Selasa, Disember 16, 2014

第一

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته
-------------------------------
“Eririn. Pernah dengar lagu ni? Lagu ni bergenre pop campur dengan unsur-unsur lain. Ini gambar penyanyi-penyanyinya”. Min menawar. 

“Belum”. 

(Katalah dua digimon ini mendengar lagu yang dimaksudkan menggunakan Discman). 

“Awak. Ada data tentang bahasa Arab tak?”

“Kenapa dengan bahasa manusia itu, bah?” Eririn kehairanan.

“Saya mahu awak tuliskan lirik bahasa Arab itu”. Pinta Min. 

“Wah... Sebentar, ya”. Jawab Eririn sambil buat muka begini: ^_^ 

اللهُ يَا حَفِيظُ نَفْسِي وَرُوحِي،
بِسْمِ اللهِ، جِبْرَائِيلُ فِي يَمِينِي،
بِسْمِ اللهِ، مِيكَائِيلُ فِي شِمَالِي،
بِسْمِ اللهِ، إِسْرَافِيلُ فِي أَمَامِي،
بِسْمِ اللهِ، عِزْرَائِيلُ...

“Eririn. Cantik awak susun ayat. Tapi kenapa bah? Ndak sama dengan sebutan penyanyinya”. 

“Saya ndak suka. Mengelirukan”. 

Eririn mulakan penerangannya.

“Min, dalam bahasa Arab, ada istilah ṣifah dan mawṣūf. Secara umumnya, kita beri sifat khusus untuk sesuatu. Contohnya kalau saya mahu beritahu buku itu buku manga Jepun, saya boleh cakap Kitābu Manghā al-Yabanī. al-Yabani (Jepun) ini sifah untuk mangha (manga) sebab zaman sekarang, orang bukan Jepun pun melukis manga. Jadi, jika kita ikut pattern penyanyi, Jibril dan lain-lain mustahil jadi sifah untuk Allah”. 

Eririn menunjukkan komik di atas meja berdekatan, Digimon World dengan jarinya.

“Tapi, semua sudah sedia maklum. Allah memang satu-satunya tuhan yang disembah. Nama malaikat semuanya hamba. Malaikat adalah hamba, dan Allah tuhan mereka”. Betah Min.

“Dah saya kata. Mengelirukan. Kita tak perlukan hidden message sebegini. Min berfikir begitu. Saya tidak berfikir begitu. Bila saya ubah kedudukannya, barulah ada makna yang lebih selamat, saya rasa...” 

Eririn mula menunjukkan sesuatu. Min sangkakan Eririn akan tunjukkan buku Digimon World tadi. Rupa-rupanya…

“Ini buku hadis Sahih Muslim. Tak tahulah apa rujukan penyanyi dan kawan-kawannya. Tapi saya tak tahu wujudkah doa atau ayat penyata "bismillahi Jibrail" dan  lain-lain. Tengok ini...” 

اللَّهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ، فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ، عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ. اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنْ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ، إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيم.

“Ini antara variasi doa Iftitah yang tercatat di dalam hadis. Ada perkataan Rabba Jibrāīl dan lain-lain”. 

“OK. Jadi?”

“Gunalah perkataan yang sudah diriwayatkan. Olah bahasa dalam doa bukannya salah, cuma lagi comel jika kita guna olahan yang asli, macam dalam hadis ini. Lagi selamat”.

“Eririn, ini lagu. Bukan doa”.

“Ya kah? Min, pada saya, ini doa”.

Eririn dan Min tertawa kecil. Tidak bergaduh-gaduh (kali ini...)

------------------

Hadis Muslim tadi telah direkod oleh Imam Muslim dalam "al-Musnad al-Sahih" (a.k.a. Sahih Muslim) pada kitab "Solat orang-orang yang bermusafir dan penqasarannya", bab "Doa di dalam solat waktu malam dan Qiamnya". Indeks hadis ini dari laman sesawang sunnah.com adalah bernombor 239. 

Imam Ibn Khuzaimah juga merekodkan hadis ini dalam "al-Musnad al-Sahih" (a.k.a. Sahih Ibn Khuzaimah) pada kitab "Solat", bab "Sunat Mohon Hidayah Allah Subhanahu wa Ta'ala tentang Apa yang diselisihkan dari Kebenaran ketika Permulaan Solat Waktu Malam...". Indeks hadis ini pula dilakukan oleh Dr. Muhammad Mustafa al-A'zomi bernombor 1153.

