Catatan

氷止カード、天装!

Assalamu'alaikum Warahmatullah... (Tajuk di atas tiada kaitan dengan apa yang saya akan kongsikan. Tiada idea untuk mentajukkan entri ini. Maaf. ^.^) Saya tiada ada apa-apa untuk dikongsikan. Em... Mungkin juga sekadar ucapan. :D بارك الله لكم وبارك عليكم وجمع بينكم في الخير Selamat Pengantin Baru untuk sahabat berikut: Mohd Fadzil Bin Yunus (Kondangan pada 29/5 di Banting, Selangor) Muhamad Firdaus Bin Shapian (Kondangan pada 5/6 di Peringgit, Melaka) Hadlisham Bin Mohamad (Kondangan pada 5/6 di Kuala Krai, Kelantan) Ismalyna Binti Iskandar (Kondangan pada 5/6 di Banting, Selangor) Mohd Husni Bin Halid (Kondangan pada 12/6 di Selayang (kot), Selangor) Saidan Wa Kariman Bin Baharom (Kondangan pada 19/6 di Banting, Selangor) Zaidul Amin Suffian (Kondangan pada 19/6 di USJ (kot. Lupa tempatnya) Mohamad Syafiq Bin Abdul Latip (Kondangan pada 9/7, di Pelabuhan Kelang, Selangor) Sesiapa yang telah mengirim kondangan (a.k.a. jemputan) tetapi terlupa untuk saya taipkan di sini. Maaf ya. :...

Adab & Akhlak

Assalamu'alaikum Warahmatullah... Saya cuma mahu beritahu yang saya dihadiahkan CD percuma dari Masriezan . Senior di SMKA Ma'ahad Hamidiah. CD album Varianz berjudul Dunia Baru. "Boy-band" ini membawa muzik nasyid moden. Saya akan mendengar lagu-lagu mereka nanti. :D (Hajat di hati mahu tamatkan tulisan di sini. Tapi ini bukan "Twitter". Aduhai...) Pernah dengar ayat bahasa Melayu sebegini? "Harap saja bertudung labuh. Tapi mengumpat mengalahkan murai!". "Walaupun I berpakaian seksi, tapi hati I bersih, nyah!". "Lain kali, kalau nak ungkit pasal orang, tunggu orang tu ungkit dulu". "Engkau tinggalkan saja baju tu kat situ. Nanti adalah kuli membasuhnya". Mungkin biasa. Sebab masyarakat Malaysia lebih suka mengutuk berbanding menasihati. Saya kadang-kadang terfikir, siapa yang bersalah? Individu itu sendiri atau masyarakat sekelilingnya? Ada rakan bercerita guru sekarang tak semuanya prihatin akan akhlak anak muridnya....

Selamat Hari Cikgu ♪ (Nyanyi ikut rentak Ketua Kelas dalam Cerita Upin, Ipin & Kawan-kawan)

Assalamu'alaikum Warahmatullah... 16/5. Hari Guru seluruh Malaysia. Jazakumullah Khauran Kathiran guru-guru sekalian, kerana mendidik masyarakat tanpa jemu. Teruskanlah usaha memupuk anak-anak muda dengan cinta, takwa, sabar, ikhlas, syukur, tawakal dan kembali berserah kepada Allah S.W.T. Usah risau dengan apa kerjaya anak-anak muda itu akan datang, tapi risaulah dengan Adab dan Akhlak apakah anak muda itu akan datang? Usah risau jika anak-anak muda itu ke menara gading, taman ilmu atau tembok besi, tapi risaulah dengan ilmu, adab, kemahiran, dan akhlak yang dipupuk sejak umur anak-anak muda ini 6 tahun - adakah mereka terus amalkan atau mereka terus abaikan? Jangan katakan pada anak-anak muda ini, "wap air di bumi tersejat ke awan lalu turun sebagai hujan". Tapi katakanlah pada mereka, "Allah S.W.T. telah menciptakan hujan dengan menurunkannya ke bumi melalui awan dan hujan ini akan kembali ke langit sepertimana Allah ciptakan roh untuk pergi kepada jasad dan kemud...