Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jurnal

理論

Assalamu'alaikum Warahmatullah... Saya mengambil peluang untuk kemas kini blog sebelum berakhirnya tahun 2011. :D Baru-baru ini saya terbaca perbincangan internet tentang perkataan "ayam pegar" yang ditaip dalam ejaan Jawi lama. Pepatah "harapkan pagar, pagar makan padi" rupa-rupanya contoh kesilapan terjemahan tulisan Jawi ke Rumi. Blog " Kisah Seorang Budak U " ada juga menceritakan tentang isu ini secara ringkas. Saya pula tertarik dengan komen seorang pembacanya yang tertulis begini:  "harapkan orang, orang makan padi... Maka terhasillah istilah orang-orang (straw man)". ^.^  Tiba-tiba saya terlihat entri popular yang berbincang tentang teori evolusi.  Em... Saya memang tidak faham apa itu teori evolusi yang dicadangkan oleh Darwin. Kalau saya, apa yang terlintas di fikiran saya apabila terjumpa dengan perkataan "EVOLUTION" adalah... Digimon & Pokemon. :P (Konsep "Evolution" dalam siri perma...

支持

"Ustaz~..." "Ha.. Kenapa?" "Tengok ini, saya dapat hadiah..." "Oh~ Sempena hari jadi ke?" "Taklah. Adalah..." "Ye la tu?" "Ustaz jealous ye? Jangan macam tu. Ini rezeki saya. Ustaz, kenalah support sikit..." " Support ? Support Pillow ? Aik, orang pula yang engkau kata jealous ? Aduhai..." T_T ---------- Assalamu'alaikum Warahmatullah...    (Cerita di atas telah diubah daripada dialog sebenar).    Teringat satu ketika dahulu, antara tabiat saya adalah suka tengok orang gembira. Ada seorang kawan yang saya kenal sejak sekolah rendah. Dipendekkan cerita, saya berpindah dari Sek. Keb. Sunggai Manggis ke Sek. Keb. Sri Langat yang berdekatan dengan pekan Banting. Jadi kami terpisah. Kemudian, kami berjumpa semula di sekolah menengah (Sek. Agama Men. Unwanus Sa'adah, Kanchong Darat). Semestinya dia berubah. Dia mula meminjam wang. Mula-mulanya ia bukan masalah kepada saya...

ラーヤー快乐!

" Dami seorang "pemburu" harta karun. Dia sudah bosan dengan kehidupannya. Maka dia teringin mencuba sesuatu yang terlarang.  Apakah yang terlarang itu? Berbekalkan arahan satu persatu dari Pak Hitam yang baru seminggu dikenalinya, Dami mendapat khabar, ada ibu keguguran kandungan tiga bulan. Dicarinya kandungan itu untuk dia lakukan "latihan amali". Kandungan itu dikeringkan sehingga betul-betul kering. Pak Hitam menyuruh Dami sediakan balang berisi cuka. Kandungan itu diletakkan di dalam balang itu. Kemudian, Dami diajar bacaan mantera tertentu. Pak Hitam mengarahkan Dami membaca mantera itu.  Disebabkan bosan kerana membaca bacaan yang sama setiap malam lebih sebulan, maka Dami bersuara.  "Pak Hitam, sudah lebih sebulan. Bosanlah saya. Asyik baca yang sama saja..." "Sabar Dami, tidak lama lagi engkau akan melihat hasilnya. Dengan izin syaitan..." "Dengan izin syaitan? Eh, Pak Hitam, apa yang Pak Hitam cak...

附身

Imej
Assalamu'alaikum Warahmatullah... Rizal, pada suatu malam, bertanya pendapat saya tentang hadis ini: Terjemahannya (secara kasarnya. Saya tak pakar menterjemah sebenarnya): Rasulullah Sallallah 'Alaihi Wasallam pernah bersabda: "Setiap pintu langit dibuka dalam bulan Ramadhan dan setiap pintu neraka ditutup padanya (bulan Ramadhan), kemudian segala syaitan yang degil dirantai padanya (bulan Ramadhan) dan ada Pemanggil menyeru "Datanglah wahai Penuntut Kebaikan, tunggu dahululah wahai Penuntut Kejahatan". Rizal kata (dalam loghat Terengganu): "Pada pendapat anta, kenapa ada saja orang buat jahat dalam bulan Ramadhan, ada saja yang histeria dalam bulan Ramadhan. Tapi kan syaitan dah kena rantai?". Saya ni tak pandai sangat nak berhujah. Maka saya cakap secara kawan-kawan bercakap: "Sss... Beginilah. Kita punya jawapan ni tak semestinya boleh buat semua orang puas hati. Ambe ni percaya pada ayat al-Qur'an yang kata "... syaitan dar...