Terdapat juga perbezaan lafaz berkenaan nama Jibrail disebut sebagai "Jibril" seperti yang direkodkan oleh Imam Abu Daud, Imam al-Tirmizi, Imam Ibn Majah, dan Imam al-Nasa'i, di dalam rekod kitab hadis masing-masing.

Makna doa di atas tadi seperti ini:

“Ya Allah, Tuhan Jibril, Mikail, dan Israfil, (Tuhan) Pencipta langit dan bumi, (Tuhan) yang Maha Mengetahui (semua yang) tersembunyi dan terpapar. Engkau sahajalah yang menetapkan keputusan terhadap perselisihan di kalangan hamba-hamba-Mu. Dengan izin-Mu, Engkau bimbinglah daku ke arah kebenaran yang diselisihkan itu. Sesungguhnya, Engkau sahajalah yang memberi pedoman ke jalan yang lurus”.  

Ahad, Disember 07, 2014

えりりんとみんはデジモンである。

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته
-------------------------------

Dalam tahun 19**, ketika smarphones hanyalah "Personal Access Display Device" yang hanya wujud di dalam televisyen, cerita-cerita animasi di televisyen hanya dalam dua dimensi (2D). Jika ada cerita tiga dimensi, hanya bongkah-bongkah lego bergerak kelihatan. Orang Malaysia ketika itu, bila melihat cerita itu, walau dari negara mana sekali pun, disebutnya "kartun". 

Belum sempat DBP keluarkan perkataan baru, tidak disangka, kartun sudah bergenre...


---------------------------------------------

"Eririn. Saya ada koleksi DVD cerita kartun "Kiba". Menarik tahu. Awak nak tonton dengan saya?". Tanya Min. 

"Kiba? Cerita apa itu?". 

"Kartun Jepun. Cerita orang baling-baling guli. Lepas dia baling, ada jin keluar dari guli itu. Jin itu lawan bagi pihak orang itu". 

Dengan rasa kecewa, Eririn menerangkan kepada Min. 

"Awak. Itu orang panggil anime tahu. ANIME. Bukan cerita kartun". 

"Alah. Sama ja. Anime itu pun kartun juga, bah". 

"Bukan, bah. Anime itu anime. Kartun ndak semestinya anime. Lagipun, kartun hanya untuk kanak-kanak, bah". Eririn mula mengajuk dialek Sabah yang tertutur oleh Min. 

"Yakah? Kenapa Doraemon kita sebut kartun? DBP ndak kasi anime dalam kamus, bah". 

"Min, awak macam memperkecilkan peminat anime tahu. Kami bukan kanak-kanak". 

Maka berlakulah perdebatan antara dia orang gadis muda tentang apa beza kartun dan anime...

---------------------------------------------

"Eririn. Saya ada novel baru. Menarik tahu. Berminat?". Tanya Min. 

"Novel apa?". 

"S****mu. Cerita pasal seorang isteri yang pasrah sebab suaminya nak berpoligami". 

Dengan rasa kecewa, Eririn menerangkan kepada Min. 

"Awak. Janganlah baca novel itu. Bukan betul pun". 

"Alah. Memanglah. Novel jak. Bukannya log kisah benar". 

"Bukan, bah. Penulisnya, bah. Abg J kata, penulisnya membuat jenayah ilmiah dengan memutarkan fakta, bah". Eririn mula mengajuk dialek Sabah yang tertutur oleh Min. 

"Yakah? Novel ini cerita tentang kisah benarkah?". 

"Bukan. Dia kasi maklumat ndak benar tentang poligami. Ada kah? Poligami katanya last resolution untuk mengelakkan zina. Kan Rasulullah mengamalkan poligami. Rasulullah berzinakah?". 

Maka berlakulah perdebatan antara dia orang gadis muda tentang poligami...

---------------------------------------------

Dua kisah dongeng di atas tidak berlaku di Real World. Namun, gelagat manusia yang bijak-bijak sebegini memang ada. Belajar di universiti dalam bidang, katalah, kejuruteraan. Tapi selepas graduasi, dia lagi mahir baca buku-buku agama sebab belajar secara belakang tabir dengan ustaz/ustazah sekian dan sekian. Habis dia kutuknya kawan-kawan yang tidak ikut jejaknya. Khianatlah. Malaslah. Macam-macam. Ibarat dunia berputar di mindanya. 

