Sijil vs. Ilmu
Assalamu'alaikum Warahmatullah...
"Kebuntuan satu penyeksaan. Mengapa terjadi kebuntuan ini? Sebab hati menjadi gelap. Mengapa hati menjadi gelap? Sebab banyak melakukan dosa/maksiat...". Lebih kurang itulah apa yang saya dengar dari Ustaz Ismail Chong sebelum dia menunaikan haji...
Rupa-rupanya sudah sebulan lebih saya tidak menambah sebarang isi di sini. T_T
Kebelakangan ini, saya berhadapan dengan kebuntuan. Terbaru, saya mendapat panggilan telefon dari Ketua Jabatan. Beliau mencadangkan kepada saya untuk menukar "mode of study" dari "Research" ke "Examination".
Asal tujuan saya mendaftar sebagai pelajar Master hanya untuk mendapat pengalaman menulis penulisan akademik di UIAM, kerana saya rasa tidak selesa apabila graduan sama dengan saya di universiti lain mempunyai pengalaman penulisan akademik dan praktikum sebelum graduasi mereka. Untung pelajar-pelajar baru (selepas "batch" sayalah) di UIAM sebab ada peluang - walaupun kena memilih - antara penulisan akademik atau praktikum.
Proposal masih dalam proses membaiki kerana "Departmental Post Graduate Committee" tidak berpuas hati dengan proposal awal. Aduhai.... T_T
Tidak mengapalah. Saya sudah nekad untuk siapkan. Risiko untuk "masalah teknikal" yang lain semakin tinggi...

Ulasan
Catat Ulasan