Selasa, Oktober 11, 2011

召开仪式



Berkata ilmu akulah sultan
Kerajaan aku darat dan lautan
Jahil berseru akulah syaitan
Ikutlah aku merata hutan

Ilmu itu gemala sakti
Sinarnya cerah cahaya sejati
Asal puncanya lamun didapati
Sukar bercerai sehingga mati

Harganya tidak dapat ternilaikan
Sebuah dunia belinya bukan
Kuasanya bersukar digunakan
Di laut, di darat, di rimba, dan pekan

Jasa seorang ialah taulan
Teman berbeka suluh berjalan
Jasa berhimpun ialah pengenalan
Hiasan penyata polan si polan

Bagi yang duka ia perghibur
Ia penerang bagi yang kabur
Ialah kandil di dalam kubur
Lamun dengannya beramal subur

Ialah penerang ke jalan syurga
Ia pemuas tekak dan dahaga
Ialah sungai ialah telaga
Laut yang luas ialah juga

Ialah alat sangat berguna
Idaman orang yang bijaksana
Hampirnya luas pandang sejuta
Tepinya ajal sempadan fana
--------
Assalamu'alaikum Warahmatullah... 

Prosa di atas adalah syair klasik yang dibacakan Rektor UIAM, Prof. Dato' Dr. Zaleha ketika ucapan pembukaannya sempena konvokesyen adik saya, Akmal... (Ha 3x. Rancangan adik saya mahu bergaya dengan tudung warna krim dan serkup merah terbantut nampaknya. Habis saja majlis konvokesyen, terus dia tayang baju kurung cina warna merah. Amboi...). Menurut Prof. Rektor, syair ini ditujukan kepada graduan ke-27(kah? Saya terlupa waktu ini) dengan nota "jangan lupakan kami di UIAM" :) 

Memang sesuatu yang tidak diduga apabila Rektor membacakan syair sempena majlis konvokesyen (Rektor hanya membaca, tidak melagukan syair tersebut). 

"Anta hafal tak syair yg Rektor bacakan tadi?".
"Saya tak hafal, cuma ingat rangkap pertama sahaja" ^.^ 

Maksud tersirat dari pertanyaan tadi adalah "sila carikan syair tersebut bila ada masa". lol

Setelah menggunakan khidmat Google, barulah saya terjumpa teks yang dibacakan oleh Rektor. Namun keputusannya menjurus kepada syair yang digunakan dalam Komponen Kususasteraan (Komsas) SPM kali ini. Saya tinggalkan ia kepada pembaca untuk aktiviti tambahan anda semua - "surfing Internet". :D

-----------

Asalnya saya tidak berhajat untuk ke Majlis Konvokesyen adik saya. Hanya sekadar berhajat untuk bertemu selepas majlis selesai, dengan Nasi Ayam dari Kantin Mahallah Ali. Namun begitu, jam 7.30 pagi adik saya yang merupakan adik kepada Akmal, Syuhada, menghubungi saya melalui telefon - datang ke CAC sekarang. (Terus batal rancangan nasi ayam itu). T_T

Selepas Majlis Konvokesyen, (Alhamdulillah... Ramai member Halaqah sertai konvokesyen. Ada yang sempat saya tegur, sekali dengan mak ayahnya, ada yang tidak. Terkejut Masriezan sebab dia sangkakan saya hadir dengan Ummi - guru bahasa Arabnya di Ma'ahad Hamidiah Kajang, rupanya Mak. Sorry, bah. Yang nyata kita nantikan kenduri walimah dari Sabah. Sediakan tiket MAS ya. Ha 3x.).

Kami bergerak ke kafe baru - dahulunya adalah Bank Islam, kini Bank Islam telah berpindah ke Kompleks Azman Hashim yang bersebelahan dengan CAC. Rupa-rupanya "Western Cafe". (Oh~). Ada "Waiter" (yang baru hari pertama bekerja). (Oh~). Ada "Manager" (yang saya panggil abang rambut cacak). (Oh~). Gelabah "Manager" sebab "Waiter"-nya "pusing kepala". lol. 

"Mahu minum apa ya?"
"Minum saja? Sini tak ada makanankah?" 

