支持
"Ustaz~..."
"Ha.. Kenapa?"
"Tengok ini, saya dapat hadiah..."
"Oh~ Sempena hari jadi ke?"
"Taklah. Adalah..."
"Ye la tu?"
"Ustaz jealous ye? Jangan macam tu. Ini rezeki saya. Ustaz, kenalah support sikit..."
"Support? Support Pillow? Aik, orang pula yang engkau kata jealous? Aduhai..." T_T
"Ha.. Kenapa?"
"Tengok ini, saya dapat hadiah..."
"Oh~ Sempena hari jadi ke?"
"Taklah. Adalah..."
"Ye la tu?"
"Ustaz jealous ye? Jangan macam tu. Ini rezeki saya. Ustaz, kenalah support sikit..."
"Support? Support Pillow? Aik, orang pula yang engkau kata jealous? Aduhai..." T_T
----------
Assalamu'alaikum Warahmatullah...
(Cerita di atas telah diubah daripada dialog sebenar).
Teringat satu ketika dahulu, antara tabiat saya adalah suka tengok orang gembira. Ada seorang kawan yang saya kenal sejak sekolah rendah. Dipendekkan cerita, saya berpindah dari Sek. Keb. Sunggai Manggis ke Sek. Keb. Sri Langat yang berdekatan dengan pekan Banting. Jadi kami terpisah. Kemudian, kami berjumpa semula di sekolah menengah (Sek. Agama Men. Unwanus Sa'adah, Kanchong Darat). Semestinya dia berubah. Dia mula meminjam wang. Mula-mulanya ia bukan masalah kepada saya. "Setakat RM10 saja, boleh kot" itu apa yang saya fikir. Setelah dikumpulkan, jumlahnya mencecah angka ratus (saya pun sudah lupa entah berapa ratus Ringgit Malaysia yang pernah saya berikan. Rasanya RM150 atau RM300). Saya abaikan hingga apabila telah diketahui oleh abang. Terus dipaksanya saya tuntut semula.
Alternatif yang saya ada - hubungi keluarganya. Saya pun adukan kepada kakak kawan saya ni. Terus saya dibawa oleh kawan saya berjumpa dengan ibu dia. Ibunya bayarkan hutang anaknya sambil pesan kepada saya "Mak Cik tak marah kalau kamu nak pinjamkan duit, tapi lain kali, beritahu Mak Cik dulu, baru bagi duit tu".
Reaksi saya? Hm... Saya serba salah untuk terima duit itu, sebab ibunya adalah seorang tukang cuci di hospital. Zaman saya, RM100 adalah terlalu banyak untuk seorang pelajar sekolah menengah. (Elaun belanja sebulan saya ketika itu adalah RM50 sebulan) :D
Entah mengapa. kadang-kadang sampai sekarang saya rasa serba salah atas peristiwa itu...
Antara tabiat saya yang lain adalah memberi hadiah kepada rakan. Biasanya saya akan fikirkan apa yang sesuai untuk saya hadiahkan rakan tersebut. Saya pernah menghadiahkan tali pinggang kepada seorang rakan di universiti kerana saya menganggap tali pinggang miliknya "terlalu keanak-anakan". Dia punyalah gembira hingga menghantar mesej SMS berbahasa Inggeris jam 4 pagi, hanya untuk zahirkan "kebertuahannya" dihadiahkan tali pinggang. Saya pun bertanya di dalam hati, "Budak ni tak tidur lagi ke? Happy sangat dapat tali pinggang yg diletakkan dalam bekas plastik makanan?" :)
Ha 3x. Saya beli tali pinggang yang tidak disertakan kotak. Cuma beli di Parkson Sungai Wang sahaja. Harga? Sudah lupa. ^.^
Selepas itu, dia berazam untuk memberi kejutan kepada saya bila tiba ulang tahu saya. Tetapi dengan mudah saya menjawab "Engkau tak akan ingatlah. Kalau ingat pun mesti terlepas punya tarikhnya. Ha 3x (Gelak jahat)"... :D
Ha 3x. Dia terlupa sungguh. Mujur saya tak tuntut. Saya tak kisah pun. Sebab dah biasa. :P
Pendek kata, kadang-kadang, benda yang mudah dan ringkas saja sudah cukup untuk gembirakan hati orang lain. Kalau ada masalah dengan orang tua-tua, cubalah hadiahkan sesuatu yang dia suka. Insya Allah, terubat juga masalah itu. (Tapi jangan rasuah dia pula. Nanti timbul masalah lain lagi). ^.^
pendi, bg la sy hadiah, mesti sy hepi..hehehe
BalasPadamAik? Adik. Kan ko dah order tudung bidang 60 warna kelabu? :P
BalasPadamtu order, bukan hadiah..unless kalau ko nak bagi terus..hehe
BalasPadam