生徒代表者協議会

Assalamu'alaikum Warahmatullah... 

(Hari ni tak ada kisah dongeng). :P

Bulan lepas ada demonstrasi "klon demonstrasi luar" yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan yang mengaku sebagai "pelajar-pelajar UIAM". Ada dua demonstrasi, pertamanya selepas solat Jumaat. Keduanya sekitar jam 8 malam hari Selasa. Demonstrasi hari Jumaat bertujuan untuk membantah pemecatan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dari perkhidmatan. Manakala demonstrasi hari Selasa bertujuan untuk meminta "kebebasan ahli akademik bersuara".

(Tak baik tipu. Kalaulah Pak Guard kerjasama dgn polis yang ada waktu itu kepung semua penunjuk perasaan & minta bukti pelajar UIAM, nak buat mcm mana?)

Saya hairan kepada kumpulan pelajar ini kerana, berita demonstrasi merujuk kepada pemecatan, bukan penggantungan. Tidaklah saya pasti adakah saya yang salah berita ataupun kumpulan ini. Setelah membaca blog SRC IIUM, saya dapat rumuskan bahawa mereka tahu isu sebenarnya berbanding dengan kumpulan pelajar yang beremosi ini. 

Saya ucapkan tahniah kepada SRC IIUM atas kesabaran "ahli lembaganya" melayan karenah pihak pengurusan dan pelajar yang "agak berlebihan emosinya". Pada hemat saya, demonstrasi hari Jumaat adalah perkara biasa - jika tidak disertai "makhluk asing". Manakala demonstrasi hari Selasa adalah sesuatu yang melampau kerana "makhluk asing" ini merosakkan imej UIAM. Pihak luar boleh membayangkan betapa sukanya pelajar menunjuk perasaan walaupun dilaporkan mereka sebenarnya "makhluk asing". Ibarat pepatah "sapi punya susu, lembu dapat nama".

Saya berpendapat, memang tidak dinafikan ada sedikit sebanyak masalah pengurusan di UIAM. Cakap sahaja urusan pendaftaran pelajar sahaja sudah wujud pelbagai masalah. Belum lagi diungkitkan masalah akhlak pelajar, makanan, kebajikan, dan research (penyelidikan). Warga UIAM mesti bekerjasama saling membantu pelajar yang bermasalah sekadar kemampuan masing-masing. Satu contoh mudah: kalau isu pelajar melanggar etika pakaian kita serahkan 100% kepada kumpulan pensyarah, bagaimana jika dia berpakaian sopan ke kelas dan berpakaian mencolok mata di kantin pelajar? Situasi UIAM ini, pensyarah tidak tinggal di dalam kampus dan tidak ke kantin pelajar kecuali "fellow" dan "principle". Pensyarah lain jarang-jarang menjamu selera di kantin pelajar kerana berjauhan dengan pejabat mereka. Sikap "ini kerja awak, bukan kerja teman" dalam isu pendidikan perlu dikikis. Kalaulah kita sekadar mampu mempromosikan pakaian menutup aurat sekalipun, ia sudah membantu kerja pensyarah menasihati pelajar untuk menutup aurat. :)

Berbalik kepada isu demonstrasi, cuba renungi maksud Hadith Rasulullah... (tetiba saya terlupa matannya) T_T

Pengajaran Hadith itu antaranya "fitnah boleh berlaku dari apa cara hinggakan kita sendiri pun tidak tahu siapa di pihak yang benar dan siapa di pihak yang salah". Isu salah faham berita tentang penggantungan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari juga termasuk dalam maksud hadith ini... 

-------------------

Sumber tidak rasmi menyebut, Timbalan Rektor Prof. Dr. Nik Ahmad Kamil dilaporkan jatuh selepas diasak oleh kumpulan pelajar dan dibahasakan sebagai "pak cik" ketika cuba memujuk mereka. Sekiranya benar berita ini, kemungkinan kumpulan pelajar ini bukanlah pelajar UIAM kerana tidak mengenali pensyarah sendiri...

 生徒代表者協議会 (Seito Daihyō-sha Kyōgi-kai, Japanese) adalah terjemahan dari "student representative council". Kalau ditulis dalam tulisan Mandarin (Chinese simplified) 学生代表委员会 (Xuéshēng Dàibiǎo Wěiyuánhuì). Hm... lebih ringkas berbanding tulisan Jepun...

Ulasan

  1. hehehehe, aku respek kat SRC sebab diaorang sangat matamg dan tak cepat melenting/emo...aku pun da baca kat suratkhabar...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

理論

私わ星野源のウィキペディアにグーグルで[逃げるは恥だが役に立つ]か見てしまう

アップデット