Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sha'ban

(Saya Tiada Tajuk Sesuai Untuk Mentajukkan Entri Ini) ^.^

Assalamu'alaikum Warahmatullah... Bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi. (Yei!). Trend masyarakat Malaysia - bersiap sedia untuk menyambut puasa dan raya. Persediaan raya, em... Masyarakat Malaysia akan bersiap sedia untuk menempah pakaian raya dan mungkin juga perabot dan kuih raya. :D Persediaan puasa? Etto... Apa ya? Latihan puasa... Kot. Antara latihan puasa yang "biasa" dilakukan oleh masyarakat... Puasa tiga bulan berturut-turut. Itu antara latihan yang paling mantap pernah saya dengar. Saya tak pernah berpuasa tiga bulan berturut-turut. (Betul, bukan bohong). Jadi elok kita bersangka baik dahulu - mungkin untuk kafarah 2 bulan (Rejab & Sha'ban) campur 1 bulan wajib (Ramadhan). He 3x. :P Ada satu Hadith - saya lupa matannya dan riwayatnya - yang membawa maksud bahawa Rasulullah Sallallah 'Alaihi Wasallam hanya berpuasa penuh pada bulan Ramadhan dan memperbanyakkan puasa pada bulan Sha'ban. Maksudnya di sini, baginda (S.A.W.) memperbanyakkan puasa