Musim Haji vs. Musim Nikah... Lain~ ^.^
Assalamua'aikum Warahmatullah... Pertama, syabas kepada para jemaah haji musim 1431/2010 kali ini. Jom kita doakan mereka agar dapat beribadat dengan tenang sepanjang musim haji. Maklumlah, terpilih jadi tetamu Allah. Ada yang "1st time", ada yang "banyak-kali-dah". Apa-apa pun, saya doakan kepada semua jemaah supaya mendapat haji yang mabrur. Insha-Allah, kita pula akan ke sana lain kali. :D Antara staf UIA yang menunaikan haji tahun ini termasuk Ustaz Ismail Chong dengan isterinya. Katanya, dia sudah enam kali menunaikan haji. Bezanya, tahun ini (atau kali ini), dia menemani isterinya ke sana. Bayangkan menjadi tetamu Allah tujuh kali... :) Kedua, syabas kepada kawan-kawan yang bakal menjadi suami-isteri pada hujung tahun ini. Dari bulan Oktober sampai Disember, ada tiga walimah/berita: Ridzwan Jaidon , Tamrin Nuge , dan Anhar Hafiz . "Abang Peng, a.k.a Apeng @ En. Kunang, bila lagi?". Itu soalan yang sering ditujukan kepada saya. Baik pensyarah sa...