Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2021

لطف سڠ ڤڠمبارا ميمڤي #5

"Lutfi ingatkan yang Lutfi selit kad Pengembara Mimpi dalam buku hikayat tentang beta?" Soal lelaki misteri yng menyapa Lutfi.  Lutfi teringat. Memang benar kata lelaki ini. Kali terakhir Lutfi di 'dunia nyatanya', Lutfi membaca petikan sejarah yang dia ambil dari Wikipedia, tentang zaman Kesultanan Melayu Melaka. Terutamanya berkenaan Raja Muhammad yang dibuang daerah kemudian menjadi Sultan Pahang.  "Kad Pengembara Mimpi yang Lutfi pegang dan selit di celah cetakan hikayat beta, ibarat jambatan antara apa yang Lutfi baca dan apa yang Lutfi lalui. Ia adalah cara visualisasi bacaan ke fikiran. Dengan  kad ini, Lutfi berpeluang untuk menyelami teks yang Lutfi baca. Dan dalam isu bacaan Lutfi, iaitu tentang kisah beta, Lutfi berpeluang untuk berinteraksi dengan karakter yang disebut serta melihat sendiri kisah beta". Ujar lelaki misteri itu.  Lutfi hanya berdiam diri.  "Kedaulatan negara terjamin tidak semestinya disebabkan menang peperangan atau peraliha