Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kenduri

Bersih vs. FRU, Round 2(.0)

Imej
Assalamu'alaikum Warahmatullah... "Perang" antara NGO Bersih dengan FRU PDRM berakhir secara "aman" sebelum jam 5 petang. Atas dasar memenuhi jemputan kenduri kahwin, saya ke Jalan Kastam, Perlabuhan Kelang. Dalam perjalanan, ada beberapa penumpang LRT panik setelah mendengar pengumuman ini: "Atas sebab-sebab keselamatan, tren ini tidak akan berhenti di Stesen Masjid Jamek dan Pasar Seni dan hanya akan berhenti di KL Sentral". Kasihan yang panik. Sabarlah sikit. Kegelabahan anda tidak dapat menamatkan perhimpunan Bersih atau Patriot. :) Pemandangan Kuala Lumpur dari Stesen Pasar Seni... Jam 12 barang kali (saya lupa), lengang seperti pemandangan sebuah pekan kecil selepas dikosongkan. Saya hanya nampak beberapa anggota polis dan orang lain, kebanyakannya wartawan... Konon mahu rakam gambar, sekali telefon Nokia 2630 Kunang saya tinggal satu bar cas baterinya. Aduhai... Tak boleh, simpan untuk kecemasan. :D Kita kongsikan situasi yang sempat saya ingat....

Selamat Pengantin Baru... ♪

Assalamu'alaikum Warahmatullah... 1. Selamat pengantin baru kepada Ustaz Muhammad Saifullah Hussin dengan pasangannya Hafiza. Orang Terengganu bertemu orang Padang Sanai wo... Mereka (akan) diijabkabulkan pada 30 April 2011. Akhirnya penantian Saifullah berakhir. :D 2. Cuti sekolah akan tiba tidak lama lagi. Seluruh Malaysia akan berkenduri kahwin... Rasanya kawan-kawan saya yang sudah berkahwin mesti sedang menantikan kehadiran ahli keluarga baru (mungkin yang kedua atau ketiga...) :P 3. Lagu kahwin... Zaman saya sekolah rendah dulu (1991-1996), lagu kahwin yang "wajib" dimainkan sewaktu kenduri mesti lagu nyanyian Wan dan lain-lain dengan genre Pop Yeh Yeh. Lagu-lagu mereka akan diputarkan atau dinyanyikan semula oleh "penyanyi jemputan" (sumbang atau tidak, nasiblah...). Senario ini terus berlaku hingga lewat 90-an. Namun, apabila genre nasyid berjaya "menyerang" pasaran musik komersial, trend lagu kahwin Pop Yeh Yeh tiba-tiba lenyap. (Fenomena bar...