Mungkin rasanya, guru-guru agama sibuk dengan gaji. Jadi, anak-anak murid jahil-jahil agama. 
Mungkin rasanya, mufti-mufti sibuk dengan raja dan menteri. Jadi, rakyat lembab-lembab semuanya. 

Maka ramailah yang mengeluarkan pendapat sendiri. Sama ada diceduk dari kata-kata ulamak silam dan dijalinkan dengan isu semasa, atau diadun dari keringat kepalanya sendiri. Jadi semakin khianat dan malaslah golongan agama dengan kepandaian golongan ini. 

Silalah terbuka dengan kekurangan rakan-rakan sebegini. Mana tahu, akan datang, mungkin Mufti perlukan penasihat ekonomi, kesihatan, politik, dan pelbagai bidang ilmu, hanya untuk manfaat kita yang kejahilan ilmu agama ini.

Tajuk entri kali ini, sebutnya "Eririn to Min wa Dejimon de aru". Maknanya "Erinin dan Min adalah digimon". Disebabkan Digimon adalah kartun Jepun, maka bahasa tulisan di atas adalah tulisan bahasa Jepun. ^_^

Khamis, November 27, 2014

殭屍

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته
-------------------------------

Ada dua orang kawan karib. Katalah Amri dan Bakri. 

Amri selalu jadi bilal kat surau taman perumahannya. Bakri selalu ajak Amri makan di tepi gerai dekat simpang masuk ke taman perumahannya. 

Amri suka tanam pokok sebab nak makan buahnya. Bakri suka tanam pokok sebab nak beri rumahnya redup. 

Suatu hari, Amri dan Bakri dengar ceramah agama di surau taman perumahan mereka.

(Alang-alang, kita beri juga nama manja. Hehe).

Ceramah disampaikan oleh Ust. DBGT.

"Aku rasa Ust. DBGT ni dah baca hadis ni. Tapi huraiannya lain pula". Kata Bakri. 

"Celah mana?". Tanya Amri. 

"Bulan lepas, masa dia cakap pasal hadis ni, dia cakap lain. Sekarang macam dah berlawanan je". 

"Cuba engkau tanya dia semula kejap lagi". 


---------------------------------------------

Soalan Bakri kepada Ust. DBGT:
"Ust. Jika semua amalan anak Adam terputus sebab mati, 'kan ada 3 perkara yang kekal mcm sedekah jariah, doa anak soleh, em... saya lupa yang satu lagi. Takpelah. Jadi, 'kan. Kalau Rasulullah, kenapa ada orang kata boleh nampak dengan mata kasar? Sedangkan baginda dah wafat".

Ust. DBGT diam seketika sambil berfikir. Tetapi dia terlupa untuk ubah mood telefonnya. Maka terdengarlah bunyi cengkerik selepas soalan diajukan. Lain orang, lain telefonnya, kan? Hehe.
Amri tak fikir yang soalan Bakri berkaitan dengan ceramah. Tapi Bakri fikir berkaitan sebab ceramahnya sebenarnya bertajuk....

"Zombi menurut pandangan Islam".


---------------------------------------------
Inspirasi dari petikan berita yang Mujtahid Mutlak Habib Adil Saifullah kongsikan tentang mayat bangkit selepas diisytiharkan mati sebab ebola rasanya. Saya pun terlupa. :p

Masyarakat suka sebarkan cerita yang berunsur mistik. Tapi pada masa yang sama, masyarakat suka tunjukkan yang masyarakat pandai agama. 

Berbalik kepada cerita dongeng di atas. Mujurlah Amri dan Bakri saling memahami. Jika tidak, Amri mesti perlekeh Bakri sebab dia sangka tahap pemahamannya sama dengan Bakri. Maka terkeluarlah ayat penyata, "Apalah engkau tak boleh fikirkah?"

Ada orang perlekeh orang lain sebab berbeza pendapat. Katanya sayang Rasulullah. Seorang buat kempen berselawat sebab sayang. Seorang lagi buat konsert berselawat sebab sayang. Maka mereka pun saling menyalahkan satu sama lain. Ada yang waras, ada yang taksub. 

