Catatan

附身

Imej
Assalamu'alaikum Warahmatullah... Rizal, pada suatu malam, bertanya pendapat saya tentang hadis ini: Terjemahannya (secara kasarnya. Saya tak pakar menterjemah sebenarnya): Rasulullah Sallallah 'Alaihi Wasallam pernah bersabda: "Setiap pintu langit dibuka dalam bulan Ramadhan dan setiap pintu neraka ditutup padanya (bulan Ramadhan), kemudian segala syaitan yang degil dirantai padanya (bulan Ramadhan) dan ada Pemanggil menyeru "Datanglah wahai Penuntut Kebaikan, tunggu dahululah wahai Penuntut Kejahatan". Rizal kata (dalam loghat Terengganu): "Pada pendapat anta, kenapa ada saja orang buat jahat dalam bulan Ramadhan, ada saja yang histeria dalam bulan Ramadhan. Tapi kan syaitan dah kena rantai?". Saya ni tak pandai sangat nak berhujah. Maka saya cakap secara kawan-kawan bercakap: "Sss... Beginilah. Kita punya jawapan ni tak semestinya boleh buat semua orang puas hati. Ambe ni percaya pada ayat al-Qur'an yang kata "... syaitan dar...

熱いラマドン!

Assalamu'alaikum Warahmatullah... Saya mencuri masa untuk menaip entri (lagi nampaknya)... :P Sambil mengenangkan thesis yang belum siap lagi walaupun masa tambahan sudah habis... (Berusaha! Saya! Jangan mengalah! Saya <-- Pinjam ayat dari drama kanak-kanak "Satria Perkasa Hitam" sekejap). Tiba-tiba teringat satu peristiwa. Saya pernah dinasihat untuk menduduki "Comprehensive Examination" selepas proposal pertama saya ditolak atas alasan "penguasaan bahasa yang lemah" dan "masih di tahun satu - ada banyak masa". (Tajuk proposal ketika itu: "Takhrij 50 Hadith dari Tafsir Radio Tulisan (Allahyarham) Ustaz Ahmad Sonhadji". Fokus hanya pada metodologi interaksi Ustaz Ahmad Sonhadji dengan Hadith & Takhrij Hadith. Memang ada banyak kekurangan pada proposal itu. Tetapi entah mengapa saya tidak mendapat cadangan seperti proposal thesis yang sedang saya siapkan. Saya siap hubungi Majlis Ugama Islam Singapura untuk interbi...

(Saya Tiada Tajuk Sesuai Untuk Mentajukkan Entri Ini) ^.^

Assalamu'alaikum Warahmatullah... Bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi. (Yei!). Trend masyarakat Malaysia - bersiap sedia untuk menyambut puasa dan raya. Persediaan raya, em... Masyarakat Malaysia akan bersiap sedia untuk menempah pakaian raya dan mungkin juga perabot dan kuih raya. :D Persediaan puasa? Etto... Apa ya? Latihan puasa... Kot. Antara latihan puasa yang "biasa" dilakukan oleh masyarakat... Puasa tiga bulan berturut-turut. Itu antara latihan yang paling mantap pernah saya dengar. Saya tak pernah berpuasa tiga bulan berturut-turut. (Betul, bukan bohong). Jadi elok kita bersangka baik dahulu - mungkin untuk kafarah 2 bulan (Rejab & Sha'ban) campur 1 bulan wajib (Ramadhan). He 3x. :P Ada satu Hadith - saya lupa matannya dan riwayatnya - yang membawa maksud bahawa Rasulullah Sallallah 'Alaihi Wasallam hanya berpuasa penuh pada bulan Ramadhan dan memperbanyakkan puasa pada bulan Sha'ban. Maksudnya di sini, baginda (S.A.W.) memperbanyakkan puasa ...