Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2010

In respond to Azwan Ismail

Assalamu'alaikum Warahmatullah... Dalam minggu ini, Along (anak Pn. Rohana Saad yang berkhidmat di CCAC, UIAM Gombak) ada menunjukkan video pengakuan seorang lelaki bernama Azwan Ismail tentang "pendiriannya". Entah apa motif sebenar pengakuan sebegitu. Ramai saja yang memberi komen dan ulasan berkenaan video itu di laman Youtube atau blog masing-masing. Bila saya menonton video itu, saya dapati mesej video itu lebih kepada semangat untuk mereka-mereka yang sekepala dengan Azwan Ismail. Em... Tak tau pula yang kita MESTI ikut standard budaya orang Barat. Sakit hati juga bila dia kata apa yang diajar oleh cikgu-cikgu, ustaz-ustaz, dan lain-lain adalah pandangan dari orang heteroseksual. Kalau kata pandangan peribadi ke, acuan masyarakat ke, menurut pandangan agama ke, bolehlah diterima. Kita pula disuruhnya ikut budaya orang Barat. Kalau saya boleh memberi komen kepada Azwan Ismail, ini komen saya: "Kalau awak nak kata yang awak tak bernafsu, tak mahu kahwin dengan pe...

Sijil vs. Ilmu

Assalamu'alaikum Warahmatullah... "Kebuntuan satu penyeksaan. Mengapa terjadi kebuntuan ini? Sebab hati menjadi gelap. Mengapa hati menjadi gelap? Sebab banyak melakukan dosa/maksiat...". Lebih kurang itulah apa yang saya dengar dari Ustaz Ismail Chong sebelum dia menunaikan haji... Rupa-rupanya sudah sebulan lebih saya tidak menambah sebarang isi di sini. T_T Kebelakangan ini, saya berhadapan dengan kebuntuan. Terbaru, saya mendapat panggilan telefon dari Ketua Jabatan. Beliau mencadangkan kepada saya untuk menukar "mode of study" dari "Research" ke "Examination". Asal tujuan saya mendaftar sebagai pelajar Master hanya untuk mendapat pengalaman menulis penulisan akademik di UIAM, kerana saya rasa tidak selesa apabila graduan sama dengan saya di universiti lain mempunyai pengalaman penulisan akademik dan praktikum sebelum graduasi mereka. Untung pelajar-pelajar baru (selepas "batch" sayalah) di UIAM sebab ada peluang - walaupun kena...