Aduhai... Adik saya jadi "pegawai penyiasat" pula. Memanglah gelabah "Waiter" dibuatnya. :D

Kedai baru buka hari ini. Maka menu makannya - "Chicken Chop", "Beef Chop", (Manager kata "Fish & Chip" sudah habis. 本とに, memang dorang "test market"...). Kami pun beli 3 set Chicken Chop, Teh O Limau 2 cawan, Limau O 1 gelas, Milo Ais - kegemaran saya - dia beri segelas juga. T_T. 

Semuanya RM36.50. Em... Kalau saya beli yang sama di Kantin Mahallah Ali, semuanya... RM19.70. Saya masih boleh "consider" perbezaan membeli makanan di kantin dan di kafe. Nampaknya saya perlu berjimat jika mahu makan selalu di kafe ini...

Antara keistimewaan kafe ini: Chicken Chop dihidangkan secara "Fried" atau "Grill". Siapa yang mahu kurus, sila pesan "Grilled". Siapa yang kempunan makan KFC Chicken Chop, boleh mencuba "Fried". Chicken Chop dihidangkan dengan sos lada hitam (mana-mana kedai pun letak juga), kentang goreng orang Perancis (French Fries, kalau siapa yang terlupa bahasa jiwanya. Hehe), Mayonis dan kacang merah (Red Beans, barangkali trademark kafe ini. Pertama kali saya dihidangkan Chicken Chop dengan kacang merah). Rasa tidak puas makan... Tak tahu sama ada saya kongsi Chicken Chop berempat atau memang ayamnya sedikit. Ia dihidangkan satu per satu. Baru berniagalah katakan... T_T).

Kepada yang ingin mencuba, ingin saya cadangkan anda semua ke tingkat 2 dahulu, belilah Jagung Nelson secawan, lepas tu barulah beli Chicken Chop di kafe baru ini. Makan sekali dengan jagung tu... (Saya terus saja masuk kafe ini hingga terlupa lihat nama kafe. Maaflah Manager rambut cacak ye. Saya "failed" bab promosi kafe encik ni). :P

----------

Tahniah kepada adik saya, Cik Kema. Dah konvo dengan member Halaqah saya rupa-rupanya. Siapakah? (Yang saya teringat untuk menyebut namanya ketika ini):Majdey, Hasib, Muzzaphar, Zaidi, Ikhmal, Khairul Anwar, dan lain-lain... 
Tahniah juga kepada Azraee "Yot", Tengku Wahmisabkee "Wabisuke", Safwan "Member SAN", Maryam "Classmate Bahasa Jepun", Firdaus "Devon - Legendary SAN", dan lain-lain kerana menjayakan Majlis Konvokesyen kali ini. Majlis berjalan lancar walaupun dalam keadaan sederhana - tidak seperti tahun 2008, tahun ulangtahun jubli perak UIAM. (Tahun saya sertai konvokesyen. Hehe). 

----------

* SAN merujuk kepada Student Area Network. Rangkaian komunikasi maya pelajar UIAM. Kami berhubung antara bilik melalui wayar "network" komputer dari Mahallah Ali ke Siddiq, Faruq dan Uthman. Jika ada pelajar UIAM tanya tentang SAN, inilah key figures SAN: "Kurt", "Devon", "Blade", "JD Master", "Scott", "Kureng", dan lain-lain. Mereka adalah antara "Legendary SAN". Aktiviti SAN adalah perkongsian data (KB, MB, GB, TB - istilah server) dan maklumat (berita, notis, kes dan lain-lain hal berkenaan UIAM). Saya hanya sebagai penulis blog di SAN. ^.^ 

* Kepada peminat "Super Sentai Series" bila disebut Legendary dan Key Figures, jangan minta "Ranger Key" pada mereka. Comfirm tiada. (Merujuk kepada siri aksi untuk kanak-kanak di Jepun, Kaizoku Sentai Go-Kaiger. Sekadar iklan. He 3x).

* 召开仪式 (Zhàokāi Yíshì, Mandarin). Asalnya saya mencari perkataan "Convocation Ceremony" dalam bahasa Mandarin melalui Google Translator. Melihat perkataan 开 (Kāi), tergerak pula untuk diinggeriskan 召开仪式. Tetapi 召开仪式 apabila diinggeriskan menjadi "Ceremony Held". Kena semak semula...

