Bersih vs. FRU, Round 2(.0)
Assalamu'alaikum Warahmatullah...
"Perang" antara NGO Bersih dengan FRU PDRM berakhir secara "aman" sebelum jam 5 petang. Atas dasar memenuhi jemputan kenduri kahwin, saya ke Jalan Kastam, Perlabuhan Kelang.
Dalam perjalanan, ada beberapa penumpang LRT panik setelah mendengar pengumuman ini:
"Atas sebab-sebab keselamatan, tren ini tidak akan berhenti di Stesen Masjid Jamek dan Pasar Seni dan hanya akan berhenti di KL Sentral".
Kasihan yang panik. Sabarlah sikit. Kegelabahan anda tidak dapat menamatkan perhimpunan Bersih atau Patriot. :)
Pemandangan Kuala Lumpur dari Stesen Pasar Seni... Jam 12 barang kali (saya lupa), lengang seperti pemandangan sebuah pekan kecil selepas dikosongkan. Saya hanya nampak beberapa anggota polis dan orang lain, kebanyakannya wartawan... Konon mahu rakam gambar, sekali telefon Nokia 2630 Kunang saya tinggal satu bar cas baterinya. Aduhai... Tak boleh, simpan untuk kecemasan. :D
Kita kongsikan situasi yang sempat saya ingat.
Situasi 1: KL Sentral
Ada seorang bangsa India sedang menenangkan seseorang melalui telefon...
"Ya la, saya tahu. Sekarang kan orang ramai tengah join BERSIH. Rilaks... Bertenang... Pandailah dorang nak kawal keadaan... Saya kan kat dalam KL Sentral ni, tengah tunggu tren. Tak sampai-sampai ni... Nanti saya sampailah..."
Situasi 2: Dalam gerabak komuter
Tatkala saya melayan betapa perlahannya pergerakan komuter ke Kampung Raja Uda...
"Assalamu'alaikum... Abah ni... Abah dah dalam perjalanan balik ni... Dah nak sampai ni... Sat lagi masak nasi na... Abah balik ni... Nak makan sat lagi ni... Abah balik ni... Abah tak jadi nak pi sana. Depa tutup habis jalan masuk KL. Tak boleh masuk. Jadi nak tunggu buat pa..."
Perlu diingatkan bahawa "Abah" ini bercakap menggunakan telefon mudah alih dengan loghat orang Perak Utara, bukan loghat Kedah. :)
Abah ini agak "1 Malaysia" bagi saya kerana selepas dia menamatkan panggilan, dia bersembang dengan seorang India dari Sungai Siput yang sedang dalam perjalanan ke rumah kenalannya kerana tidak dapat menyertai perhimpunan.
"Orang Jayakumar ye.." katanya...
Situasi 3: Perhentian KTM Jalan Kastam, Perlabuhan Kelang
Sempena "Perang" Bersih-FRU, PDRM telah menempatkan sekurang-kurangnya 3 anggota polis di setiap stesen dan hentian komuter, LRT dan Monorel. (Rasanya ada juga anggota polis "stand-by" di stesen kereta api biasa dan ERL). Maka, tertarik perhatian saya dengan topik yang disembangkan oleh anggota polis ini:
Point 1:
"Selama ni, kita tengok orang asyik salahkan kerajaan pasal masalah sosial. Kerajaan sebenarnya tak salah. Yang salah tu keluarga tu. Tengoklah, ramai je orang bagi anak makan duit haram. Kerja masuk pukul 8, balik pukul 5. Dia masuk pukul 9, balik pukul 4, pukul 4.30. Lepas tu hujung bulan dapat gaji penuh. Padahal dia lupa yang kat gaji dia ada duit haram sebab kerja tak cukup jam. Lepas tu bagi pula anak makan. Memang sah-sah anak tak dengar cakap".
Point 2:
"Zaman saya dulu-dulu, tak beranilah nak complain pada mak bapak kalau kena rotan dengan cikgu. Ni baru cikgu tegur sikit sebab ponteng sekolah, dah mak bapaknya mengamuk-amuk kat sekolah. Lepas tu pula bawa masalah ke balai. Siasat-siasat, anak dia memang ponteng sekolah 1-2 minggu. Aduh... Saya syukurlah tak kena ke Jabatan Siasatan. Kalau tak botak kepala saya. Yang relaks-relaks pun jadi serabut hidupnya kerja kat Jabatan Siasatan".
Point 3:
"Orang zaman sekarang ni, dah tak macam dulu-dulu. Berkira saja. Kerja nak yang ada duit, ada kuasa. Dulu kalau ketua, dia ambil kira juga anak buah dia. Tanya "Dah makan ke belum?". Sekarang ni, tak ramai lah yang rajin nak bertanya macam tu. Tu baru sikit. Alah sekarang ni, tengok aja pemimpin politik, semuanya nak duit, nak kuasa. Kalau boleh, dialah nak jadi ketua. Tak payah kata waima parti apa pun. Cuba bagi jawatan kat JKK surau, ada dia teringin? Mengelak adalah. Katalah banyak kerjalah, tak pandai nak azanlah... Eh, zaman (sahabat) Nabi (Sallallah 'Alaihi Wasallam) dulu, mana ada orang berebut nak jadi Khalifah. Masing-masing cadangkan orang lain sebab rasa lebih layak dari diri sendiri. Zaman sekarang... Hmm... Jangan harap"
Point 4 (dan yang paling tidak boleh blah saya mendengarnya):
"Integriti ni bukan cuma pada dada (sambil menunjukkan lambang Integriti). Pada hati! Cuba fikir, kalau semua orang takut nak buat jahat, negara tak perlukan polis. Sebab dalam hati masing-masing ada perasaan takut, sebab Allah nampak apa yang dia buat. Ni sekarang, masing-masing tolak sebab bukan kerja dia. Kalaulah setiap keluarga tanamkan integriti dalam hati ahli keluarga masing-masing, bukan kata polis, undang-undang pun tak payah. Sebab masing-masing dah tahu akibat kalau buat jahat "di sana" nanti. Tak payah potong tangan, tak payah hudud, tak payah I.S.A. Hukum-hukum ni ada sebagai peringatan "Jangan buat jenayah"...
Dialog En. Polis itu tertamat seketika dengan ayat rakan polis ini:
"Encik, jangan cakap macam tu. Sat lagi karang kita bertiga kena tangkap I.S.A. Bukan orang BERSIH saja yang kena I.S.A..."
En. Polis boleh jadi penceramah bebas selepas bersara nanti. :)
Dipendekkan cerita, hari ini, sampai sahaja ke tempat kejadian (kenduri kahwin), telefon Nokia 2630 Kunang saya telah kehabisan cas baterinya. Tidak berfungsi selama 7 jam. Selepas saya selesai cas bateri telefon Nokia 2630 Kunang saya...
Jeng 3x. "You have 157 missed calls".
Aduh! Hari ini dalam Sejarah! Nampak sangat saya ini "Wanted". T_T

Ulasan
Catat Ulasan