熱いラマドン!

Assalamu'alaikum Warahmatullah... Saya mencuri masa untuk menaip entri (lagi nampaknya)... :P Sambil mengenangkan thesis yang belum siap lagi walaupun masa tambahan sudah habis... (Berusaha! Saya! Jangan mengalah! Saya <-- Pinjam ayat dari drama kanak-kanak "Satria Perkasa Hitam" sekejap). Tiba-tiba teringat satu peristiwa. Saya pernah dinasihat untuk menduduki "Comprehensive Examination" selepas proposal pertama saya ditolak atas alasan "penguasaan bahasa yang lemah" dan "masih di tahun satu - ada banyak masa". (Tajuk proposal ketika itu: "Takhrij 50 Hadith dari Tafsir Radio Tulisan (Allahyarham) Ustaz Ahmad Sonhadji". Fokus hanya pada metodologi interaksi Ustaz Ahmad Sonhadji dengan Hadith & Takhrij Hadith. Memang ada banyak kekurangan pada proposal itu. Tetapi entah mengapa saya tidak mendapat cadangan seperti proposal thesis yang sedang saya siapkan. Saya siap hubungi Majlis Ugama Islam Singapura untuk interbi...

(Saya Tiada Tajuk Sesuai Untuk Mentajukkan Entri Ini) ^.^

Assalamu'alaikum Warahmatullah... Bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi. (Yei!). Trend masyarakat Malaysia - bersiap sedia untuk menyambut puasa dan raya. Persediaan raya, em... Masyarakat Malaysia akan bersiap sedia untuk menempah pakaian raya dan mungkin juga perabot dan kuih raya. :D Persediaan puasa? Etto... Apa ya? Latihan puasa... Kot. Antara latihan puasa yang "biasa" dilakukan oleh masyarakat... Puasa tiga bulan berturut-turut. Itu antara latihan yang paling mantap pernah saya dengar. Saya tak pernah berpuasa tiga bulan berturut-turut. (Betul, bukan bohong). Jadi elok kita bersangka baik dahulu - mungkin untuk kafarah 2 bulan (Rejab & Sha'ban) campur 1 bulan wajib (Ramadhan). He 3x. :P Ada satu Hadith - saya lupa matannya dan riwayatnya - yang membawa maksud bahawa Rasulullah Sallallah 'Alaihi Wasallam hanya berpuasa penuh pada bulan Ramadhan dan memperbanyakkan puasa pada bulan Sha'ban. Maksudnya di sini, baginda (S.A.W.) memperbanyakkan puasa ...

Bersih vs. FRU, Round 2(.0)

Imej
Assalamu'alaikum Warahmatullah... "Perang" antara NGO Bersih dengan FRU PDRM berakhir secara "aman" sebelum jam 5 petang. Atas dasar memenuhi jemputan kenduri kahwin, saya ke Jalan Kastam, Perlabuhan Kelang. Dalam perjalanan, ada beberapa penumpang LRT panik setelah mendengar pengumuman ini: "Atas sebab-sebab keselamatan, tren ini tidak akan berhenti di Stesen Masjid Jamek dan Pasar Seni dan hanya akan berhenti di KL Sentral". Kasihan yang panik. Sabarlah sikit. Kegelabahan anda tidak dapat menamatkan perhimpunan Bersih atau Patriot. :) Pemandangan Kuala Lumpur dari Stesen Pasar Seni... Jam 12 barang kali (saya lupa), lengang seperti pemandangan sebuah pekan kecil selepas dikosongkan. Saya hanya nampak beberapa anggota polis dan orang lain, kebanyakannya wartawan... Konon mahu rakam gambar, sekali telefon Nokia 2630 Kunang saya tinggal satu bar cas baterinya. Aduhai... Tak boleh, simpan untuk kecemasan. :D Kita kongsikan situasi yang sempat saya ingat....

