Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

ラーヤー快乐!

" Dami seorang "pemburu" harta karun. Dia sudah bosan dengan kehidupannya. Maka dia teringin mencuba sesuatu yang terlarang.  Apakah yang terlarang itu? Berbekalkan arahan satu persatu dari Pak Hitam yang baru seminggu dikenalinya, Dami mendapat khabar, ada ibu keguguran kandungan tiga bulan. Dicarinya kandungan itu untuk dia lakukan "latihan amali". Kandungan itu dikeringkan sehingga betul-betul kering. Pak Hitam menyuruh Dami sediakan balang berisi cuka. Kandungan itu diletakkan di dalam balang itu. Kemudian, Dami diajar bacaan mantera tertentu. Pak Hitam mengarahkan Dami membaca mantera itu.  Disebabkan bosan kerana membaca bacaan yang sama setiap malam lebih sebulan, maka Dami bersuara.  "Pak Hitam, sudah lebih sebulan. Bosanlah saya. Asyik baca yang sama saja..." "Sabar Dami, tidak lama lagi engkau akan melihat hasilnya. Dengan izin syaitan..." "Dengan izin syaitan? Eh, Pak Hitam, apa yang Pak Hitam cak