Pengumuman
Assalamua'aikum Warahmatullah... إنا لله وإنا إليه راجعون. اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه Takziah kepada Mohd Ikhmal dan keluarganya atas kembalinya abangnya, Mohd Ikhwan (gambar) ke Rahmatullah pada hari ini. Ikhwan adalah seorang graduan UIAM dari Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan. Selalu dengan saya bila ada kursus Nuqaba' anjuran Pusat Aktiviti Ko-kurikular (CCAC), UIAM. Orangnya memang baik. Yang istimewanya, dia adalah pendengar paling "best". Memang banyak cerita yang kita orang pernah kongsikan. Tetapi saya tak mahu kongsikan semuanya di sini. (Maaf ^.^) Dia pernah bercerita tentang seorang pelajar sekolah menengah yang ibu bapanya bercerai. Kemudian dia menyertai program yang menekankan isu berbakti kepada ibu bapa. Memang bagus program itu, cuma penceramah terlalu mengkhususkan ceramahnya kepada pelajar yang ibu bapanya masih bersuami-isteri. Jadi pelajar ini terasa yang dia tidak boleh menerima apa yang disampaikan penceramah itu. Maka dilua...