Rabu, Februari 23, 2011

Mencuri Masa... :p

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Seperti tajuk di atas, saya mencuri masa untuk menaip b(e)log.

(Rasanya blog ditulis sebagai blog dalam bahasa Melayu, bukan belog). :D

22/2 adalah tarikh yang sedikit luar biasa kerana pelajar-pelajar prasiswazah mesti ke mana-mana makmal komputer UIAM untuk mengundi. Sejak hari Penamaan Calon lagi, bilangan pelajar yang "menawarkan diri" sebagai calon SRC sedikit - ramai juga yang menang tanpa bertanding. Tahniah. ^.^

(Maaflah, warga UIAM tak sebut MPP). :p

Saya memang sudah agak yang pelajar tak ramai yang mengundi. Sudahlah calon ramai menang tanpa bertanding, siapa pula yang pelajar nak tekan kotak undi pakai tetikus? (Contoh dari Kulliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar a.k.a. KAED, calon menang tanpa bertanding, kerusi kampus pun sama, jadi tak payah mengundilah kot). Pendek kata, ramai pelajar tidak peka dengan prosedur pilihan raya. (Mungkin ada juga yang tak tahu tarikh mengundi walaupun sudah nampak iklan calon merata kampus).

Kita biarkan pakar membuat Post-Mortem tentang isu-isu berkenaan. Cuma yang menarik perhatian saya adalah:

Jeng 3x.

Muhammad Fitry Bin Hussin
Wan Mohd Hafiq Bin Abdul Jalil
Mohd Rizwan Bin Mat Zin

Tiga nama ini adalah antara pemenang kerusi Kulliyyah masing-masing. Tiga nama ini juga pernah mendaftar Study Circle 2 bawah saya dua ke tiga tahun dulu. :D

Saya mungkin bukan naqib yang "best", tetapi dalam hati naluri saya, member Halaqah saya mesti lagi "best" daripada saya. Itu pilihan pelajar. Harap-harapnya mereka dan rakan-rakan mereka yang terpilih dan menang percuma itu menggalas tanggungjawab dengan ikhlas, cerdik, dan penuh dengan rasa ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasul-Nya (Sallallah 'Alaihi Wasallam)...

P/S:
Sila jangan tanya saya macam mana dengan kehadiran mereka semasa tahun satu. :P

Selasa, Februari 15, 2011

Pengumuman

Assalamua'aikum Warahmatullah...


إنا لله وإنا إليه راجعون. اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه


Takziah kepada Mohd Ikhmal dan keluarganya atas kembalinya abangnya, Mohd Ikhwan (gambar) ke Rahmatullah pada hari ini.

Ikhwan adalah seorang graduan UIAM dari Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan. Selalu dengan saya bila ada kursus Nuqaba' anjuran Pusat Aktiviti Ko-kurikular (CCAC), UIAM. Orangnya memang baik. Yang istimewanya, dia adalah pendengar paling "best". Memang banyak cerita yang kita orang pernah kongsikan. Tetapi saya tak mahu kongsikan semuanya di sini. (Maaf ^.^)

Dia pernah bercerita tentang seorang pelajar sekolah menengah yang ibu bapanya bercerai. Kemudian dia menyertai program yang menekankan isu berbakti kepada ibu bapa. Memang bagus program itu, cuma penceramah terlalu mengkhususkan ceramahnya kepada pelajar yang ibu bapanya masih bersuami-isteri. Jadi pelajar ini terasa yang dia tidak boleh menerima apa yang disampaikan penceramah itu. Maka diluahkannya kepada si Ikhwan ini.

Bagus juga dia tidak membuat ulasan kepada pelajar itu. Cuma dia cakap kepada saya, dia tergamam mendengar ceritanya. Tak tahu apa respon yang sepatutnya dia berikan kepadanya. Bila dia ceritakan kepada saya, saya pula tergamam mendengar ceritanya pula - rasa macam ada persamaan dengan apa yang berlaku kepada saya 11 tahun dulu... T_T

Begitulah. Ikhwan telah menerima panggilan illahi. Tiba-tiba pula saya berfikir, adakah saya sudah bersedia untuk menerima panggilan serupa?

P/S: Mohd Ikhmal yang saya sebut di awal entri adalah member Halaqah saya. Antara yang awal jugalah. Masa dia sertai Halaqah saya, saya dalam tahun akhir ijazah sarjana muda, semester akhir saya sebagai pelajar Bachelor.

Khamis, Februari 03, 2011

Pembudayaan Valentine di Malaysia.... Eh?

Assalamua'alaikum Warahmatullah...

(Setelah mendapat mesej dinding dari adik saya, saya dapati blog ini tidak dikemaskinikan lebih sebulan. Jadi saya mencuri masa saya untuk mengemaskinikan blog - harapnya dapat taip seringkas yang boleh).

Setiap hujung bulan Januari (biasanya seawal 20/1) hingga hujung Februari (sama ada 28/2 atau 29/2, tahun lompat), semua orang - barangkali - akan diperingatkan dengan salah satu antara cerita-cerita (lebih kurang) berikut kisahnya.

Cerita A:

"Valentine adalah seorang paderi yang berusaha untuk memperbaharui fikiran jemaah gereja yang melarang ahlinya bercinta atau berkahwin supaya dapat mengabdikan diri 100% kepada tuhan. Diringkaskan cerita, dia didapati bersalah kerana menjalinkan hubungan dengan seorang wanita, maka dia dihukum bunuh. Sebagai tanda memperingati kisah cintanya, hari kematiannya dijadikan ulang tahun Hari Kekasih untuk menghargai usaha kekasih mempertahankan kasihnya kepada pasangannya..."

