Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

召开仪式

Berkata ilmu akulah sultan Kerajaan aku darat dan lautan Jahil berseru akulah syaitan Ikutlah aku merata hutan Ilmu itu gemala sakti Sinarnya cerah cahaya sejati Asal puncanya lamun didapati Sukar bercerai sehingga mati Harganya tidak dapat ternilaikan Sebuah dunia belinya bukan Kuasanya bersukar digunakan Di laut, di darat, di rimba, dan pekan Jasa seorang ialah taulan Teman berbeka suluh berjalan Jasa berhimpun ialah pengenalan Hiasan penyata polan si polan Bagi yang duka ia perghibur Ia penerang bagi yang kabur Ialah kandil di dalam kubur Lamun dengannya beramal subur Ialah penerang ke jalan syurga Ia pemuas tekak dan dahaga Ialah sungai ialah telaga Laut yang luas ialah juga Ialah alat sangat berguna Idaman orang yang bijaksana Hampirnya luas pandang sejuta Tepinya ajal sempadan fana -------- Assalamu'alaikum Warahmatullah...  Prosa di atas adalah syair klasik yang dibacakan Rektor UIAM, Prof. Dato'

支持

"Ustaz~..." "Ha.. Kenapa?" "Tengok ini, saya dapat hadiah..." "Oh~ Sempena hari jadi ke?" "Taklah. Adalah..." "Ye la tu?" "Ustaz jealous ye? Jangan macam tu. Ini rezeki saya. Ustaz, kenalah support sikit..." " Support ? Support Pillow ? Aik, orang pula yang engkau kata jealous ? Aduhai..." T_T ---------- Assalamu'alaikum Warahmatullah...    (Cerita di atas telah diubah daripada dialog sebenar).    Teringat satu ketika dahulu, antara tabiat saya adalah suka tengok orang gembira. Ada seorang kawan yang saya kenal sejak sekolah rendah. Dipendekkan cerita, saya berpindah dari Sek. Keb. Sunggai Manggis ke Sek. Keb. Sri Langat yang berdekatan dengan pekan Banting. Jadi kami terpisah. Kemudian, kami berjumpa semula di sekolah menengah (Sek. Agama Men. Unwanus Sa'adah, Kanchong Darat). Semestinya dia berubah. Dia mula meminjam wang. Mula-mulanya ia bukan masalah kepada saya