Catatan

アップデット

Al-Salām 'Alaykum wa Rahmah Allāh wa Barakātuh Hari ini, 12/7. Eh? Lamanya saya tak “update” blog ini. Sepanjang 6 bulan dalam tahun 2012, ada pelbagai urusan yang “menghalang” saya duduk menghadap komputer untuk taip blog. (Ehem, alasan…) ^^. Perlukah cerita apa urusannya? Em… panjang sangat. Tak perlu rasanya. Pemilik Blog En. Kunang bukan seorang blogger tegar, jadi “hilang” dari blog adalah biasa. J Adalah satu hikayat dari Encik Y, yang terasa dirinya digam atas sebab… (apa-apa sajalah alasannya. Mujur tak berloyar buruk, “mung bajet artis ko?” kepadanya). Realitinya, dia masih lagi bebas keluar masuk. Adalah satu lagi hikayat dari Utusan, katanya ada orang sakit mental mengamuk dekat Putrajaya. Dua orang. Yang lelakinya sudah mati ditembak polis. Yang perempuannya cedera parah. Graduan UIAM(kah?). Umur saya 28 tahun. Secara logiknya, saya satu batch dengan yang perempuan itu. Tapi wujudkah dia? Ayahnya kata dia belajar di UIAM. Tapi pegawai bahagian pendaftaran ...

理論

Assalamu'alaikum Warahmatullah... Saya mengambil peluang untuk kemas kini blog sebelum berakhirnya tahun 2011. :D Baru-baru ini saya terbaca perbincangan internet tentang perkataan "ayam pegar" yang ditaip dalam ejaan Jawi lama. Pepatah "harapkan pagar, pagar makan padi" rupa-rupanya contoh kesilapan terjemahan tulisan Jawi ke Rumi. Blog " Kisah Seorang Budak U " ada juga menceritakan tentang isu ini secara ringkas. Saya pula tertarik dengan komen seorang pembacanya yang tertulis begini:  "harapkan orang, orang makan padi... Maka terhasillah istilah orang-orang (straw man)". ^.^  Tiba-tiba saya terlihat entri popular yang berbincang tentang teori evolusi.  Em... Saya memang tidak faham apa itu teori evolusi yang dicadangkan oleh Darwin. Kalau saya, apa yang terlintas di fikiran saya apabila terjumpa dengan perkataan "EVOLUTION" adalah... Digimon & Pokemon. :P (Konsep "Evolution" dalam siri perma...

生徒代表者協議会

Assalamu'alaikum Warahmatullah...  (Hari ni tak ada kisah dongeng). :P Bulan lepas ada demonstrasi "klon demonstrasi luar" yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan yang mengaku sebagai "pelajar-pelajar UIAM". Ada dua demonstrasi, pertamanya selepas solat Jumaat. Keduanya sekitar jam 8 malam hari Selasa. Demonstrasi hari Jumaat bertujuan untuk membantah pemecatan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dari perkhidmatan. Manakala demonstrasi hari Selasa bertujuan untuk meminta "kebebasan ahli akademik bersuara". (Tak baik tipu. Kalaulah Pak Guard kerjasama dgn polis yang ada waktu itu kepung semua penunjuk perasaan & minta bukti pelajar UIAM, nak buat mcm mana?) Saya hairan kepada kumpulan pelajar ini kerana, berita demonstrasi merujuk kepada pemecatan , bukan penggantungan . Tidaklah saya pasti adakah saya yang salah berita ataupun kumpulan ini. Setelah membaca blog SRC IIUM, saya dapat rumuskan bahawa mereka tahu isu sebenarnya berbanding dengan ...