(Saya Tiada Tajuk Sesuai Untuk Mentajukkan Entri Ini) ^.^
Assalamu'alaikum Warahmatullah...
Bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi. (Yei!). Trend masyarakat Malaysia - bersiap sedia untuk menyambut puasa dan raya. Persediaan raya, em... Masyarakat Malaysia akan bersiap sedia untuk menempah pakaian raya dan mungkin juga perabot dan kuih raya. :D
Persediaan puasa? Etto... Apa ya? Latihan puasa... Kot.
Antara latihan puasa yang "biasa" dilakukan oleh masyarakat... Puasa tiga bulan berturut-turut. Itu antara latihan yang paling mantap pernah saya dengar. Saya tak pernah berpuasa tiga bulan berturut-turut. (Betul, bukan bohong). Jadi elok kita bersangka baik dahulu - mungkin untuk kafarah 2 bulan (Rejab & Sha'ban) campur 1 bulan wajib (Ramadhan). He 3x. :P
Ada satu Hadith - saya lupa matannya dan riwayatnya - yang membawa maksud bahawa Rasulullah Sallallah 'Alaihi Wasallam hanya berpuasa penuh pada bulan Ramadhan dan memperbanyakkan puasa pada bulan Sha'ban.
Maksudnya di sini, baginda (S.A.W.) memperbanyakkan puasa sunnah pada bulan Sha'ban dan tidak berpuasa penuh pada bulan tersebut. Atau dengan kata lain, bulan Sha'ban adalah sesuai untuk latihan puasa. Maka eloklah kalau ada siapa-siapa yang mahu melatih kanak-kanak berpuasa dengan galakkan mereka berpuasa pada hari-hari sunnah berpuasa dalam bulan Sha'ban. (Ibu dan anak sama-sama berpuasa, jangan suruh saja). :D
Semalam, selepas selesai sesi praktikal untuk kelas Fardhu 'Ayn di CFS (UIAM PJ), saya berbual sebentar dengan Naqib Muaz. Itulah antara isu yang kami bualkan. Apa rasanya kalau amalan yang kita sangka berlandaskan sunnah rupa-rupanya rekaan atau bida'ah? Persoalan yang sengaja saya ajukan kepadanya. He 3x. :)
Apa rasanya kalau orang tanya kita tentang puasa, kita cerita tentang raya, jalan-jalan ke rumah sanak saudara, dan lain-lain lagi sehingga soalan tadi tidak terjawab? Kecuali kalau tukang tanya itu jenis suka menguji ilmu, saya akan beri jawapan pendek.
Ada cara lain untuk beritahu jawapan? Sila beritahu saya... ^.^

ape soalan ko sebenarnye?
BalasPadamTak faham ke? Em... Apakah cara lain untuk memberi jawapan kepada soalan? Perlu berpuitis? Pantun?
BalasPadam