Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel elaun

Adab & Akhlak

Assalamu'alaikum Warahmatullah... Saya cuma mahu beritahu yang saya dihadiahkan CD percuma dari Masriezan . Senior di SMKA Ma'ahad Hamidiah. CD album Varianz berjudul Dunia Baru. "Boy-band" ini membawa muzik nasyid moden. Saya akan mendengar lagu-lagu mereka nanti. :D (Hajat di hati mahu tamatkan tulisan di sini. Tapi ini bukan "Twitter". Aduhai...) Pernah dengar ayat bahasa Melayu sebegini? "Harap saja bertudung labuh. Tapi mengumpat mengalahkan murai!". "Walaupun I berpakaian seksi, tapi hati I bersih, nyah!". "Lain kali, kalau nak ungkit pasal orang, tunggu orang tu ungkit dulu". "Engkau tinggalkan saja baju tu kat situ. Nanti adalah kuli membasuhnya". Mungkin biasa. Sebab masyarakat Malaysia lebih suka mengutuk berbanding menasihati. Saya kadang-kadang terfikir, siapa yang bersalah? Individu itu sendiri atau masyarakat sekelilingnya? Ada rakan bercerita guru sekarang tak semuanya prihatin akan akhlak anak muridnya....