Berlagak Pandai...?

Assalamu'alaikum Warahmatullah... Sekadar menulis mesej ringkas. Ada orang menggunakan "kabel" untuk mendapatkan pekerjaan yang dia mahukan. Ada juga yang menggunakan "kuasa" untuk tujuan sama. Namun, jika kita lihat dari sudut yang berbeza, katakanlah majikan, apa cara sekali pun, adakah dia mampu melaksanakan tanggungjawabnya jika diberikan AMANAH untuk tunaikan pekerjaan tersebut? Biar saya berikan satu situasi menarik. En. H dan Pn. G telah diberikan amanah untuk selesaikan "assignment" Brother K yang entah berapa kurun tidak selesai-selesai. Politiknya, En. H dan Pn. G lebih berpengalaman dalam kerja-kerja sebegitu berbanding Brother K. Sebulan berlalu, "assignment" itu tidak siap. Malah, tidak berubah sejak Brother K tinggalkan kerjanya. Kalut punyalah kalut, Brother K dipanggil untuk "back-up" En. H dan Pn. G. dengan kadar segera... ("dateline meeting"-lah katakan...) Maka datanglah Brother K dengan muka mengantuk k...

氷止カード、天装!

Assalamu'alaikum Warahmatullah... (Tajuk di atas tiada kaitan dengan apa yang saya akan kongsikan. Tiada idea untuk mentajukkan entri ini. Maaf. ^.^) Saya tiada ada apa-apa untuk dikongsikan. Em... Mungkin juga sekadar ucapan. :D بارك الله لكم وبارك عليكم وجمع بينكم في الخير Selamat Pengantin Baru untuk sahabat berikut: Mohd Fadzil Bin Yunus (Kondangan pada 29/5 di Banting, Selangor) Muhamad Firdaus Bin Shapian (Kondangan pada 5/6 di Peringgit, Melaka) Hadlisham Bin Mohamad (Kondangan pada 5/6 di Kuala Krai, Kelantan) Ismalyna Binti Iskandar (Kondangan pada 5/6 di Banting, Selangor) Mohd Husni Bin Halid (Kondangan pada 12/6 di Selayang (kot), Selangor) Saidan Wa Kariman Bin Baharom (Kondangan pada 19/6 di Banting, Selangor) Zaidul Amin Suffian (Kondangan pada 19/6 di USJ (kot. Lupa tempatnya) Mohamad Syafiq Bin Abdul Latip (Kondangan pada 9/7, di Pelabuhan Kelang, Selangor) Sesiapa yang telah mengirim kondangan (a.k.a. jemputan) tetapi terlupa untuk saya taipkan di sini. Maaf ya. :...

Adab & Akhlak

Assalamu'alaikum Warahmatullah... Saya cuma mahu beritahu yang saya dihadiahkan CD percuma dari Masriezan . Senior di SMKA Ma'ahad Hamidiah. CD album Varianz berjudul Dunia Baru. "Boy-band" ini membawa muzik nasyid moden. Saya akan mendengar lagu-lagu mereka nanti. :D (Hajat di hati mahu tamatkan tulisan di sini. Tapi ini bukan "Twitter". Aduhai...) Pernah dengar ayat bahasa Melayu sebegini? "Harap saja bertudung labuh. Tapi mengumpat mengalahkan murai!". "Walaupun I berpakaian seksi, tapi hati I bersih, nyah!". "Lain kali, kalau nak ungkit pasal orang, tunggu orang tu ungkit dulu". "Engkau tinggalkan saja baju tu kat situ. Nanti adalah kuli membasuhnya". Mungkin biasa. Sebab masyarakat Malaysia lebih suka mengutuk berbanding menasihati. Saya kadang-kadang terfikir, siapa yang bersalah? Individu itu sendiri atau masyarakat sekelilingnya? Ada rakan bercerita guru sekarang tak semuanya prihatin akan akhlak anak muridnya....

