Selasa, Ogos 23, 2011

附身

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Rizal, pada suatu malam, bertanya pendapat saya tentang hadis ini:
Terjemahannya (secara kasarnya. Saya tak pakar menterjemah sebenarnya):
Rasulullah Sallallah 'Alaihi Wasallam pernah bersabda: "Setiap pintu langit dibuka dalam bulan Ramadhan dan setiap pintu neraka ditutup padanya (bulan Ramadhan), kemudian segala syaitan yang degil dirantai padanya (bulan Ramadhan) dan ada Pemanggil menyeru "Datanglah wahai Penuntut Kebaikan, tunggu dahululah wahai Penuntut Kejahatan".

Rizal kata (dalam loghat Terengganu): "Pada pendapat anta, kenapa ada saja orang buat jahat dalam bulan Ramadhan, ada saja yang histeria dalam bulan Ramadhan. Tapi kan syaitan dah kena rantai?".

Saya ni tak pandai sangat nak berhujah. Maka saya cakap secara kawan-kawan bercakap: "Sss... Beginilah. Kita punya jawapan ni tak semestinya boleh buat semua orang puas hati. Ambe ni percaya pada ayat al-Qur'an yang kata "... syaitan dari jin dan manusia..." maknanya, ada juga manusia ini dia syaitan, maksudnya hok jahat do'oh (maaf orang Terengganu, saya terguna perkataan tu. He 3x). Tak ada syaitan pun dia jahat dah. Em... Kalau anta nak percayalah, tak semua histeria berpunca dari syaitan. Ada yang puncanya dari penyakit mental. Contoh orang gila hok dah memang gila straight. Dia pun histeria juga. Ni apa yang kita belajar minor Psikologi tem undergraduate dulu. Pakar Psikologi tak cakap la orang sakit mental ni gila, dia cakaplah nama penyakit tu: Schizophrenia ke, Bipolar ke, OCD ke..."

Tapi kami terlupa ayat al-Qur'an dari Surah Fatir: 38 yang berbunyi:
"Sesungguhnya Allah (Subhanahu Wa Ta'ala) yang (Maha atau Paling) Mengetahui (atau Berpengetahuan) tentang (perkara) Ghaib di semua langit dan bumi. Sesungguhnya dia sentiasa mengetahui setiap perincian sesuatu perkara".

Pendek kata, dunia ghaib ini tak semestinya kita ketahui seperti kita ketahui cara-cara membuat kuih samperit, bahulu atau rendang (mood raya la katakan. He 3x).

Untuk apa saya kongsikan cerita ini? Em... Saja. ^.^

(Post ini telah "diperam" sejak beberapa minggu (kot). Asalnya saya tidak bercadang untuk kongsikan, tetapi saya kongsikan juga akhirnya dengan olahan semula. 附身, Fù shēn, membawa maksud "Spirit Possession". Tapi kalau 変身, Biàn shēn, membawa maksud "Henshin" yang diterjemahkan sebagai "Bertukar!". He 3x. :D )

Khamis, Ogos 04, 2011

熱いラマドン!

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Saya mencuri masa untuk menaip entri (lagi nampaknya)... :P

Sambil mengenangkan thesis yang belum siap lagi walaupun masa tambahan sudah habis... (Berusaha! Saya! Jangan mengalah! Saya <-- Pinjam ayat dari drama kanak-kanak "Satria Perkasa Hitam" sekejap).

Tiba-tiba teringat satu peristiwa. Saya pernah dinasihat untuk menduduki "Comprehensive Examination" selepas proposal pertama saya ditolak atas alasan "penguasaan bahasa yang lemah" dan "masih di tahun satu - ada banyak masa".

(Tajuk proposal ketika itu: "Takhrij 50 Hadith dari Tafsir Radio Tulisan (Allahyarham) Ustaz Ahmad Sonhadji". Fokus hanya pada metodologi interaksi Ustaz Ahmad Sonhadji dengan Hadith & Takhrij Hadith. Memang ada banyak kekurangan pada proposal itu. Tetapi entah mengapa saya tidak mendapat cadangan seperti proposal thesis yang sedang saya siapkan. Saya siap hubungi Majlis Ugama Islam Singapura untuk interbiu Ustaz lagi. Namun Allah S.W.T lebih sayangkan beliau sebab beliau ke Rahmatullah 2 Ramadhan tahun lepas...)

