Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel coklat

Pembudayaan Valentine di Malaysia.... Eh?

Assalamua'alaikum Warahmatullah... (Setelah mendapat mesej dinding dari adik saya, saya dapati blog ini tidak dikemaskinikan lebih sebulan. Jadi saya mencuri masa saya untuk mengemaskinikan blog - harapnya dapat taip seringkas yang boleh). Setiap hujung bulan Januari (biasanya seawal 20/1) hingga hujung Februari (sama ada 28/2 atau 29/2, tahun lompat), semua orang - barangkali - akan diperingatkan dengan salah satu antara cerita-cerita (lebih kurang) berikut kisahnya. Cerita A: "Valentine adalah seorang paderi yang berusaha untuk memperbaharui fikiran jemaah gereja yang melarang ahlinya bercinta atau berkahwin supaya dapat mengabdikan diri 100% kepada tuhan. Diringkaskan cerita, dia didapati bersalah kerana menjalinkan hubungan dengan seorang wanita, maka dia dihukum bunuh. Sebagai tanda memperingati kisah cintanya, hari kematiannya dijadikan ulang tahun Hari Kekasih untuk menghargai usaha kekasih mempertahankan kasihnya kepada pasangannya..." Cerita B: "Valentine a...