Langkau ke kandungan utama

えりりんとみんはデジモンである。

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته
-------------------------------

Dalam tahun 19**, ketika smarphones hanyalah "Personal Access Display Device" yang hanya wujud di dalam televisyen, cerita-cerita animasi di televisyen hanya dalam dua dimensi (2D). Jika ada cerita tiga dimensi, hanya bongkah-bongkah lego bergerak kelihatan. Orang Malaysia ketika itu, bila melihat cerita itu, walau dari negara mana sekali pun, disebutnya "kartun". 

Belum sempat DBP keluarkan perkataan baru, tidak disangka, kartun sudah bergenre...


---------------------------------------------

"Eririn. Saya ada koleksi DVD cerita kartun "Kiba". Menarik tahu. Awak nak tonton dengan saya?". Tanya Min. 

"Kiba? Cerita apa itu?". 

"Kartun Jepun. Cerita orang baling-baling guli. Lepas dia baling, ada jin keluar dari guli itu. Jin itu lawan bagi pihak orang itu". 

Dengan rasa kecewa, Eririn menerangkan kepada Min. 

"Awak. Itu orang panggil anime tahu. ANIME. Bukan cerita kartun". 

"Alah. Sama ja. Anime itu pun kartun juga, bah". 

"Bukan, bah. Anime itu anime. Kartun ndak semestinya anime. Lagipun, kartun hanya untuk kanak-kanak, bah". Eririn mula mengajuk dialek Sabah yang tertutur oleh Min. 

"Yakah? Kenapa Doraemon kita sebut kartun? DBP ndak kasi anime dalam kamus, bah". 

"Min, awak macam memperkecilkan peminat anime tahu. Kami bukan kanak-kanak". 

Maka berlakulah perdebatan antara dia orang gadis muda tentang apa beza kartun dan anime...

---------------------------------------------

"Eririn. Saya ada novel baru. Menarik tahu. Berminat?". Tanya Min. 

"Novel apa?". 

"S****mu. Cerita pasal seorang isteri yang pasrah sebab suaminya nak berpoligami". 

Dengan rasa kecewa, Eririn menerangkan kepada Min. 

"Awak. Janganlah baca novel itu. Bukan betul pun". 

"Alah. Memanglah. Novel jak. Bukannya log kisah benar". 

"Bukan, bah. Penulisnya, bah. Abg J kata, penulisnya membuat jenayah ilmiah dengan memutarkan fakta, bah". Eririn mula mengajuk dialek Sabah yang tertutur oleh Min. 

"Yakah? Novel ini cerita tentang kisah benarkah?". 

"Bukan. Dia kasi maklumat ndak benar tentang poligami. Ada kah? Poligami katanya last resolution untuk mengelakkan zina. Kan Rasulullah mengamalkan poligami. Rasulullah berzinakah?". 

Maka berlakulah perdebatan antara dia orang gadis muda tentang poligami...

---------------------------------------------

Dua kisah dongeng di atas tidak berlaku di Real World. Namun, gelagat manusia yang bijak-bijak sebegini memang ada. Belajar di universiti dalam bidang, katalah, kejuruteraan. Tapi selepas graduasi, dia lagi mahir baca buku-buku agama sebab belajar secara belakang tabir dengan ustaz/ustazah sekian dan sekian. Habis dia kutuknya kawan-kawan yang tidak ikut jejaknya. Khianatlah. Malaslah. Macam-macam. Ibarat dunia berputar di mindanya. 

Mungkin rasanya, guru-guru agama sibuk dengan gaji. Jadi, anak-anak murid jahil-jahil agama. 
Mungkin rasanya, mufti-mufti sibuk dengan raja dan menteri. Jadi, rakyat lembab-lembab semuanya. 

Maka ramailah yang mengeluarkan pendapat sendiri. Sama ada diceduk dari kata-kata ulamak silam dan dijalinkan dengan isu semasa, atau diadun dari keringat kepalanya sendiri. Jadi semakin khianat dan malaslah golongan agama dengan kepandaian golongan ini. 

Silalah terbuka dengan kekurangan rakan-rakan sebegini. Mana tahu, akan datang, mungkin Mufti perlukan penasihat ekonomi, kesihatan, politik, dan pelbagai bidang ilmu, hanya untuk manfaat kita yang kejahilan ilmu agama ini.

Tajuk entri kali ini, sebutnya "Eririn to Min wa Dejimon de aru". Maknanya "Erinin dan Min adalah digimon". Disebabkan Digimon adalah kartun Jepun, maka bahasa tulisan di atas adalah tulisan bahasa Jepun. ^_^

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

考え

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته ------------------------------- "Berjuang menentang kegelapan dari belakang tabir, Pahlawan Shinobi Ninginger!". 

(Bunyi letupan. 3 orang berpakaian warna merah, biru, dan kuning dengan gaya masing-masing. Bertopi keledar tema haiwan. Baju ala-ala ninja Jepun, sambil pegang pisau kecil kunai).

Bilik mesyuarat bergema dengan tepukan. 

"Encik Saburo. Jika menjadilah, ini kali ketiga kita akan siarkan siri pahlawan super bertema ninja. Saya terfikir, peminat akan sokongkah? Yang ketuanya perempuan. Tema haiwannya khinzir, anjing dan kuda. Kuda mungkin tiada masalah...". Luah Encik Bandai. 

"Jangan risau. Yang penting kanak-kanak suka. Habis saja tayangan tahun ini, Encik Saban akan buat remake. Mereka pastilah beritahu kanak-kanak tempat mereka, "ini tenuk, ini serigala". Nanti, ramai-ramai akan ikut jejak mereka. Peminat pun sangka mereka pemilik asal cerita tu. Tak apalah. Mereka mesti bayar royalti kepada kita". Celah…