"Penasihat" tersebut menasihati saya dengan 2 alasan di atas dan ditambah dengan cabaran menulis thesis bukan semudah menulis "assignment" zaman "undergraduates". Saya disebabkan rasa seolah-olah "ditipu" kerana cara penulisan "assignment" yang saya sangkakan betul dan menepati penulisan akademik rupa-rupanya hanya untuk memenuhi 100% markah, dan disebabkan saya faham "hidden question" dari "Penasihat" - untuk apa pelajar tak berbakat seperti saya sambung belajar? Saya pun beritahu padanya:

"Saya ni sambung belajar sebab nak ilmu dengan nak ada pengalaman menulis. Kalau saya kena dismissed sebab tak siap thesis pun, saya tak kisah. Janji saya ada pengalaman tu".

Tak pernah saya cerita tentang "statement" kepada sesiapa pun - termasuk ibu bapa dan keluarga. Hinggalah baru-baru ini saya kongsikan kepada Yasir, dia cuma cakap. "Jangan engkau sound sedih sangat". Ya kah? :D

Mungkin "saya kena dismissed, saya ok" (olah semula ayat Azwan Ismail yang mengaku naluri luar tabiinya). Tapi semestinya semua orang kata "Tidak!" Betul tak? :D

Insya Allah, saya pulun untuk buat yang terbaik!....

Merujuk pada tajuk entri kali ini: "熱いラマドン!" (sebutnya "Atsui Ramadon", maknanya "Ramadhan yang hangat"). Ada dua berita hangat di UIAM sepanjang hampir dua minggu berpuasa.

Minggu 1:
Pelajar tahun 1 dari Kuliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan, Mamadou Aliou Tela Diallo ditemui mati hampir seminggu. Pelbagai cerita dongeng keluar, antaranya: "mati dibunuh ada kesan cekik di leher", "mati sakit jantung", "telefon bimbit hilang", "ada abang di UIAM juga", dan lain-lain lagi. Tapi, dalam banyak-banyak cerita dongeng, kenapa tiada seorang pun yang perasan bahawa ramai pihak cuba melepas tangan untuk tidak bertanggung jawab, bukan, tidak... (Apa perkataannya? Seperti mahu kata "jangan salahkan kitorang, dia tak campur dengan kitorang pun". Lebih kurang macam itu lah). Saya pun rasa dia jenis yang tidak bermasyarakat. Mahukan tidaknya, dia adalah pelajar tahun satu dengan nombor matirk "081". Sekarang dah tahun 2011, sepatutnya dia pegang nombor matrik "101" ke atas.

Minggu 2:
Timbalan Pengarah IKIM, Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin dilantik sebagai Rektor UIAM yang baru menggantikan Prof. Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid bermula 2 Ogos 2011. (Tahniah orang Pahang akhirnya ada wakil jadi Rektor UIAM. ^.^) Ceritanya semakin memang panas di kampus Gombak sejak beberapa bulan lagi, dari cerita jawatan calon-calon Timbalan Rektor hingga ke calon-calon Rektor. Memang isu kepimpinan wanita dibincangkan, tetapi kepada yang berpendapat "lelaki lebih layak memimpin berbanding wanita", bertenang sebentar kerana perlantikan wanita ke jawatan tertinggi bukan bermakna "lepas ini hanya wanita saja layak untuk jawatan tersebut" atau "ladies rule only". Kecualilah kalau Sultan Pahang letak syarat "Rektor mesti wanita bermula saat ini sampai bila-bila". Saya ini, kadang-kadang berfikir, dalam perbincangan tafsir ayat Surah an-Nisa: 34, apa beza "memimpin" dan "mentadbir"? Dan mengapa "قَوَّامُونَ" ditekankan berlebihan berbanding dengan
"بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ"? Tak mengapalah. Orang kata "khilaf itu rahmat"...

Eh, dah azan Subuh? Selamat beribadah... :D

Encik Kunang: Jazakumullah Khayran Kathiran & Barakallah lakum untuk semua yang mendoakan saya sempena ulang tahun ke-27 saya melalui FB dan SMS. Terharu seh. Saya bercadang untuk kongsikan ucapan pada bila-bila masa akan datang. Ucapan FB saja, SMS tak boleh. He 3x. :D