Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2020

私わ星野源のウィキペディアにグーグルで[逃げるは恥だが役に立つ]か見てしまう

السلام عليكم Pada suatu hari, saya bercadang untuk menyemak kertas kerja saya. Atas alasan untuk hilangkan mengantuk, saya buka Youtube. Nampaknya Youtube mencadangkan kepada saya untuk melihat klip video 'Toki yo' nyanyian En. Hoshino Gen. Selain terfikir tentang stesen keretapi mana yang dia buat video itu dan mengapa 'pembantunya' bertopeng, saya membuat carian dari Wikipedia tentang En. Hoshino. Ringkas saja. Tapi nampaknya mata saya tertarik untuk meneruskan bacaan saya tentang drama lakonannya... Dan akhirnya membuat maraton menonton drama Jepun, 'We married as a Job'. 😅 Elok saya buatkan sinopsis drama ini:  'Moriyama Mikuru, wanita berkelulusan sarjana dari sebuah universiti dalam bidang Psikologi Klinikal, berusaha mencari kerja tetap. Akhirnya Mikuru membuat kerja sambilan sebagai seorang pembantu rumah kepada Tsuzaki Hiramasa, seorang bujang yang beza umur mereka 10 tahun. Mikuru hanya datang ke rumah Hiramasa pada hari Jum