Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

お誕生日です。^_^

Imej
Al-Salām 'Alaykum wa Rahmah Allāh wa Barakātuh Saya telah dilahirkan pada 10 Ogos 1984. Ini bermakna, hari ini, umur saya adalah 28 tahun.  Tapi, tahukah? Saya sebenarnya lebih muda dari 28. Sila ambil pen dan kertas - atau keluarkan mana-mana gajet yang ada fungsi kalkulator, dan cuba kira.  2+8=10 (Maknanya, umur saya adalah 10 tahun). :D 2-8=-6 (Maknanya, umur saya adalah 6 tahun lagi muda dari sekarang a.k.a. 22 tahun) 2x8=16 (Maknanya, saya baru hampir setahun menduduki peperiksaan PMR) 2÷8=0.25 (Maknanya, saya sudah suku abad hidup di bumi ini, alhamdulillah...) OK. Siapa percaya, angkat tangan.  (Pura-pura nampak tangan pembaca. Hehe). Bagus! ^_^ Saya bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana masih berikan peluang untuk hidup. Terima kasih, Mak, sebab lahirkan saya. Terima kasih, Abah, sebab sara saya. Terima kasih, Ummi, sebab sokong saya. Terima kasih, semua abang, kakak, dan adik-adik saya, sebab terima saya dalam keluarga kita....