Kenangan...

Assalamualaikum...

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلَاثَةٍ عَنْ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ وَعَنْ الصَّبِيِّ حَتَّى يَحْتَلِمَ وَعَنْ الْمَجْنُونِ حَتَّى يَعْقِلَ


Terjemahan: Pena diangkat dari tiga (sebab): dari si tidur sampai dia sedar, dari si kanak-kanak sampai dia matang/baligh, dari si gila sampai dia berakal)

Hadith ini disalin dari Sunan Abi Daud. Berdasarkan perisian carian "Maktabah Shamilah", Hadith ini boleh dijumpai pada lebih dari 10 genre pengrekodan Hadith. Antaranya: Sunan Abi Daud, Jami' at-Tirmizi, Sunan an-Nasaaie, Sunan Ibnu Majah, Musnad Ahmad, Musannaf Ibnu Abi Shaybah, dan lain-lain.

(Dalam pengajian Hadith, ulama' telah merekodkan Hadith dengan cara yang berbeza-beza. Penyelidik bidang Hadith masa kini telah membuat kesimpulan bahawa ia adalah metodologi para Muhadith (ulama' Hadith) dan harus diklasifikasikan sebagai genre yang berbeza-beza. Maksudnya, kitab Hadith, seperti Sunan, adalah salah satu genre atau metodologi pengrekodan, berbeza dengan kitab hadith yang lain, seperti Jami', Musnad, Musannaf, Muwatta', dan lain-lain).

Selain itu, terdapat kepelbagaian Sanad dan Matan pada Hadith ini yang boleh membawa Hadith ini diklasifikasikan sebagai "Sahih". Saya ketepikan penghuraian klasifikasi untuk menjadikan blog ini seringkas mungkin dan mengelakkan kekeliruan di kalangan pembaca. :D

Hadith ini selalu dibaca oleh pensyarah saya, Assoc. Prof. Dr. Fathiddin Beyanouni dalam syarahannya. (Bukan setiap syarahan. Kadang-kadang dia mengusik kawan-kawan yang tertidur dalam kelas dengan Hadith ini).

Pena pada hadith itu membawa maksud ilmu. Orang gila tak merujuk kepada orang yang mempunyai masalah kesihatan mental semata-mata, bahkan orang waras yang hilang kewarasannya kerana marah atau mabuk, juga termasuk dalam kategori ini kerana akalnya gagal berfungsi.

Antara pengajaran Hadith ini, dalam menuntut ilmu atau berbincang tentang ilmu, pastikan kita sentiasa takut kepada Allah, ikhlas bercakap, hormati orang sekeliling kita. Manalah tahu, tiba-tiba ada isu yang kita berselisih faham, sampai tak boleh nak dengar penjelasan kawan itu, Allah tarik balik ilmu-Nya yang ada pada kawan tadi daripada kita. Banyak saja ayat al-Qur'an yang mengatakan (terjemahan) "Allah memberikan Hidayah kepada sesiapa yang Dia mahu berikan". Kalau awak marah, macam mana nak dapat ilmu kawan itu?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

理論

私わ星野源のウィキペディアにグーグルで[逃げるは恥だが役に立つ]か見てしまう

アップデット