Kemas
Assalamu'alaikum... Setelah ditegur oleh Mazura, baru saya teringat yang saya belum kemas kini blog ini. (Maaf, :D) Disebabkan saya tak merancang untuk kemas kini blog, maka saya tuliskan disini aktiviti saya sepanjang cuti raya (seingat memori saya) hingga semalam. 4/9 Pulang ke Kedah bersama Helmi dan Mak Su-nya 5/9 - 9/9 Berpuasa dan berbuka dengan Abah dan Umi "Part Time Butler" (Ha 3x. Bukanlah, sebab saya seorang saja yang pulang ke Kedah, jadi banyak kerja rumah yang saya mesti uruskan) "Kalau kamu tiba-tiba tolak, malulah Abah. Abah sudah berjanji dengan keluarga dia orang" (selama ini, sebab dia asyik tukar-tukar calon jadi saya buat tak kisah pula. Mana pula tahu kali ini dia beria sangat. Mentah-mentah cadangan/permohonan saya dia tolak. Saya diam saja, sebab tak mahu jadi gaduh. Tak apalah, saya boleh lagi buat solat Istikharah, sekali dengan solat Hajat biar dia ubah fikiran). 10/9 Taqabbal-Allah Minna wa Minkum. Selamat hari raya. Maaf zahir batin....