Selamat Hari Cikgu ♪ (Nyanyi ikut rentak Ketua Kelas dalam Cerita Upin, Ipin & Kawan-kawan)

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

16/5. Hari Guru seluruh Malaysia. Jazakumullah Khauran Kathiran guru-guru sekalian, kerana mendidik masyarakat tanpa jemu. Teruskanlah usaha memupuk anak-anak muda dengan cinta, takwa, sabar, ikhlas, syukur, tawakal dan kembali berserah kepada Allah S.W.T.

Usah risau dengan apa kerjaya anak-anak muda itu akan datang, tapi risaulah dengan Adab dan Akhlak apakah anak muda itu akan datang?

Usah risau jika anak-anak muda itu ke menara gading, taman ilmu atau tembok besi, tapi risaulah dengan ilmu, adab, kemahiran, dan akhlak yang dipupuk sejak umur anak-anak muda ini 6 tahun - adakah mereka terus amalkan atau mereka terus abaikan?

Jangan katakan pada anak-anak muda ini, "wap air di bumi tersejat ke awan lalu turun sebagai hujan". Tapi katakanlah pada mereka, "Allah S.W.T. telah menciptakan hujan dengan menurunkannya ke bumi melalui awan dan hujan ini akan kembali ke langit sepertimana Allah ciptakan roh untuk pergi kepada jasad dan kemudian roh itu akan pulang kembali kepada-Nya"...

--------------------------

Em... Kanak-kanak zaman sekarang diwajibkan untuk mengikuti pendidikan pra-sekolah. Saya tidak pernah mendapat pendidikan pra-sekolah secara formal. Teringat sekejap bila salah seorang guru tanya di mana sekolah tadika saya? Saya jawab dengan segan-segan, "Kat rumah, Cikgu". :D

Saya yakin, walaupun cikgu-cikgu saya sejak zaman sekolah rendah lagi memupuk akhlak dan adab dalam diri anak-anak muridnya walaupun mata pelajarannya Matematik, Bahasa Melayu, Kemahiran Manipulatif (dulu nama glamor mata pelajaran ini: "Kemahiran Menipu En. Latif". He 3x.), dan sebagainya.

Tapi sayangnya, saya tidak mengingati wajah-wajah mereka lagi. Hanya ingat panggilan sahaja, bukan nama penuh mereka... T_T

--------------------------

Bulan ini (mungkin) bulan terakhir saya menjadi Pembantu Penyelidik Siswazah untuk Pusat Aktiviti Ko-kurikular. Sebabnya? Em... Timbalan Pengarah ingin membantu "mereka yang memerlukan duit". Maka saya diberhentikan untuk menyokong "mereka yang memerlukan duit". T_T

Rezeki di tangan Allah. Kalau ada pepatah Melayu, "Patah tumbuh, hilang berganti", Insya-Allah, ada hikmahnya.

--------------------------

Saya dihubungi oleh Y. "Ah Peng. Maaf mengganggu. Engkau free tak? Macam ni. Aku nak minta engkau temankan aku ke <censored> PJ. Ada masalah sikit. Nanti aku cerita"...

Macam mana nak bunyikan "censored" ya? Mungkin sebut "Tuuuut" saja ok? He 3x. Kalaulah blog ini boleh letak "special effects"... Ada musibah berlaku kepada kawan saya dan Y. Kami sudah berjanji untuk simpan dahulu apa yang berlaku. Jadi, saya senyap.

Tapi, bila saya bayangkan kalaulah ia terjadi kepada saya? Aduh... Sedih. Kecewa. Tertekan. Saya bersyukur kepada Allah kerana tidak mentakdirkan saya dengan ujian sebegitu terhadap saya. Harapnya dia bersabar...

Pendek kata, tak perlu sangka hanya kita sahaja yang ditimpa musibah kerana ada lagi orang lain yang terkena musibah yang lebih dahsyat...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

理論

私わ星野源のウィキペディアにグーグルで[逃げるは恥だが役に立つ]か見てしまう

アップデット