Banyak-banyak yang terpapar di Facebook, adalah yang mencolok mata saya. Ada yang membela pewaris nama "Habib". Ada yang mengutuk. Macam-macamlah bahasa mereka.

"Kalaulah Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam masih hidup, apa tindakan baginda: memujuk penghina sunnah atau menghukum penghina warisnya?". Itu soalan saya kepada semua yang membaca.


---------------------------------------------

Encik Google kata, 殭屍 sebutnya "Jiāngshī". Maknanya "zombie". ^_^

Khamis, November 13, 2014

考え

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته
-------------------------------
"Berjuang menentang kegelapan dari belakang tabir, Pahlawan Shinobi Ninginger!". 

(Bunyi letupan. 3 orang berpakaian warna merah, biru, dan kuning dengan gaya masing-masing. Bertopi keledar tema haiwan. Baju ala-ala ninja Jepun, sambil pegang pisau kecil kunai).

Bilik mesyuarat bergema dengan tepukan. 

"Encik Saburo. Jika menjadilah, ini kali ketiga kita akan siarkan siri pahlawan super bertema ninja. Saya terfikir, peminat akan sokongkah? Yang ketuanya perempuan. Tema haiwannya khinzir, anjing dan kuda. Kuda mungkin tiada masalah...". Luah Encik Bandai. 

"Jangan risau. Yang penting kanak-kanak suka. Habis saja tayangan tahun ini, Encik Saban akan buat remake. Mereka pastilah beritahu kanak-kanak tempat mereka, "ini tenuk, ini serigala". Nanti, ramai-ramai akan ikut jejak mereka. Peminat pun sangka mereka pemilik asal cerita tu. Tak apalah. Mereka mesti bayar royalti kepada kita". Celah Encik Saburo.

"Encik Bandai, saya mewakili syarikat televisyen, rasanya tiada masalah untuk kita promosikan. Kanak-kanak sentiasa nantikan slot cerita ni. Sudah 40 tahun tersiar. Jangan risau". Pujuk Encik Asahi. 

---------------------------------------------

Kuiz: 
1. Pahlawan Shinobi Ninginger terdiri daripada tiga wira berkostum haiwan. Ketuanya perempuan. Jika ketua menggunakan warna merah. Apakah tema haiwan ketua?

2. 40 tahun adalah tempoh yang, aduhai..., lama. Kenapa syarikat televisyen Encik Asahi tidak mahu tukar cerita lain untuk slot pahlawan super ini?

Lain orang, lain cara berfikirnya, kan?

Encik Google kata, 考え sebutnya "kangae". Maknanya "thought". ^_^

Sabtu, Oktober 11, 2014

私の時間がまう加速に速すぎる

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته

Alhamdulillah... Berjaya juga hantar entri setelah lebih 2 tahun "berhibernasi". Macam macam terjadi. Hehe. Maaf.

Sila doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga. :) 

Dan, sila baca entri sebelum entri ini. Yay! >_< 

理想 vs. 現実



السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته

Ini adalah suatu cerita yang tidak pernah diceritakan… Agaknyalah. ^_^

M, ketika berumur 18 tahun, nekad untuk belajar agama. Alasannya,

“Kita orang bodoh. Mana tahu hukum hakam bagai”, sambil membuat reaksi muka >_<

Diringkaskan cerita. M Berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang ijazah sarjana muda ketika berumur 24 tahun pula. M beristikharah – “sambung belajar” atau “cari kerja”. Maka dipilihnya “sambung belajar”.

Bila dia menghadap buku (agama)…

“Tak pernah pula saya tahu begini rupanya maksud hadith ini…”

Bila dia menghadap komputer…

“Tak pernah pula saya tahu begini jadinya skrin yang boleh tekan-tekan ini…”

Bila dia menghadap Facebook…

“Tak pernah pula saya tahu begini akhirnya perhubungan mereka ini…”

Maka M pun terfikir. Apa yang dia sedang buat?

“Apa jenis ustazlah engkau ni? Kita tanya hukum sikit, engkau jawab “tak tahu” saja”.

“Apa jenis pelajarlah engkau ni? Kita suruh huraikan sikit, engkau jawab “tak tahu” saja”.

“Apa jenis kawanlah engkau ni? Kita tanya khabar orang sekampung, engkau jawab “tak tahu” saja”.