Isnin, Oktober 03, 2011

支持

"Ustaz~..."

"Ha.. Kenapa?"

"Tengok ini, saya dapat hadiah..."

"Oh~ Sempena hari jadi ke?"

"Taklah. Adalah..."


"Ye la tu?"

"Ustaz jealous ye? Jangan macam tu. Ini rezeki saya. Ustaz, kenalah support sikit..."

"Support? Support Pillow? Aik, orang pula yang engkau kata jealous? Aduhai..." T_T
----------
Assalamu'alaikum Warahmatullah... 
 
(Cerita di atas telah diubah daripada dialog sebenar). 
 
Teringat satu ketika dahulu, antara tabiat saya adalah suka tengok orang gembira. Ada seorang kawan yang saya kenal sejak sekolah rendah. Dipendekkan cerita, saya berpindah dari Sek. Keb. Sunggai Manggis ke Sek. Keb. Sri Langat yang berdekatan dengan pekan Banting. Jadi kami terpisah. Kemudian, kami berjumpa semula di sekolah menengah (Sek. Agama Men. Unwanus Sa'adah, Kanchong Darat). Semestinya dia berubah. Dia mula meminjam wang. Mula-mulanya ia bukan masalah kepada saya. "Setakat RM10 saja, boleh kot" itu apa yang saya fikir. Setelah dikumpulkan, jumlahnya mencecah angka ratus (saya pun sudah lupa entah berapa ratus Ringgit Malaysia yang pernah saya berikan. Rasanya RM150 atau RM300). Saya abaikan hingga apabila telah diketahui oleh abang. Terus dipaksanya saya tuntut semula. 

Alternatif yang saya ada - hubungi keluarganya. Saya pun adukan kepada kakak kawan saya ni. Terus saya dibawa oleh kawan saya berjumpa dengan ibu dia. Ibunya bayarkan hutang anaknya sambil pesan kepada saya "Mak Cik tak marah kalau kamu nak pinjamkan duit, tapi lain kali, beritahu Mak Cik dulu, baru bagi duit tu".

Reaksi saya? Hm... Saya serba salah untuk terima duit itu, sebab ibunya adalah seorang tukang cuci di hospital. Zaman saya, RM100 adalah terlalu banyak untuk seorang pelajar sekolah menengah. (Elaun belanja sebulan saya ketika itu adalah RM50 sebulan) :D

Entah mengapa. kadang-kadang sampai sekarang saya rasa serba salah atas peristiwa itu...

Antara tabiat saya yang lain adalah memberi hadiah kepada rakan. Biasanya saya akan fikirkan apa yang sesuai untuk saya hadiahkan rakan tersebut. Saya pernah menghadiahkan tali pinggang kepada seorang rakan di universiti kerana saya menganggap tali pinggang miliknya "terlalu keanak-anakan". Dia punyalah gembira hingga menghantar mesej SMS berbahasa Inggeris jam 4 pagi, hanya untuk zahirkan "kebertuahannya" dihadiahkan tali pinggang. Saya pun bertanya di dalam hati, "Budak ni tak tidur lagi ke? Happy sangat dapat tali pinggang yg diletakkan dalam bekas plastik makanan?" :)

Ha 3x. Saya beli tali pinggang yang tidak disertakan kotak. Cuma beli di Parkson Sungai Wang sahaja. Harga? Sudah lupa. ^.^

Selepas itu, dia berazam untuk memberi kejutan kepada saya bila tiba ulang tahu saya. Tetapi dengan mudah saya menjawab "Engkau tak akan ingatlah. Kalau ingat pun mesti terlepas punya tarikhnya. Ha 3x (Gelak jahat)"... :D

Ha 3x. Dia terlupa sungguh. Mujur saya tak tuntut. Saya tak kisah pun. Sebab dah biasa. :P

Pendek kata, kadang-kadang, benda yang mudah dan ringkas saja sudah cukup untuk gembirakan hati orang lain. Kalau ada masalah dengan orang tua-tua, cubalah hadiahkan sesuatu yang dia suka. Insya Allah, terubat juga masalah itu. (Tapi jangan rasuah dia pula. Nanti timbul masalah lain lagi). ^.^