لطف سڠ ڤڠمبارا ميمڤي #5
"Lutfi ingatkan yang Lutfi selit kad Pengembara Mimpi dalam buku hikayat tentang beta?" Soal lelaki misteri yng menyapa Lutfi.
Lutfi teringat. Memang benar kata lelaki ini. Kali terakhir Lutfi di 'dunia nyatanya', Lutfi membaca petikan sejarah yang dia ambil dari Wikipedia, tentang zaman Kesultanan Melayu Melaka. Terutamanya berkenaan Raja Muhammad yang dibuang daerah kemudian menjadi Sultan Pahang.
"Kad Pengembara Mimpi yang Lutfi pegang dan selit di celah cetakan hikayat beta, ibarat jambatan antara apa yang Lutfi baca dan apa yang Lutfi lalui. Ia adalah cara visualisasi bacaan ke fikiran. Dengan kad ini, Lutfi berpeluang untuk menyelami teks yang Lutfi baca. Dan dalam isu bacaan Lutfi, iaitu tentang kisah beta, Lutfi berpeluang untuk berinteraksi dengan karakter yang disebut serta melihat sendiri kisah beta". Ujar lelaki misteri itu.
Lutfi hanya berdiam diri.
"Kedaulatan negara terjamin tidak semestinya disebabkan menang peperangan atau peralihan kuasa. Kadang-kadang, hanya dari perbincangan dan nasihat seseorang, mengakibatkan perubahan besar. Lutfi sendiri sudah membaca berita tentang pembelian wilayah negara jiran oleh Kerajaan Persekutuan. Itu juga antara contoh jaminan yang dibayar untuk kekalkan kestabilan dua-dua negara". Terang lelaki misteri itu.
Lutfi bertanya, "benarkah engkau Raja Muda Muhammad?"
"Semestinya tidak. Orang yang sudah meninggal dunia, tidak akan kembali hidup. Beta hanya entiti yang mengambil persona Raja Muda Muhammad. Sebab itu beta katakan yang beta tetap meninggal dunia pada tarikh yang sama". Terang lelaki misteri itu.
"Jadi, engkau siapa?" Tanya Lutfi.
"Beta adalah entiti yang berada di dalam kad Pengembaraan Mimpi yang Lutfi aktifkan. Sekarang beta menggunakan persona Raja Muda Muhammad. Esok lusa, bila Lutfi aktifkan sekali lagi kad Pengembara Mimpi, beta akan mengambil persona karektor lain. Semuanya bergantung apabila Lutfi ajukan soalan kepada beta".
"Oh..." Lutfi kekaguman.
"Baik, Lutfi. Ada persoalan lain?" Tanya lelaki misteri itu.
"Tiada". Jawab Lutfi.
"Bersedia untuk 'save'? Lutfi tidak boleh ubah lagi selepas ini". Soal lelaki misteri itu.
"Ya..." Jawab Lutfi.
"Baiklah. Jumpa lagi lain kali".
*****
Lutfi terjaga.
Terus Lutfi bangkit dari katilnya dan mencapai telefon.
"Oh. Pukul 5 pagi... Aku tidur dan bermimpi rupanya".
Lutfi lega. Sekelilingnya bukan lagi dunia yang asing bagi Lutfi. Sekelilingnya tempat yang Lutfi biasa lihat.
Kad Pengembara Mimpi dan buku yang Lutfi baca sebelum tidurnya masih berada di atas meja.
Kemudian Lutfi terlihat satu mesej memasuki telefonnya.
'Assalamu'alaikum abang Lutfi. Nanti bolehlah join geng kami'.
Itulah mesej yang Lutfi terima. Ditekannya gambar profil penghantar mesej itu.
'Serabutlah makhluk ini. Stalk aku...'
Lutfi mengabaikan mesej itu, pada mulanya.
Masuk mesej yang baru.
'Abang Lutfi, blue tick sajakah?'
Ulasan
Catat Ulasan