Jadi, M pun buat keputusan...

“Baiklah. Saya akan cuba sumbangkan sesuatu untuk masyarakat. Saya nak bermula dari dunia hadith, sebab saya belajar bidang hadith…”

Terus, dengan semangat berkobar-kobar seperti burung cenderawasih yang sedang terbang tinggi, dengan kadar kelajuan tahap maksima…

“Subhanallah… barulah aku tahu rupa-rupanya maksud kata-kata ulama “hadith daif tak boleh digunakan untuk berhujah” adalah istinbat hukum tak boleh dengan hadith daif rupanya…”

“Barakallahu fik… barulah aku tahu hadith ni palsu rupa-rupanya. Ingatkan kalau semua yang terkandung dalam kitab ni, sahih-sahih belaka…”

“Fatahallahu ‘alaik… barulah aku tahu rupa-rupanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam pun suruh kita berterima kasih sesame manusia ya”.

Itu sebenarnya hanya diucapkan didalam minda M. Dengan bahasa lain, M mahukan dialog sebegini diucapkan dari para kawan dan seteru. Itulah “ideal” baginya.

“Tch, aku penat-penat cari hadith, senang-senang saja engkau pangkah. Imam Ghazali pakai juga kot. Siapa engkau untuk pertikaikan dia?”

“Amboi, bulat-bulat engkau kata non-muslim ini jenis tak reti berterima kasih. Pakai hadith ini konon. Siapa engkau judged manusia macam itu? Pakailah otak sikit. Takkan Allah senang-senang saja condemned manusia masuk syurga-neraka macam ni. Mana keadilan-Nya?”

“Engkau ni tak berbakat langsung. Aku tak Nampak pun engkau huraikan isu ni. Macam copy-paste saja. Assignment budak undergraduate buat lagi bagus dari yang engkau buat macam ni”.

Itulah “reality” untuknya.

Jadi, M pun buat kesimpulan mudah, “haters going to hate”.

Bayangkan. Apa akan terjadi sekiranya M itu adalah kamu? Manusia yang membaca entri ini.

Apa tindakan kamu? ;)

-----------------------------------

理想, disebut sebagai “risō”, maknanya “ideal” atau “belief”.
現実, disebut sebagai “genjitsu”, maknanya “reality” atau “actual”.

Manusia berada di bumi yang sama, tetapi di dunia yang berbeza. Hanya sebab mereka dalam bidang ilmu yang berbeza, pengalaman yang berbeza, dan corak fikiran yang berbeza.

Pakar bedah mampu membedah mayat, tapi masih tak dapat buat kesimpulan kematian sebab dia kena beri hasil bedah kepada penyiasat. Walaupun, secara logiknya, berdasarkan pengalamannya membedah, dia boleh tahu bagaimana matinya seseorang itu.

Perumpamaan yang sama kepada M yang belajar bidang hadith. Walaupun M tahu hadith berkenaan hukum sekian-sekian, tetapi M tidak boleh beri fatwa sendiri.

Ketahuilah, M dan orang-orang yang seangkatan dengannya tidak pernah khianati masyarakat hanya sebab kebodohannya, tidak tahu buku-buku agama yang pelbagai cabangnya. Feqah, Akidah, Sirah, dan sebagainya.

Ketahuilah, ramai orang muda seperti M yang gopoh untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. Sudahnya, masyarakat keliru. Cendekiawan berbalah. Masa terbuang. Yang tinggal hanyalah label-label dan semangat.

Ketahuilah, graduan seperti M dan rakan-rakan kena saling bekerjasama dan mencari titik persefahaman dalam setiap kekhilafan. Barulah masyarakat tidak ragu-ragu. Perasaan angkuh, dengki, gopoh, dan benci hanya menyempitkan dada untuk menerima perbezaan pendapat.

Barakallahu fikum. Ucapan tahniah untuk semua graduan IIUM tahun ini, terutamanya yang turut serta Majlis konvokesyen IIUM ke-30. 

Lee, Nabil, Helmi, Hadi, dan semua yang pernah menghadap saya pagi-pagi Sabtu atau malam-malam Rabu masa first year dulu. Mesej ini adalah untuk kalian. ^_^

Juga, ucapan tahniah seperti di atas untuk As'ad walaupun tak dapat sertai majlis konvokesyen kali ini. :D