Selamat Hari Cikgu ♪ (Nyanyi ikut rentak Ketua Kelas dalam Cerita Upin, Ipin & Kawan-kawan)

Assalamu'alaikum Warahmatullah... 16/5. Hari Guru seluruh Malaysia. Jazakumullah Khauran Kathiran guru-guru sekalian, kerana mendidik masyarakat tanpa jemu. Teruskanlah usaha memupuk anak-anak muda dengan cinta, takwa, sabar, ikhlas, syukur, tawakal dan kembali berserah kepada Allah S.W.T. Usah risau dengan apa kerjaya anak-anak muda itu akan datang, tapi risaulah dengan Adab dan Akhlak apakah anak muda itu akan datang? Usah risau jika anak-anak muda itu ke menara gading, taman ilmu atau tembok besi, tapi risaulah dengan ilmu, adab, kemahiran, dan akhlak yang dipupuk sejak umur anak-anak muda ini 6 tahun - adakah mereka terus amalkan atau mereka terus abaikan? Jangan katakan pada anak-anak muda ini, "wap air di bumi tersejat ke awan lalu turun sebagai hujan". Tapi katakanlah pada mereka, "Allah S.W.T. telah menciptakan hujan dengan menurunkannya ke bumi melalui awan dan hujan ini akan kembali ke langit sepertimana Allah ciptakan roh untuk pergi kepada jasad dan kemud...

Google Translator... Nice!

Assalamu'alaikum Warahmatullah... Today/tonight, I'm writing my blog in English! :D My reason is only to thank those who are non-speaker of Bahasa Melayu, who are intentionally or accidentally found and read my blog. :) I love my Bahasa Melayu as it is my language. But, I like to learn other languages. So far, I knows Bahasa Melayu, English and Arabic (with some little Mandarin and Nihon-go/Japanese - I love Chinese characters and love to know how a single character shared by different people - Chinese, Japanese, Korean, Taiwanese (maybe) and Vietnamese). :D So, thank YOU very much. It is MY PLEASURE that you all spend some of your times to read this blog. Please drop by and give comments. Don't worry. I'm will approve all comments as long as it is appeared with polite words. :) By the way, if you scroll down through this blog, you will find "Blog Translator". It is a cool gadget that offered by Google to translate whole website (or in my case, blog-site) from...

Ibu... Ibu... Engkaulah Ratu Hatiku... ♪

Assalamu'alaikum Warahmatullah... Menurut kalendar Masihi, Hari Ibu jatuh pada setiap Ahad minggu ke-2 dari bulan Mei. Tahun ini, Hari Ibu jatuh pada 8/5. (Aik, Penyimpan Mohor Besar pun tak bercakap seperti ini ^.^). Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu, termasuk ibu-ibu saya dan rakan-rakan yang akan dan telah menjadi ibu. Jom kita kongsikan Hadith berikut: عن أبي هريرة - رضي الله عنه - قال: "جاء رجل إلى رسول الله - صلى الله عليه وسلم - فقال: "يَا رَسُولَ اللهِ، مَنْ أَحَقُّ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟" قَالَ: «أُمُّكَ». قَالَ: "ثُمَّ مَنْ؟" قَالَ: «أُمُّكَ». قَالَ: "ثُمَّ مَنْ؟". قَالَ: «أُمُّكَ». قَالَ: "ثُمَّ مَنْ؟" قَالَ: «ثُمَّ أَبُوكَ »... (رواه البخاري Maksudnya: "... Dari Abu Hurairah - Radhiallah 'Anhu - katanya: "Ada seorang lelaki telah berjumpa Rasulullah Sallallah 'Alaihi Wasallam, lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah yang lebih berhak untuk saya berb...

Yasir, Chatbox, al-Amin!

