理想 vs. 現実



السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته

Ini adalah suatu cerita yang tidak pernah diceritakan… Agaknyalah. ^_^

M, ketika berumur 18 tahun, nekad untuk belajar agama. Alasannya,

“Kita orang bodoh. Mana tahu hukum hakam bagai”, sambil membuat reaksi muka >_<

Diringkaskan cerita. M Berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang ijazah sarjana muda ketika berumur 24 tahun pula. M beristikharah – “sambung belajar” atau “cari kerja”. Maka dipilihnya “sambung belajar”.

Bila dia menghadap buku (agama)…

“Tak pernah pula saya tahu begini rupanya maksud hadith ini…”

Bila dia menghadap komputer…

“Tak pernah pula saya tahu begini jadinya skrin yang boleh tekan-tekan ini…”

Bila dia menghadap Facebook…

“Tak pernah pula saya tahu begini akhirnya perhubungan mereka ini…”

Maka M pun terfikir. Apa yang dia sedang buat?

“Apa jenis ustazlah engkau ni? Kita tanya hukum sikit, engkau jawab “tak tahu” saja”.

“Apa jenis pelajarlah engkau ni? Kita suruh huraikan sikit, engkau jawab “tak tahu” saja”.

“Apa jenis kawanlah engkau ni? Kita tanya khabar orang sekampung, engkau jawab “tak tahu” saja”.

Jadi, M pun buat keputusan...

“Baiklah. Saya akan cuba sumbangkan sesuatu untuk masyarakat. Saya nak bermula dari dunia hadith, sebab saya belajar bidang hadith…”

Terus, dengan semangat berkobar-kobar seperti burung cenderawasih yang sedang terbang tinggi, dengan kadar kelajuan tahap maksima…

“Subhanallah… barulah aku tahu rupa-rupanya maksud kata-kata ulama “hadith daif tak boleh digunakan untuk berhujah” adalah istinbat hukum tak boleh dengan hadith daif rupanya…”

“Barakallahu fik… barulah aku tahu hadith ni palsu rupa-rupanya. Ingatkan kalau semua yang terkandung dalam kitab ni, sahih-sahih belaka…”

“Fatahallahu ‘alaik… barulah aku tahu rupa-rupanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam pun suruh kita berterima kasih sesame manusia ya”.

Itu sebenarnya hanya diucapkan didalam minda M. Dengan bahasa lain, M mahukan dialog sebegini diucapkan dari para kawan dan seteru. Itulah “ideal” baginya.

“Tch, aku penat-penat cari hadith, senang-senang saja engkau pangkah. Imam Ghazali pakai juga kot. Siapa engkau untuk pertikaikan dia?”

“Amboi, bulat-bulat engkau kata non-muslim ini jenis tak reti berterima kasih. Pakai hadith ini konon. Siapa engkau judged manusia macam itu? Pakailah otak sikit. Takkan Allah senang-senang saja condemned manusia masuk syurga-neraka macam ni. Mana keadilan-Nya?”

“Engkau ni tak berbakat langsung. Aku tak Nampak pun engkau huraikan isu ni. Macam copy-paste saja. Assignment budak undergraduate buat lagi bagus dari yang engkau buat macam ni”.

Itulah “reality” untuknya.

Jadi, M pun buat kesimpulan mudah, “haters going to hate”.

Bayangkan. Apa akan terjadi sekiranya M itu adalah kamu? Manusia yang membaca entri ini.

Apa tindakan kamu? ;)

-----------------------------------

理想, disebut sebagai “risō”, maknanya “ideal” atau “belief”.
現実, disebut sebagai “genjitsu”, maknanya “reality” atau “actual”.

Manusia berada di bumi yang sama, tetapi di dunia yang berbeza. Hanya sebab mereka dalam bidang ilmu yang berbeza, pengalaman yang berbeza, dan corak fikiran yang berbeza.

Pakar bedah mampu membedah mayat, tapi masih tak dapat buat kesimpulan kematian sebab dia kena beri hasil bedah kepada penyiasat. Walaupun, secara logiknya, berdasarkan pengalamannya membedah, dia boleh tahu bagaimana matinya seseorang itu.

Perumpamaan yang sama kepada M yang belajar bidang hadith. Walaupun M tahu hadith berkenaan hukum sekian-sekian, tetapi M tidak boleh beri fatwa sendiri.

Ketahuilah, M dan orang-orang yang seangkatan dengannya tidak pernah khianati masyarakat hanya sebab kebodohannya, tidak tahu buku-buku agama yang pelbagai cabangnya. Feqah, Akidah, Sirah, dan sebagainya.

Ketahuilah, ramai orang muda seperti M yang gopoh untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. Sudahnya, masyarakat keliru. Cendekiawan berbalah. Masa terbuang. Yang tinggal hanyalah label-label dan semangat.

Ketahuilah, graduan seperti M dan rakan-rakan kena saling bekerjasama dan mencari titik persefahaman dalam setiap kekhilafan. Barulah masyarakat tidak ragu-ragu. Perasaan angkuh, dengki, gopoh, dan benci hanya menyempitkan dada untuk menerima perbezaan pendapat.

Barakallahu fikum. Ucapan tahniah untuk semua graduan IIUM tahun ini, terutamanya yang turut serta Majlis konvokesyen IIUM ke-30. 

Lee, Nabil, Helmi, Hadi, dan semua yang pernah menghadap saya pagi-pagi Sabtu atau malam-malam Rabu masa first year dulu. Mesej ini adalah untuk kalian. ^_^

Juga, ucapan tahniah seperti di atas untuk As'ad walaupun tak dapat sertai majlis konvokesyen kali ini. :D

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

私わ星野源のウィキペディアにグーグルで[逃げるは恥だが役に立つ]か見てしまう

理論

لطف سڠ ڤڠمبارا ميمڤي #5