Jumaat, Ogos 10, 2012

お誕生日です。^_^

Al-Salām 'Alaykum wa Rahmah Allāh wa Barakātuh

Saya telah dilahirkan pada 10 Ogos 1984. Ini bermakna, hari ini, umur saya adalah 28 tahun.  Tapi, tahukah? Saya sebenarnya lebih muda dari 28. Sila ambil pen dan kertas - atau keluarkan mana-mana gajet yang ada fungsi kalkulator, dan cuba kira. 

2+8=10 (Maknanya, umur saya adalah 10 tahun). :D

2-8=-6 (Maknanya, umur saya adalah 6 tahun lagi muda dari sekarang a.k.a. 22 tahun)

2x8=16 (Maknanya, saya baru hampir setahun menduduki peperiksaan PMR)

2÷8=0.25 (Maknanya, saya sudah suku abad hidup di bumi ini, alhamdulillah...)

OK. Siapa percaya, angkat tangan. 

(Pura-pura nampak tangan pembaca. Hehe). Bagus! ^_^

Saya bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana masih berikan peluang untuk hidup.

Terima kasih, Mak, sebab lahirkan saya.
Terima kasih, Abah, sebab sara saya.
Terima kasih, Ummi, sebab sokong saya.
Terima kasih, semua abang, kakak, dan adik-adik saya, sebab terima saya dalam keluarga kita. 
Terima kasih, ****, sebab sudi terima saya. (Hehe).

Ehem, kepada semua guru, saudara-mara, rakan-rakan, bos-bos, terima kasih kerana kongsikan ilmu dan pengalaman kalian. :D

Saya bercadang akhiri "post" kali ini dengan lagu ini kepada semua pembaca. Hehe. Ini bukan lagu saya, cuma ceritanya tentang robot yang berterima kasih kepada "engineer"-nya yang cuba bangunkan program "Artificial Intelligent" yang bernama "hati". Videonya agak "kristian" sedikit, cuma liriknya agak mendalam, kot. (Hehe).

Lirik? Sila "google": "Kagamine Rin - Kokoro"

Nota: 
1. Teringat zaman sekolah dulu, (SAMUS, Tingkatan 1 Fairuz), saya pernah berkata kepada Anhar Hafiz, "aku target kahwin umur 28 tahun". Dia respon, "apa pula target kahwin, cakap kat orang?". Hehe. Sekarang dia sudah kahwin dan sudah ada anak. Alhamdulillah... :D

2. "お誕生日" (otanjōbi, Japanese) maknanya "hari lahir". Saya tidak tahu kenapa orang Jepun tunjukkan rasa hormat dengan "hari lahir"...

Khamis, Julai 12, 2012

アップデット

Al-Salām 'Alaykum wa Rahmah Allāh wa Barakātuh

Hari ini, 12/7. Eh? Lamanya saya tak “update” blog ini. Sepanjang 6 bulan dalam tahun 2012, ada pelbagai urusan yang “menghalang” saya duduk menghadap komputer untuk taip blog. (Ehem, alasan…) ^^. Perlukah cerita apa urusannya? Em… panjang sangat. Tak perlu rasanya. Pemilik Blog En. Kunang bukan seorang blogger tegar, jadi “hilang” dari blog adalah biasa. J

Adalah satu hikayat dari Encik Y, yang terasa dirinya digam atas sebab… (apa-apa sajalah alasannya. Mujur tak berloyar buruk, “mung bajet artis ko?” kepadanya). Realitinya, dia masih lagi bebas keluar masuk.

Adalah satu lagi hikayat dari Utusan, katanya ada orang sakit mental mengamuk dekat Putrajaya. Dua orang. Yang lelakinya sudah mati ditembak polis. Yang perempuannya cedera parah. Graduan UIAM(kah?). Umur saya 28 tahun. Secara logiknya, saya satu batch dengan yang perempuan itu. Tapi wujudkah dia? Ayahnya kata dia belajar di UIAM. Tapi pegawai bahagian pendaftaran tak jumpa namaya. Beritahu sama dari Kulliyah mana? Kampus Gombakkah? Kampus Kuantankah? Atau kampus Pagoh? (Hehe). Nama UIAM terlalu laris untuk dijual di media. Orang Malaysia suka buat jadi umum. Berdasarkan konsep mantik, bunyinya jadi macam ini:

M adalah seorang pengganas.
M adalah graduan UIAM.
Graduan UIAM adalah pengganas.

Bolehkah? Tak perlulah media popularkan sangat UIAM semacam itu. Tentu arah cadangkan saja kepada Datuk Rektor, tubuhkan “Kulliyah of Military Science”kah? Lagi manis berbanding jual nama UIAM berhari-hari untuk berita negatif. (Tapi, jika difikirkan dari satu sudut, memang perlu ada, paling kurang Jabatan Sains Ketenteraan. Sedikit sebanyak, membantu jelaskan kekeliruan masyarakat tentang konsep Jihād, strategi peperangan zaman Rasul Allah (Sallallah ‘Alaihi Wasallam), dan lain-lain. Orang Barat cuma fikir tentera Islam ni mesti pakai serban stail Allah yarham Yasser Arafat, pegang M-16, pakai baju yang ada bom melekat di baju dan tali pinggang. Kalau yang perempuan, dia orang mesti fikir yang pakai baju askar dengan tudung hitam nampak mata saja, lepas itu ikat “head band” kalimah Shahadah. Typical sungguh orang Barat yang takut Islam ni…)

Biasanya pihak yang berkenaan di UIAM tidak keluarkan kenyataan rasmi untuk lawan berita, kecuali jika ada orang-orang yang mendesak. Ke sudah ada? Saya belum baca surat khabar lagi. Hehe.

Nota:
Class tak transliterasi ucapan salam saya? Hehe. Tempat kerja part-time saya kini namanya Jabatan Kegiatan Ko-kurikular (CCAD), bukan lagi Pusat Aktiviti Ko-kurikular (CCAC). Biasalah. Sekarang Bahagian Hal Ehwal dan Perkembangan Pelajar (STADD) diketuai oleh Dekan. Struktur organisasinya pun mestilah mirip Kulliyah. Dekan dan Timbalan Dekan sekarang dari KIRKHS (secara khusus, dari Divisyen Ilmu Wahyu), saya mesti standby buat carta transliterasi. Kalau tak, ada orang kena buat kursus transliterasi untuk semua staf jabatanlah jawabnya. lol