Catatan

私わ星野源のウィキペディアにグーグルで[逃げるは恥だが役に立つ]か見てしまう

السلام عليكم Pada suatu hari, saya bercadang untuk menyemak kertas kerja saya. Atas alasan untuk hilangkan mengantuk, saya buka Youtube. Nampaknya Youtube mencadangkan kepada saya untuk melihat klip video 'Toki yo' nyanyian En. Hoshino Gen. Selain terfikir tentang stesen keretapi mana yang dia buat video itu dan mengapa 'pembantunya' bertopeng, saya membuat carian dari Wikipedia tentang En. Hoshino. Ringkas saja. Tapi nampaknya mata saya tertarik untuk meneruskan bacaan saya tentang drama lakonannya... Dan akhirnya membuat maraton menonton drama Jepun, 'We married as a Job'. 😅 Elok saya buatkan sinopsis drama ini:  'Moriyama Mikuru, wanita berkelulusan sarjana dari sebuah universiti dalam bidang Psikologi Klinikal, berusaha mencari kerja tetap. Akhirnya Mikuru membuat kerja sambilan sebagai seorang pembantu rumah kepada Tsuzaki Hiramasa, seorang bujang yang beza umur mereka 10 tahun. Mikuru hanya datang ke rumah Hiramasa pada hari Jum

Imej
"Minggu depan, insya-Allah, hari Raya Korban. Kita jumpa abu walid di kampung", kata si ayah " Abu walid ...", ajuk si bayi. "Kita jumpa siti di kampung", sambung si ayah lagi. " idi ", ajuk si bayi. "Hari ni 3 Ogos 2019. Sekarang jam 10.30 pagi. Kita tunggu umi dulu. Lepas ni kita jumpa nenek dulu... Walid kena telefon abu walid dulu... Tunggu umi siap kelas dululah". Tak ada sesiapa yang tahu sebenarnya abu walid sudah mula berjalan ke negeri kekal abadi... Alam barzakh.. Pada tarikh dan waktu itu... Sudah janji dia dengan Allah sebenarnya...

第一

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته ------------------------------- “Eririn. Pernah dengar lagu ni? Lagu ni bergenre pop campur dengan unsur-unsur lain. Ini gambar penyanyi-penyanyinya”. Min menawar.  “Belum”.  (Katalah dua digimon ini mendengar lagu yang dimaksudkan menggunakan Discman).  “Awak. Ada data tentang bahasa Arab tak?” “Kenapa dengan bahasa manusia itu, bah?” Eririn kehairanan. “Saya mahu awak tuliskan lirik bahasa Arab itu”. Pinta Min.  “Wah... Sebentar, ya”. Jawab Eririn sambil buat muka begini: ^_^  اللهُ يَا حَفِيظُ نَفْسِي وَرُوحِي، بِسْمِ اللهِ، جِبْرَائِيلُ فِي يَمِينِي، بِسْمِ اللهِ، مِيكَائِيلُ فِي شِمَالِي، بِسْمِ اللهِ، إِسْرَافِيلُ فِي أَمَامِي، بِسْمِ اللهِ، عِزْرَائِيلُ... “Eririn. Cantik awak susun ayat. Tapi kenapa bah? Ndak sama dengan sebutan penyanyinya”.  “Saya ndak suka. Mengelirukan”.  Eririn mulakan penerangannya. “Min, dalam bahasa Arab, ada istilah  ṣifah dan mawṣūf . Secara umumnya, kita ber

えりりんとみんはデジモンである。

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته ------------------------------- Dalam tahun 19**, ketika s marphones hanyalah " Personal Access Display Device " yang hanya wujud di dalam televisyen, cerita-cerita animasi di televisyen hanya dalam dua dimensi (2D). Jika ada cerita tiga dimensi, hanya bongkah-bongkah lego bergerak kelihatan. Orang Malaysia ketika itu, bila melihat cerita itu, walau dari negara mana sekali pun, disebutnya "kartun".  Belum sempat DBP keluarkan perkataan baru, tidak disangka, kartun sudah bergenre... --------------------------------------------- "Eririn. Saya ada koleksi DVD cerita kartun "Kiba". Menarik tahu. Awak nak tonton dengan saya?". Tanya Min.  "Kiba? Cerita apa itu?".  "Kartun Jepun. Cerita orang baling-baling guli. Lepas dia baling, ada jin keluar dari guli itu. Jin itu lawan bagi pihak orang itu".  Dengan rasa kecewa, Eririn menerangkan kepada Min.  "Awak. Itu orang panggi

殭屍

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته ------------------------------- Ada dua orang kawan karib. Katalah Amri dan Bakri.  Amri selalu jadi bilal kat surau taman perumahannya. Bakri selalu ajak Amri makan di tepi gerai dekat simpang masuk ke taman perumahannya.  Amri suka tanam pokok sebab nak makan buahnya. Bakri suka tanam pokok sebab nak beri rumahnya redup.  Suatu hari, Amri dan Bakri dengar ceramah agama di surau taman perumahan mereka. (Alang-alang, kita beri juga nama manja. Hehe). Ceramah disampaikan oleh Ust. DBGT. "Aku rasa Ust. DBGT ni dah baca hadis ni. Tapi huraiannya lain pula". Kata Bakri.  "Celah mana?". Tanya Amri.  "Bulan lepas, masa dia cakap pasal hadis ni, dia cakap lain. Sekarang macam dah berlawanan je".  "Cuba engkau tanya dia semula kejap lagi".  --------------------------------------------- Soalan Bakri kepada Ust. DBGT: "Ust. Jika semua amalan anak Adam terputus sebab mati, 'kan ada 3 p

考え

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته ------------------------------- "Berjuang menentang kegelapan dari belakang tabir, Pahlawan Shinobi Ninginger!".  (Bunyi letupan. 3 orang berpakaian warna merah, biru, dan kuning dengan gaya masing-masing. Bertopi keledar tema haiwan. Baju ala-ala ninja Jepun, sambil pegang pisau kecil kunai ). Bilik mesyuarat bergema dengan tepukan.  "Encik Saburo. Jika menjadilah, ini kali ketiga kita akan siarkan siri pahlawan super bertema ninja. Saya terfikir, peminat akan sokongkah? Yang ketuanya perempuan. Tema haiwannya khinzir, anjing dan kuda. Kuda mungkin tiada masalah...". Luah Encik Bandai.  "Jangan risau. Yang penting kanak-kanak suka. Habis saja tayangan tahun ini, Encik Saban akan buat remake . Mereka pastilah beritahu kanak-kanak tempat mereka, "ini tenuk, ini serigala". Nanti, ramai-ramai akan ikut jejak mereka. Peminat pun sangka mereka pemilik asal cerita tu. Tak apalah. Mereka mesti bayar royalti kepad