Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

氷止カード、天装!

Assalamu'alaikum Warahmatullah... (Tajuk di atas tiada kaitan dengan apa yang saya akan kongsikan. Tiada idea untuk mentajukkan entri ini. Maaf. ^.^) Saya tiada ada apa-apa untuk dikongsikan. Em... Mungkin juga sekadar ucapan. :D بارك الله لكم وبارك عليكم وجمع بينكم في الخير Selamat Pengantin Baru untuk sahabat berikut: Mohd Fadzil Bin Yunus (Kondangan pada 29/5 di Banting, Selangor) Muhamad Firdaus Bin Shapian (Kondangan pada 5/6 di Peringgit, Melaka) Hadlisham Bin Mohamad (Kondangan pada 5/6 di Kuala Krai, Kelantan) Ismalyna Binti Iskandar (Kondangan pada 5/6 di Banting, Selangor) Mohd Husni Bin Halid (Kondangan pada 12/6 di Selayang (kot), Selangor) Saidan Wa Kariman Bin Baharom (Kondangan pada 19/6 di Banting, Selangor) Zaidul Amin Suffian (Kondangan pada 19/6 di USJ (kot. Lupa tempatnya) Mohamad Syafiq Bin Abdul Latip (Kondangan pada 9/7, di Pelabuhan Kelang, Selangor) Sesiapa yang telah mengirim kondangan (a.k.a. jemputan) tetapi terlupa untuk saya taipkan di sini. Maaf ya. :

Adab & Akhlak

Assalamu'alaikum Warahmatullah... Saya cuma mahu beritahu yang saya dihadiahkan CD percuma dari Masriezan . Senior di SMKA Ma'ahad Hamidiah. CD album Varianz berjudul Dunia Baru. "Boy-band" ini membawa muzik nasyid moden. Saya akan mendengar lagu-lagu mereka nanti. :D (Hajat di hati mahu tamatkan tulisan di sini. Tapi ini bukan "Twitter". Aduhai...) Pernah dengar ayat bahasa Melayu sebegini? "Harap saja bertudung labuh. Tapi mengumpat mengalahkan murai!". "Walaupun I berpakaian seksi, tapi hati I bersih, nyah!". "Lain kali, kalau nak ungkit pasal orang, tunggu orang tu ungkit dulu". "Engkau tinggalkan saja baju tu kat situ. Nanti adalah kuli membasuhnya". Mungkin biasa. Sebab masyarakat Malaysia lebih suka mengutuk berbanding menasihati. Saya kadang-kadang terfikir, siapa yang bersalah? Individu itu sendiri atau masyarakat sekelilingnya? Ada rakan bercerita guru sekarang tak semuanya prihatin akan akhlak anak muridnya.