Sabtu, Disember 31, 2011

理論

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Saya mengambil peluang untuk kemas kini blog sebelum berakhirnya tahun 2011. :D

Baru-baru ini saya terbaca perbincangan internet tentang perkataan "ayam pegar" yang ditaip dalam ejaan Jawi lama. Pepatah "harapkan pagar, pagar makan padi" rupa-rupanya contoh kesilapan terjemahan tulisan Jawi ke Rumi. Blog "Kisah Seorang Budak U" ada juga menceritakan tentang isu ini secara ringkas. Saya pula tertarik dengan komen seorang pembacanya yang tertulis begini: 

"harapkan orang, orang makan padi... Maka terhasillah istilah orang-orang (straw man)". ^.^

 Tiba-tiba saya terlihat entri popular yang berbincang tentang teori evolusi. 

Em... Saya memang tidak faham apa itu teori evolusi yang dicadangkan oleh Darwin. Kalau saya, apa yang terlintas di fikiran saya apabila terjumpa dengan perkataan "EVOLUTION" adalah... Digimon & Pokemon. :P

(Konsep "Evolution" dalam siri permainan Digimon secara umumnya  berlaku apabila "seekor" digimon mendapat cas tenaga atau apa sahaja istilah yang orang Jepun guna, bila sudah mencukupi, boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Kalau dalam siri permainan Pokemon pula, "seekor" pokemon bertukar apabila cukup "experience" dan "level" untuk berubah).

Tetapi, selepas saya membaca isi ulasan En. Bedaduz terhadap En. Obefiend, em... (apa ayat yang sesuai untuk saya tulis di sini? Mungkin begini...) saya rasa ingin memutarkan kembali dunia saya untuk kembali ke zaman "undergraduate" saya dan mendaftar subjek "Philosophy of Religion", "Philosophy of Science", "Logic for Islamic Studies", "Muslim Histrography", "Islamic Civilisation", dan satu subjek dari jurusan saya "al-Khitab al-Qur'ani". Itu antara subjek yang tiada dalam "study plan" saya zaman "undergraduate" saya. Kononnya mahu ambil semua subjek selepas daftar Master, tapi nampaknya masa juga tidak mengizinkan, leka dengan buku, proposal, aktiviti muat turun, kelas bahasa-bahasa moden, dan aktiviti kerja separuh masa (termasuk aktiviti-aktiviti lain yang sesiapa tahu apa yang saya buat di UIA ni) Hehe. 

Argumen yang En. Bedaduz bincangkan sebenarnya penting tetapi saya tidak dapat ulas sebab, bak kata orang Putih, "It is philosophically scientific". Teringat pula kata jiran saya, pelajar Master Material Engineering, "Sebenarnya dalam sains pun ada falsafahnya, walaupun saintis kata mereka tidak berfalsafah". Maksud dia adalah, istilah atau ayat yang digunakan oleh orang dalam bidang masing-masing itu merupakan "sesuatu yang sukar difahami" oleh orang dari bidang yang lain. 

Saya setuju dengan En. Bedaduz apabila dia menyatakan menjadi tanggungjawab seorang Muslim untuk sebarkan apa yang bertepatan dengan Islam. Ingin pula saya baca tentang apa yang En. Obefiend kata tentang "teori evolusi", namun tidak terjumpa... Setakat ini. Tetapi, jika ada sesiapa bertanya saya tentang "hukum beriman dengan teori evolusi", ingin pula saya tanya kepada dia, "kenapa mahu beriman dengan teori pula?, Berimanlah dengan al-Qur'an". :)

Setakat kefahaman saya, teori adalah sesuatu yang boleh disokong dan boleh juga ditolak. Manakala al-Qur'an pula wajib disokong, atau dengan perkataan yang lebih tepat, beriman dengannya, dan tidak mungkin boleh ditolak. Kalaulah benar manusia berkongsi moyang dengan beruk, mesti Allah Subhanahu Wa Ta'ala khabarkan dalam al-Qur'an tentang isu ini. Apa yang ada dalam al-Qur'an tentang kejadian manusia hanyalah (secara umum):
  1. Nabi Adam 'Alaihi as-Salam dijadikan dari tanah (dan air) lalu ditiupkan roh padanya.
  2. Proses petumbuhan manusia dari "air yang hina" hingga jadi "baby". 
  3. Dan lain-lain. (sila rujuk ustaz-ustaz di sekeliling kamu atau hadiri kelas-kelas tafsir di masjid-masjid/surau berhampiran. Jangan rujuk blog semata-mata) :)
Mengapa kita bersungguh-sungguh mempertahankan teori evolusi kalau ia bercanggah dengan al-Qur'an yang wajib kita imani?

-------
Nota: 
1. Tahniah kepada abang saya, Nazarul Hisham yang telah bertunang 3/12 yang lalu. Dia dijadualkan akan bernikah pada 11/3 pula, Insya Allah. (Ingin saya berloyar buruk kepadanya, kenapa bukan 12/3 saja? Terbalikkan nombor tarikh pertunangan sahaja...). 

2. En. Kunang tertarik pada ayat penyata En. Bedaduz "Knowledge without religion is like searching in the dark". Rasa seperti mahu pinjam ayat ini dan letak di Facebook pula. :p

3. 理論 (Riron) bermaksud "teori" dalam bahasa Jepun. Dalam bahasa Mandarin (ejaan Simplified) adalah 理论 (Lǐlùn). Macam lebih kurang sahaja... ^.^

4. Selamat (bercuti) tahun baru. (Orang Malaysia memang suka cuti. Siapa setuju, angkat tangan). Daripada bersusah payah, bersengkang mata, bersesak asak untuk upacara "countdown", apa kata, pergi tidur dahulu, bangun jam 4 pagi, buat Qiyamulail, tem solat hajat tu, berdoalah kepada Allah tentang azam tahun baru kamu itu dan mohonlah bantuan-Nya untuk kamu laksanakan azam itu. Jangan sekadar berdoa dan sambung tidur tanpa usaha ya. :D