Cerita B:

"Valentine adalah seorang pendakwah Kristian. Satu hari, dia bertemu (atau dipanggil menghadap) seorang raja. Raja itu mahu sokongannya untuk membenarkan penyembahan berhala (atau lebih tepat lagi, dewa). Dia tidak bersetuju, tetapi dengan beraninya dia memujuk raja itu untuk menganut Kristian. Kerana marah, dia pun dibunuh. Ulangtahun kematiannya diperingatkan sebagai tanda memuji keberaniannya "confessing" kepada raja tersebut..."

Cerita C:

"Valentine adalah antara manusia yang bertanggungjawab dalam menjatuhkan kerajaan Islam di Sepanyol. Sebagai meraikan kejayaannya, semua orang dimomokkan dengan pelbagai cara untuk membuktikan kecintaan masing-masing dengan menyertai aktiviti-aktiviti menyalahi Syariah Islam. Hakikatnya ia adalah ulangtahun "Muslim Cleansing" di Sepanyol..."

Nah! Yang mana cerita original? (Atau yang mana cerita yang paling digemari rakyat Malaysia?)

Kita tinggalkan cerita yang mana benar kepada pakar-pakar sejarah (sebab tak ada lagi pakar sejarah memberi ulasan terhadap sambutan Hari Valentine, pada hemat saya yang cetek ilmu ni lah)

Jom tengok kesan sambutan Hari Valentine di seluruh dunia. (Macam banyak sangat. Kata nak taip seringkas boleh). Kita ambil contoh, Jepun - sebab "kiblat" mereka (majoritinya) adalah Barat.

14/2 adalah Hari Valentine (バレンタインデー/barentain ē). Para gadis boleh menyediakan coklat untuk diberikan kepada bapanya, cikgunya, rakan-rakan sekelasnya, dan tidak ketinggalan, lelaki yang paling dikagumi/diminati olehnya. Mereka mengkategorikan coklat sebagai:
  1. "Coklat Tanggungjawab" (義理チョコ/Girichoko) - Untuk bapa/cikgu/rakan sekerja atau sekelas. Diberi sebagai dorongan untuk terus berusaha menjalankan tanggungjawab masing-masing.
  2. "Coklat Kawan" (友チョコ/Tomochoko) - Untuk kawan-kawan (terutamanya kawan perempuan). Diberi untuk menghargai persahabatan mereka. Biasanya mereka cuma bertukar-tukar coklat saja... Kot... :P
  3. "Coklat Kegemaran" (本命チョコ/Honmeichoko) - Untuk makhluk yang paling mereka sukai. Diberi sebagai tanda yang dia benar-benar hormat/suka kepadanya.
Mereka bukan beri coklat secara suka-suka, lebih mengharapkan balasan daripada penerima coklatnya. (Agak demanding juga wanita Jepun. :P). Maka, mana-mana makhluk yang menerima coklat pada 14/2 sepatutnya menghadiahkan kepada mereka coklat seawal 14/3. Hari itu dinamakan sebagai "Hari Putih" (ホワイトデー/howaito dē). Itulah pembudayaan Valentine di Jepun.

Macam mana dengan Malaysia? Em... Hari Kekasih bukan cuti umum. :P Tak ada sesiapa yang mewajibkan pemberian coklat sesama masyarakat. Kempen-kempen tentang Hari Kekasih selalu saja muncul antara Januari ke Mac.

Kempen. Rasanya itu budaya Valentine di Malaysia - kempen sambut Hari Kekasih dan kempen boikot Hari Kekasih. Kempen-kempen ini hanya diperoleh di mel elektronik (emel) dan juga petikan tulisan mana-mana individu yang telah disalin (entah berapa juta kali) ke laman-laman sesawang sosial seperti Facebook (sampai ada pembangun mainan dalam talian a.k.a. Online Games Developers seperti Zynga mempromosikan kempen mainan sempena Hari Valentine (peminat Farmville mesti sedang berusaha untuk mengumpulkan hadiah Valentine untuk dapatkan kambing-edisi-terhad, "Luv Ewe" dan lain-lain). :D

Saya hormati mereka yang berusaha untuk mempertahankan Islam. Memang ramai pesalah-pesalah Syariah diberkas ketika asyik dibuai maksiat (biasa kita dengar laporan media tentang isu berkenaan). Saya sokong usaha mempertahankan "budaya Islam" daripada dicampuradukkan dengan acuan Barat. (Mengapa kita mesti mengadaptasikan budaya Barat dalam kehidupan seharian kita?).

Siapalah saya untuk menafikan Hadith Rasulullah "Sampaikanlah (ilmu) daripada saya walaupun satu ayat (al-Qur'an)". Cuma, cukupkah kita berkempen dengan bahan yang sama setiap tahun? Kempen saja. Kenapa tak buat promosi - jom ke Masjid sempena Hari Kekasih?, Contoh.

Mungkin ada akan berkata: "Beribadat sempena Hari Kekasih adalah bida'ah". Namun, jika seminar Pemikiran Sheikh Muhammad ibn Abdul Wahab tidak dikira Bida'ah berbanding sambutan Mawlidur Rasul, apa kata kita berkempen kepada masyarakat aktiviti bukan ibadat yang lain untuk menggantikan aktiviti maksiat dalam Hari Kekasih dan Mawlidur Rasul? Orang Jepun pakai coklat. ^.^

Kalau saya jadi AJK Masijd atau Surau, saya nak panggil belia ahli kariah tempat saya, bawa cangkul, parang, sabit, dan lain-lain. Buat gotong royong pada 14/2. Tak pun, beli pokok bunga banyak-banyak, kita buat neseri ke, taman kecil ke, latihan bercucuk tanam ke, anjuran Masjid. Adalah sikit side-income untuk Masjid. OK apa? :D