Kemas

Assalamu'alaikum...

Setelah ditegur oleh Mazura, baru saya teringat yang saya belum kemas kini blog ini. (Maaf, :D)

Disebabkan saya tak merancang untuk kemas kini blog, maka saya tuliskan disini aktiviti saya sepanjang cuti raya (seingat memori saya) hingga semalam.

4/9
  • Pulang ke Kedah bersama Helmi dan Mak Su-nya

5/9 - 9/9
  • Berpuasa dan berbuka dengan Abah dan Umi
  • "Part Time Butler" (Ha 3x. Bukanlah, sebab saya seorang saja yang pulang ke Kedah, jadi banyak kerja rumah yang saya mesti uruskan)
  • "Kalau kamu tiba-tiba tolak, malulah Abah. Abah sudah berjanji dengan keluarga dia orang" (selama ini, sebab dia asyik tukar-tukar calon jadi saya buat tak kisah pula. Mana pula tahu kali ini dia beria sangat. Mentah-mentah cadangan/permohonan saya dia tolak. Saya diam saja, sebab tak mahu jadi gaduh. Tak apalah, saya boleh lagi buat solat Istikharah, sekali dengan solat Hajat biar dia ubah fikiran).

10/9
  • Taqabbal-Allah Minna wa Minkum. Selamat hari raya. Maaf zahir batin.
  • "Bro, salah nomborlah (nada marah)". "Ini bukan Basitkah?". "Bukan (nada marah)". "Maaflah". "Em (nada marah)". "Selamat hari raya". "(senyap dan memutuskan panggilan)". Amboi, saya tak pernah marah orang yang tersilap nombor. Sombongnya orang ini. Hari raya pula tu. Macamlah satu Malaysia sangka dia Basit. Tch.
  • Saya rasa, saya mahu wujudkan jawatan "butler" dalam rumah Abah... Saya jadi penyambut tetamu di rumah.
  • Wah, TV9 tanyang "Bokenger vs. Super Sentai" dengan "Masked Rider Den-O" waktu rayalah. Kenapa tak masukkan sekali "Ultraman Mebius" punya filem. Menarik juga filem Ultraman ini wo...

11/9
  • Raya ke-2. Biasanya kerabat Umi beraya ke rumah. Ikhlaskan hati. Alhamdulillah, saya tak penat kali ini. Agaknya semalam penat, jadi hati tu rasa macam tak mahu sambut tetamu...
  • Kenapa cerita raya di RTM pasal cinta? Tema raya dia orangkah?
  • TV9 tak berfungsi (rumah saya, siaran tv saluran Media Prima sukar diperoleh. Kadang-kadang gambar jelas, kadang-kadang suara saja yang dapat. NTV7 tiada dalam senarai sebab tak pernah dapat langsung!)

12/9
  • Kunjungan raya oleh Dr. Rokiah Ahmad dari UKM. Saya pun ingat mahu dapatkan komen dia tentang kertas kerja saya. Tapi, "Saya tak bawa "spek" mata". Aduh. T_T

13/9 - 15/9
  • Saya terlupa aktiviti saya. Rasanya cuma baca tafsir "al-Tahrir wa al-Tanwir", tonton TV (rancangan Justice Pao di TV2), balas mesej kawan, layan kucing-kucing dan tetamu-tetamu di rumah...
  • Malam hari Malaysia, TV2 tayang teater "Tun VT Sambathan". Saya tonton sejam saja. Dalam sejam, pelakon VT Sambathan memujuk orang-orang India untuk tinggal menetap di Malaya walaupun selepas kemerdekaan. Bermacam cara dia buat untuk memenangi hati orang India. Saya terfikir, dalam 100 tahun nanti, adakah pekerja warga asing membuat parti bangsa sendiri dan memohon untuk menjadi warganegara sini, bila sudah tua dan tak larat pulang ke negara asal?
  • Rasanya dapat mesej Baraan ke rumah Ustazah Sharifah Munirah. Dah duduk di Kedah, tak boleh nak ikut serta.
16/9
  • Selamat Hari Malaysia.
  • Agaknya apa rasa Abah bila mulai hari ini, satu Malaysia cuti sempena ulangtahun kelahiran dia? (Saya tak tanya dia pun)
  • Filem "1957: Hati Malaya" wajar dijadikan drama sini. Menonton filem hampir 3 jam di televisyen tak sesuai.

17/9
  • Pulang ke UIAM Gombak
  • Maaflah Ramli Razalek, tak sempat pergi majlis rumah terbuka engkaulah.
  • "Siapa tak datang halaqah esok, saya denda dia ketuk ketampi. He 3x." Itu mesej saya kepada member halaqah saya. Sudah sebulan saya beritahu halaqah mula semula 18/9.