Imej
Assalamu'alaikum Warahmatullah... Yasir suruh saya sebut namanya di blog ini, 2-3 minggu dahulu. Maka saya gunakan kesempatan ini untuk taip nama dia besar-besar. Ha 3x. :D Y-A-S-I-R Siapakah dia? Guru PSI, PQS, dan Tilawah di Sekolah Menengah al-Amin, Gombak. :P Dia suruh saya letak "chatbox" pada blog ini. Em... Malas sebenarnya. Saya bukan penulis blog tegar. Purata sebulan hanya dua entri yang diterbitkan. Tapi, sekadar meraikan rakan. OK juga. Maka, kepada sesiapa yang suka bersembang di alam maya, sila gunakan "chatbox" pada "Ruang Untuk Bersembang Bohong" di sebelah. Ha 1000x. :D Ini peta dunia. Pembaca blog saya ramai yang menggunakan domain dari Malaysia. Tetapi tidaklah ramai macam penulis blog yang lain. Hanya 160 lebih pengunjung sahaja. Tak sangka pula ada dari Taiwan, Jepun, Arab Saudi, hingga ke Amerika yang membaca blog ini. Terima kasih daun keladi. Buat susah-susah saja kalian membacanya. Perlukah saya menaip dalam bahasa selain bahas...

Kalaulah Kampus Kuantan di Tanjung Lumpur...

Imej
Assalamu'alaikum Warahmatullah... Dari tajuk di atas, saya merujuk kepada UIAM Kampus Kuantan. Ini kerana gara-gara kata-kata Zahir , "Kalau mai Kuantan, tak singgah Tanjung Lumpur, tak sah percutian hang". Ha 3x. :P Dari 4/4 yang lalu sehingga 3/5 ini, saya berjalan-jalan. :D 4/4 - Hulu Slim, Slim River, Perak Rezeki Subuh. En. Zulkifli "Choi" dari IIUM Security mengajak saya makan durian di kampungnya, Sungai Dara dekat Hulu Slim. Kami bertolak jam 7.30 pagi. Singgah sebentar di kedai Mamak, sarapan pagi. Pendekkan cerita, kami (saya sebenarnya) makan dua biji durian, lalu membeli 3 biji durian dengan harga RM10. ( Nice !). Sebiji saya berikan kepada Saifullah (yang baru bernikah 30/4 yang lalu), sebiji lagi saya berikan kepada jaguh durian dari Medan, Ikbar Pratama (saya panggil Iqbal, lebih senang untuk disebut), dan sebiji lagi kepada Kak Shaz . Sebab duriannya sedap, ingat nak mencari lagilah. Kami pergi sekali lagi pada hari Sabtu, dia pula jual dua bij...

Selamat Pengantin Baru... ♪

Assalamu'alaikum Warahmatullah... 1. Selamat pengantin baru kepada Ustaz Muhammad Saifullah Hussin dengan pasangannya Hafiza. Orang Terengganu bertemu orang Padang Sanai wo... Mereka (akan) diijabkabulkan pada 30 April 2011. Akhirnya penantian Saifullah berakhir. :D 2. Cuti sekolah akan tiba tidak lama lagi. Seluruh Malaysia akan berkenduri kahwin... Rasanya kawan-kawan saya yang sudah berkahwin mesti sedang menantikan kehadiran ahli keluarga baru (mungkin yang kedua atau ketiga...) :P 3. Lagu kahwin... Zaman saya sekolah rendah dulu (1991-1996), lagu kahwin yang "wajib" dimainkan sewaktu kenduri mesti lagu nyanyian Wan dan lain-lain dengan genre Pop Yeh Yeh. Lagu-lagu mereka akan diputarkan atau dinyanyikan semula oleh "penyanyi jemputan" (sumbang atau tidak, nasiblah...). Senario ini terus berlaku hingga lewat 90-an. Namun, apabila genre nasyid berjaya "menyerang" pasaran musik komersial, trend lagu kahwin Pop Yeh Yeh tiba-tiba lenyap. (Fenomena bar...

Moral - Sekolah vs. Media

Assalamu'alaikum Warahmatullah... Hari ini, saya ingin menaip ringkas. Di sekolah, cikgu-cikgu mengajar pendidikan moral. Mereka kata menonton video lucah adalah salah kerana ia membawa kepada kerosakan moral. Di media (hari ini), wartawan-wartawan melaporkan perkembangan isu video lucah yang katanya ahli politik. Mereka menyiarkan klip-klip video tersebut melalui semua media penyiaran (cetak, elektronik dan digital). Kanak-kanak mesti keliru, siapa yang betul: cikgu sekolah atau wartawan media? Kalau cikgu sekolah betul, kenapa media siarkan klip video lucah. Kalau wartawan media betul, kenapa cikgu kata menonton video lucah salah. Dunia tanpa sempadan sudah mengarut. Rakyat Malaysia menjadi semakin miang. Soalan kanak-kanak/remaja seperti "pernah tengok video pornografi tak?" rasanya tidak ditanya oleh golongan ini kerana media tayangkan melalui laporan berita... Nota: Akan datang, Kementerian Penerangan mesti membuat kategori baru untuk semua rancangan di televisyen. S...

