada di Gombak pada 25/4.

30/4 - Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang

初めてです。Pertama kali saya sampai Pahang (boleh eksyen sikit dengan geng antarabangsa. :P). Rupa-rupanya ada Karnival Jom Heboh di Kuantan. Jalan sesak habis. Tapi apa yang saya nampak, iklan "Micheal Learns to Rock World Tour". Amboi, sampai sini?. Zahir jemput saya dengan "superbike" khasnya. Dia suruh saya tunggu di sebuah restoran mamak. Gara-gara lapar, saya belilah air dulu. Teh "O" Limau Ais berharga RM1.60. (Mahal). Saya tidak mengesyorkan anda semua datang ke Restoran Rahath walaupun ia bersebelahan Terminal Bas dan Teksi Kuantan.

1/5 - Kuantan, Pahang

Lamanya saya tidak bertemu Isa Mehat. Dia sudah menjadi bapa anak tiga rupanya. Rezeki dia. :). Muhammad Ilhami, Muhammad Ikrami, Muhammad Ihsani - nama anak-anaknya. Ilhami suka berkawan. Ikrami agak pemalu. Ihsani masih kecil lagi.

Sambil berjalan-jalan, terjumpa pula gerai tembikai 1kg = RM1.20. Zahir beli. Saya tumpang makan. :D

Petang kami ziarah ke rumah Ustaz Mohamad Bin Ali di Permatang Badak. Maka, saya berkenalan dengan Ustaz sekeluarga. Isterinya, Pn. Noraini Hilawati Binti Mustapha. Anaknya, As'ad, Amni, & yang sulung (saya terlupa tanya namanya, maaf). ^.^|

Selepas solat Asar, kami berpusing-pusing satu UIAM Kuantan. Masjidnya berhampiran dengan Mahallah Maimunah dan Mahallah Talhah. Khabarnya ada rancangan untuk membina hospital berhampiran dengan pintu pagar kedua (dekat juga dengan masjid). Ingat nak cuba lukis. Ha 2x. Bukannya ingat sangat pun. Pakai Google Earth, sekali keluar gambar tahun 2010 Kulliyyah Perubatan dengan tapak-tapak yang baru dibuka. Aiya... Kita conteng secara kasar sajalah. :)


Em... UIAM Kuantan. Jalan dua hala. Kulliyyah jauh-jauh. Mahallah belum banyak lagi (mungkin lepas Masjid Terapung UIAM Kuantan siap kot baru mula projek Mahallah). Em... Yang ni lakaran saja ya. Kalau keadaan sebenar, bukannya petak macam saya lukis. Ha 3x. Saya gunakan serba sedikit akronim dari CFS. Kulliyyah Pergigian (DENT) masih menumpang di Kulliyyah Sains (KOS). Kalau tak silap, Kulliyyah Kejururawatan (NUS) masih menumpang di Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu (ALLHS). Blok yang sudah siap (pada mata saya) cuma:
  1. Kulliyyah Perubatan (MED)
  2. Kulliyyah Farmasi (PMACY)
  3. Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu (ALLHS)
  4. Mahallah Maimunah (MAIMUNAH)
  5. Mahallah Talhah (TALHAH)
Yang masih dalam pembinaan:
  1. "Masjid Terapung" (MASJID)
  2. Kulliyyah Pergigian (DENT)
  3. Bangunan Pentadbiran (ADMIN)
  4. Bangunan Perpustakaan (LIB)
  5. Pusat Sehenti (OSC)
  6. "Animal House" (Yang saya labelkan dengan tulisan ganjil sikit tu)
Zahir cakap, Kulliyyah Kejururawatan belum dibina lagi... Lupa lagi nak lukis 2ND GATE. :P

Malamnya, barulah kita orang ke Tanjung Lumpur. Zahir nak tengok bola, jadi kita bungkus saja makanan. Ikan bakar dengan sambal petai, sotong goreng tepung, udang goreng kunyit. Kalau siapa minat makanan laut, mesti tak ketinggalan lala. Satu perumpamaan yang Zahir berikan: "Budak UIA Kuantan tak makan kat kedai Ana Ikan Bakar Petai ni ibarat budak UIA Gombak tak makan nasi ayam Mancongkam. Ha 3x".

Elok saja lepas makan, saya mengantuk. :D

Em... Saya ke Gombak pada hari Isnin... Tiga hari menaip blog untuk cerita jalan-jalan sebulan. Aiya... Kalau thesis jawabnya tak siaplah. T_T

Jom kita tulis ayat ala-ala Satria Perkasa Hitam (Kamen Rider Black)

Berusahalah! En. Kunang!
Jangan putus asa! En. Kunang!
つづく