18/9
  • Study Circle (halaqah) dua orang saja yang berjaya hadir. Adalah seorang hubungi saya, minta saya buat ganti. "Biar saya fikir dulu", itu ayat saya. Mana telinga mereka bila saya beritahu 18/9 mula semula? Tak apalah, nanti pesan, bila musim cuti raya, beli tiket bas dua hala. Mudah.
  • Pengurusan UIAM... Biasalah, musim raya, mesti ramai saja staf minta cuti. Kenapalah mahu umum universiti buka semula 15/9 sedangkan ramai staf masih bercuti. Hasilnya, saya tak boleh ke Library atau ITD (makmal komputer di sinilah) pada hari Sabtu dan Ahad. Jumaat malam tutup pula tu. Internet di "cybercafe" pula tak berfungsi. Apa dia orang mahu semua pelajar melayan permainan kriket pelajar-pelajar Bangladesh pada hari cutikah?
  • Saya bercadang untuk pulang ke Banting. Namun sebabkan letih, saya batalkan saya rancangan saya. Lagipun, minggu depannya ada majlis rumah "tak ada pintu" di rumah Fadzil Yunus a.k.a. FADMY. Pergi 25/9 nanti sajalah

19/9
  • Kesan sampingan luka sewaktu kemas rumah dulu. Saya sendiri tak ingat macam mana boleh dapat luka. Lukanya sikit saja. Cuma pada mata dan dahi. Tak pasal-pasal saya ada kesan parut menyerong di dahi. Kalau kesan tu lurus, saya jadi Sang Merah (watak komik Hong Kong "Juara Wira" versi Bahasa Malaysia). He 3x.

20/9
  • Saya pos kertas kerja saya kepada Dr. Rokiah Ahmad dengan menggunakan khidmat pos ekspress. Dimanakah baki wang pembelian sampul surat saya tadi? Jangan-jangan ada di dalam sampul itu. Saya dah poskan sampul itu...
21/9
  • "Engkau "skodeng" siapa ni?" Ok. Sakit mata. Mujur ramai kawan yang mendoakan saya cepat sembuh. Doktor bagi ubat anti biotik, ubat surut bengkak, ubat tahan sakit, dan minyak untuk sapu pada bahagian luka.
22/9
  • "Aduh... sakit mata sikit sudah pergi jumpa doktor. Takut ya?". "Ish, engkau ini Khalid, mujur saya punya sakit mata buka jenis berjangkit-jangkit. Kalau tak, saya bagi pada engkau, baru padan muka engkau (nada melawak)".

23/9-27/9
  • Saya ke Banting pada 25/9 dan kembali ke UIAM pada 27/9. Entah kenapa, saya sangkakan 27/9 itu 26/9.
  • Sebelum ke sana, saya uruskan halaqah. Minggu ini, "mass lecture". Jadi, saya tak sibuk sangat sebab buka giliran saya untuk mengajar. Cuma saya sebagai ketua naqib, mesti hadir dan pantau kedatangan pelajar.
  • Di rumah Fadzil, saya telah berjumpa kawan-kawan lama seperti: Saidan, Yati dan suami, Azri, Sazlan, Hafidz, lagi siapa ya (yang tak tersebut, maaflah, tak boleh nak "recall memory" waktu menaip ini). Ada jugalah kawan baru kenal seperti En. Amzar Amat Sain dari Divisyen Kumpulan Kewangan TNB dan Shahrul.

28/9
  • Saya ke Pusat Aktiviti Ko-kurikulum (CCAC) UIAM Gombak untuk menghantar nama pelajar untuk dihalang dari memasuki peperiksaan akhir. Kejam tak saya? Itu cara saya dengan kaki ponteng. Baru tahun satu. Tapi tak pernah datang Study Circle. Kalau tak boleh datang, buat apa daftar "Study Circle"? Bukankah itu amanah pada ibu bapa? Sebabkan saya fikirkan amanah ini, saya cari mereka di bilik-bilik mereka. Kalau dah "bo layan" macam ni, saya tak akan beri peluang untuk mereka.
  • Kawan saya sudah siap bab ke-2 thesisnya. Tak boleh jadi macam ni. Saya pun mesti siapkan. Nanti mereka kata saya yang tiada "progress".
  • Mana softcopy resume saya? Ingatkan ada di dalam komputer. Rupa-rupanya hilang bersama dengan "USB Memory Drive" Kingston saya bulan lepas. Aduh... kena taip semula.
  • "Blog tak update lagi?" kata Mazura. :D

Sekian, untuk hari ini. :D

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

私わ星野源のウィキペディアにグーグルで[逃げるは恥だが役に立つ]か見てしまう

理論

لطف سڠ ڤڠمبارا ميمڤي #5