Bencana Alam - Ujian, Amaran, Fenomena Semula Jadi

Assalamu'alaikum Warahmatullah... Hampir dua minggu lepas, Jepun dilanda siri gempa bumi dan tsunami berterusan. Pelbagai pihak menzahirkan simpati masing-masing dengan menghulurkan bantuan kewangan, khidmat masyarakat dan sokongan moral melalui pelbagai media dan saluran. Ada yang melancarkan kutipan derma, ada yang menzahirkan sokongan moral melalui laman-laman sosial dan "video log", dan sebagainya. Sebagai contoh, pengendali permainan dalam talian (online games), Zynga.org telah melancarkan pelbagai kempen mengutip derma melalui permainan online mereka seperti Farmville, Cityville, Treasure Isle dan sebagainya. Dengan menggunakan konsep "win-win situation", pelbagai item hebat ditawarkan melalui pembelian dalam talian (dengan ayat lain, pemain mengeluarkan sejumlah wang sendiri untuk membeli item tersebut). Seterusnya, hasil jualan tersebut dimasukkan terus tabung derma Zynga.org 100% tanpa mengambil sebarang untung. Terdapat juga sekumpulan peminat genre ...

Padatkah?

Assalamu'alaikum Warahmatullah... 18/3 ----- 0630 - 0900: Siaran Langsung MHI dari Masjid UIAM Gombak 1130 - 1200: Discussion - Research Proposal (Kulliyyah's Post Graduate Committees) 1400 - 2330: Management and Leadership Skills Workshop (Muntada) 19/3 ----- 0400 - 2230: Management and Leadership Skills Workshop (Muntada) Aduh... Demam baru saja sudah pulih. Saya mahu mengelak dari menghadiri program Muntada... T_T Harap-harapnya perbincangan dengan prof-prof tentang proposal kali ini berjalan lancar (setelah ditangguhkan tanpa notis 25/2 yang lalu). Moga-moga hasil perbincangan ini menambah semangat saya untuk menyiapkan thesis saya. Amin! MHI? Em... Info awal yang saya peroleh adalah krew MHI membuat liputan berkenaan aktiviti (ko-kurikulum) di institut pengajian tinggi di Malaysia. Kali ini, UIAM terpilih. Saya (asalnya bukan jurulatih "Leadership & Management") perlu menjayakan aktiviti permainan untuk skill kepimpinan... Rasa segan... EDIT: ------ Sebab ken...

Mencuri Masa... :p

Assalamu'alaikum Warahmatullah... Seperti tajuk di atas, saya mencuri masa untuk menaip b(e)log. (Rasanya blog ditulis sebagai blog dalam bahasa Melayu, bukan belog). :D 22/2 adalah tarikh yang sedikit luar biasa kerana pelajar-pelajar prasiswazah mesti ke mana-mana makmal komputer UIAM untuk mengundi. Sejak hari Penamaan Calon lagi, bilangan pelajar yang "menawarkan diri" sebagai calon SRC sedikit - ramai juga yang menang tanpa bertanding. Tahniah. ^.^ (Maaflah, warga UIAM tak sebut MPP). :p Saya memang sudah agak yang pelajar tak ramai yang mengundi. Sudahlah calon ramai menang tanpa bertanding, siapa pula yang pelajar nak tekan kotak undi pakai tetikus? (Contoh dari Kulliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar a.k.a. KAED, calon menang tanpa bertanding, kerusi kampus pun sama, jadi tak payah mengundilah kot). Pendek kata, ramai pelajar tidak peka dengan prosedur pilihan raya. (Mungkin ada juga yang tak tahu tarikh mengundi walaupun sudah nampak iklan calon merata k...