Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

(Buat-buat) Sibuk..

Assalamualaikum... Baru saya perasan yang saya belum kemas kinikan blog ini. (Maaf). Apa aktiviti anda bulan Ramadhan ini? Semalam saya ditanya oleh A, rakan baru di Facebook, tentang azam saya pada bulan Ramadhan ini. Em... Semestinya mahu berterusan dalam mengamalkan ibadat2 sunat. Terfikir sekejap, mampukah? Thesis belum siap lagi, kerja naqib makin bertambah, isu-isu berbangkit lagi, pusing-pusing, ada saja kawan yang beri satu idea bernas - kahwin. Idea ini macam beri saya satu tugas untuk cari calon teman hidup pula...

Kenangan...

Assalamualaikum... قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلَاثَةٍ عَنْ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ وَعَنْ الصَّبِيِّ حَتَّى يَحْتَلِمَ وَعَنْ الْمَجْنُونِ حَتَّى يَعْقِلَ Terjemahan: Pena diangkat dari tiga (sebab): dari si tidur sampai dia sedar, dari si kanak-kanak sampai dia matang/baligh, dari si gila sampai dia berakal) Hadith ini disalin dari Sunan Abi Daud. Berdasarkan perisian carian "Maktabah Shamilah", Hadith ini boleh dijumpai pada lebih dari 10 genre pengrekodan Hadith. Antaranya: Sunan Abi Daud, Jami' at-Tirmizi, Sunan an-Nasaaie, Sunan Ibnu Majah, Musnad Ahmad, Musannaf Ibnu Abi Shaybah, dan lain-lain. (Dalam pengajian Hadith, ulama' telah merekodkan Hadith dengan cara yang berbeza-beza. Penyelidik bidang Hadith masa kini telah membuat kesimpulan bahawa ia adalah metodologi para Muhadith (ulama' Hadith) dan harus diklasifikasikan sebagai genre yang berbeza-beza. Maksudnya, kitab Hadith, seperti Sunan, adalah salah satu gen...