Kenangan...
Assalamualaikum... قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلَاثَةٍ عَنْ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ وَعَنْ الصَّبِيِّ حَتَّى يَحْتَلِمَ وَعَنْ الْمَجْنُونِ حَتَّى يَعْقِلَ Terjemahan: Pena diangkat dari tiga (sebab): dari si tidur sampai dia sedar, dari si kanak-kanak sampai dia matang/baligh, dari si gila sampai dia berakal) Hadith ini disalin dari Sunan Abi Daud. Berdasarkan perisian carian "Maktabah Shamilah", Hadith ini boleh dijumpai pada lebih dari 10 genre pengrekodan Hadith. Antaranya: Sunan Abi Daud, Jami' at-Tirmizi, Sunan an-Nasaaie, Sunan Ibnu Majah, Musnad Ahmad, Musannaf Ibnu Abi Shaybah, dan lain-lain. (Dalam pengajian Hadith, ulama' telah merekodkan Hadith dengan cara yang berbeza-beza. Penyelidik bidang Hadith masa kini telah membuat kesimpulan bahawa ia adalah metodologi para Muhadith (ulama' Hadith) dan harus diklasifikasikan sebagai genre yang berbeza-beza. Maksudnya, kitab Hadith, seperti Sunan, adalah salah satu gen...