Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2021

لطف سڠ ڤڠمبارا ميمڤي #4

Pada suatu masa dahulu, seorang kerabat diraja dilucutkan jawatannya kerana didapati bersalah membunuh selepas destarnya terjatuh terkena bola takraw. Namun, menjadi suatu keganjilan apabila orang yang dibuang negeri boleh membawa lebih seratus pengikut termasuk beberapa pemimpin bersama, lalu membina institusi diraja yang baharu. Beberapa abad kemudian, seorang lelaki yang pastinya orang awam tiba-tiba 'terkembara' ke zaman silam sewaktu sedang tidur. Terjaga dan mendapati dirinya 'terperangkap' pada badan kerabat diraja itu. Tidak pasti pengembaraan ini suatu realiti atau fantasi, tetapi itulah apa yang lelaki bernama Lutfi alami.  'Jika benar aku berada pada zaman silam, aku mahu cuba mengubah sejarah', fikir Lutfi sendirian.  Lutfi hanya mahu cerita anak Bendahara yang meninggal dunia kerana tersepak destar Raja Muda Muhammad terkeluar dari lipatan sejarah. Lutfi, sebagai Tengku Muhammad, telah menghadap Sultan Melaka dan memberi cadangan supaya dia dinobat

لطف سڠ ڤڠمبارا ميمڤي #3

Sambil mengunyah lepat, Lutfi termenung. Dia sangkakan dia sedang bermimpi. Namun, kira-kira sudah seminggu Lutfi 'bermimpi'...  Dunianya kini tiada televisyen, radio dan telefon pintar. Dunianya kini tiada bangunan tinggi berbatu-batu. Dunianya kini tiada kereta atau motosikal berenjin. Seolah-olah suasana kampung, namun kelihatan lebih mewah berbanding kampung yang Lutfi ketahui.  Lutfi kehairanan. Sambil makan, Lutfi mengimbau memorinya. Apabila Lutfi melihat cermin, wajahnya sendiri tidak dia ketahui. Lutfi kini berkulit gelap berbanding sebelumnya. Tidak lagi kelihatan seperti seorang berbangsa Cina. Badannya pula tidak kekar seperti sebelumnya. 'Agaknya ini sebab aku dipanggil Raja Muda Muhammad...' fikir Lutfi sambil mengunyah lepat lagi.  "Kanda, masih meragui dinda? Atau kanda keliru akan perkahwinan kita? Sumpah. Baru sebulan kita disatukan. Dinda masih ingat susah payah kanda menyunting dinda di Kelantan..." Kedengaran suara seorang wanita berbisik

لطف سڠ ڤڠمبارا ميمڤي #2

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa di perkarangan SAM Tali Air, sebuah sekolah menengah agama baru di daerah Kuala Langat. Baru beroperasi. Hanya ada lapan puluh pelajar tingkatan satu di situ. Disebabkan baru, banyak bilik darjah kosong di sekolah itu.  Kerajaan negeri menempatkan dua puluh pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia di SAM Tali Air, bagi menyelesaikan isu kekurangan bilik darjah di sekolah berhampiran. Lutfi di antara dua puluh pelajar berkenaan.  Kehadiran pelajar senior segera ini mengembirakan guru-guru SAM Tali Air. Sepuluh dari mereka segera dilantik sebagai pengawas dan pustakawan. Tetapi Lutfi bukan di kalangan yang dilantik. Lutfi dikenali sebagai seorang yang menghormati guru, tetapi suka bertumbuk dan bertinju. Minggu pertama Lutfi di sekolah itu pun sudah ada pelajar yang ditumbuknya.  Nama Lutfi sering menitip di bibir-bibir guru SAM Tali Air, kerana 'kemahiran tinjunya'. Mutakhir, Lutfi membelasah lima pelajar perempuan tingkatan satu di belakang sekol

لطف سڠ ڤڠمبارا ميمڤي #1

2.30 petang.  Di Kompleks Hal Ehwal Pelajar, SAM Tali Air, ada seorang pelajar lelaki. Dia berdiri menghadap seorang guru.  "Selagi kamu tak buka mulut, sebab apa kamu memukul pelajar-pelajar perempuan tu, selagi itu cikgu tak akan lepaskan kamu!", herdik guru itu.  Kedengaran bunyi pintu diketuk.  "Assalamualaikum, cikgu. Lama lagikah?". Lelaki yang mengetuk pintu bilik guru itu menyapa.  "Ya, Ustaz Luqman..." sahut guru itu. Sambil meninggalkan pelajar lelaki yg sedang disiasat tadi, guru itu menyambut lelaki yang digelarkan Ustaz Luqman tadi.  Bisikan demi bisikan, ibarat desiran angin yang bertiup melalui corong kulit siput di pantai, didengari pelajar lelaki itu. Namun, tidaklah sejelas mana. Hanya bunyi huruf S yang kedengaran.  "Lutfi. Balik", arah guru tadi.  "Terima kasih, cikgu", akur pelajar lelaki yang tadi berdiri menghadap guru itu.  Tangan dihulur. Pelajar lelaki itu namanya Lutfi. Menghulur tangan sebagai tanda memohon m