Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

Mencuri Masa... :p

Assalamu'alaikum Warahmatullah... Seperti tajuk di atas, saya mencuri masa untuk menaip b(e)log. (Rasanya blog ditulis sebagai blog dalam bahasa Melayu, bukan belog). :D 22/2 adalah tarikh yang sedikit luar biasa kerana pelajar-pelajar prasiswazah mesti ke mana-mana makmal komputer UIAM untuk mengundi. Sejak hari Penamaan Calon lagi, bilangan pelajar yang "menawarkan diri" sebagai calon SRC sedikit - ramai juga yang menang tanpa bertanding. Tahniah. ^.^ (Maaflah, warga UIAM tak sebut MPP). :p Saya memang sudah agak yang pelajar tak ramai yang mengundi. Sudahlah calon ramai menang tanpa bertanding, siapa pula yang pelajar nak tekan kotak undi pakai tetikus? (Contoh dari Kulliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar a.k.a. KAED, calon menang tanpa bertanding, kerusi kampus pun sama, jadi tak payah mengundilah kot). Pendek kata, ramai pelajar tidak peka dengan prosedur pilihan raya. (Mungkin ada juga yang tak tahu tarikh mengundi walaupun sudah nampak iklan calon merata k...

Pengumuman

Imej
Assalamua'aikum Warahmatullah... إنا لله وإنا إليه راجعون. اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه Takziah kepada Mohd Ikhmal dan keluarganya atas kembalinya abangnya, Mohd Ikhwan (gambar) ke Rahmatullah pada hari ini. Ikhwan adalah seorang graduan UIAM dari Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan. Selalu dengan saya bila ada kursus Nuqaba' anjuran Pusat Aktiviti Ko-kurikular (CCAC), UIAM. Orangnya memang baik. Yang istimewanya, dia adalah pendengar paling "best". Memang banyak cerita yang kita orang pernah kongsikan. Tetapi saya tak mahu kongsikan semuanya di sini. (Maaf ^.^) Dia pernah bercerita tentang seorang pelajar sekolah menengah yang ibu bapanya bercerai. Kemudian dia menyertai program yang menekankan isu berbakti kepada ibu bapa. Memang bagus program itu, cuma penceramah terlalu mengkhususkan ceramahnya kepada pelajar yang ibu bapanya masih bersuami-isteri. Jadi pelajar ini terasa yang dia tidak boleh menerima apa yang disampaikan penceramah itu. Maka dilua...

Pembudayaan Valentine di Malaysia.... Eh?

Assalamua'alaikum Warahmatullah... (Setelah mendapat mesej dinding dari adik saya, saya dapati blog ini tidak dikemaskinikan lebih sebulan. Jadi saya mencuri masa saya untuk mengemaskinikan blog - harapnya dapat taip seringkas yang boleh). Setiap hujung bulan Januari (biasanya seawal 20/1) hingga hujung Februari (sama ada 28/2 atau 29/2, tahun lompat), semua orang - barangkali - akan diperingatkan dengan salah satu antara cerita-cerita (lebih kurang) berikut kisahnya. Cerita A: "Valentine adalah seorang paderi yang berusaha untuk memperbaharui fikiran jemaah gereja yang melarang ahlinya bercinta atau berkahwin supaya dapat mengabdikan diri 100% kepada tuhan. Diringkaskan cerita, dia didapati bersalah kerana menjalinkan hubungan dengan seorang wanita, maka dia dihukum bunuh. Sebagai tanda memperingati kisah cintanya, hari kematiannya dijadikan ulang tahun Hari Kekasih untuk menghargai usaha kekasih mempertahankan kasihnya kepada pasangannya..." Cerita B: "Valentine a...